F o u r t e e n

684 92 74
                                    

"Papa lega dapat jumpa dengan Aayan. Sesekali ada lah juga Belle balik. Ni kenapa tak balik sekali?" Dato Sri Hamza dan ustaz muda itu berjalan menyelusuri taman rumah agam itu.

Melihat pokok bunga yang di tanam perkebun di sana. Aayan tersenyum kecil "Belle sibuk sikit. Aayan nak minta maaf baru sempat jenguk papa. Banyak kerja kat tahfiz"

"Tak perlu lah minta maaf. Papa faham. Macam mana dengan tahfiz? Semua benda okay?"

Aayan menganggukkan kepala. Mereka berjalan beriringan di taman sederhana besar itu "alhamdulillah pa. Tiada kesulitan pun"

Dato Sri Hamza tersenyum lega "elok lah macam tu. Kalau ada masalah, jangan lupa beritahu papa. Ingat sebahagian syarikat papa tu pun Aayan punya"

Aayan ketawa kecil "papa dah banyak tolong Aayan. Tentang syarikat tu papa uruskan lah. Aayan selesa dekat tahfiz tapi kalau papa nak minta tolong Aayan beritahu lah, Aayan bantu"

Dato Sri Hamza menepuk bahu menantunya "buat masa ni papa okay. Kamu jaga lah tahfiz tu elok-elok" Aayan menganggukkan kepala

Dato Sri Hamza terkekeh kecil "Aayan dengan Belle macam mana? Okay?" Pertanyaan itu membuat senyuman manisnya termati dan Dato Sri Hamza perasan perkara itu.

"Okay je pa tapi biasa lah masing-masing sibuk" Dia kembali tersenyum manis. Tak mahu membuat orang tua di sisinya ini bimbang.

"Aayan. Kamu tahu kan Belle tu anak papa? Tiada apa yang kamu perlu sembunyikan. Papa dah jaga Belle sejak dia lahir lagi. Papa tahu perangai dia" orang tua itu terkekeh kecil.

"Dia degil lagi ya?"

Aayan menggeleng kepala, bibirnya masih tersenyum "saya yang belum berjaya didik dia"

"Aayan" orang tua itu meraih dan mengenggam tangan ustaz muda itu "papa minta maaf libatkan Aayan dalam hal ni. Sepatutnya papa yang perlu ubah dia dari kecil bukannya suruh Aayan yang ubah dia sekarang" wajahnya memancar kesedihan. Bibir tua itu tersenyum pahit.

"Jangan fikirkan sangat lah pa. Aayan pun berbesar hati nak tolong papa"

"Aayan"

Mereka memandang wajah satu sama lain. Dato Sri Hamza menghela nafas seketika. Wajah ditundukkan sebelum kembali di angkat untuk memandang wajah tampan menantunya "kalau Aayan tak tahan. Papa tak nak paksa. Lepaskan lah Belle dan cari lah kebahagiaan kamu. Jangan seksa diri kamu lagi"

Aayan terpana seketika mendengar apa yang keluar dari belahan bibir ayah mertuanya sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman pahit.

ISSABELLE menuruni tangga. Sunyi sepi rumah itu pagi ni. Kelibat Aayan pun dia tidak kelihatan. Issabelle menuju ke dapur, niat mahu membuat sarapan tetapi apabila dia membuka tudung saji sudah tersedia beberapa makanan, bibirnya mengukir senyuman.

Issabelle menjamah sedikit nasi goreng yang dibuat Aayan. Dia memejamkan matanya, menikmati rasa enak yang berada di dalam mulutnya.

Sepanjang mereka berkahwin memang Issabelle tidak pernah memasak satu apa pun. Dia selalu makan di luar manakala Aayan pula dia memasak makanannya sendiri tetapi Issabelle tak pernah menjamah air tangan suaminya.

lagi pula Issabelle sering di luar, jadi dia lebih memilih untuk makan di luar. Cari restoran yang berhampiran dengan lokasi pergambarannya.

"Assalamualaikum" pintu rumah dikuak seseorang. Issabelle menjengah kepalanya "waalaikumsalam"

Figura Aayan kelihatan melangkah masuk ke dalam rumah "eh baru makan ke?"

Issabelle mencebik. Dia melihat sahaja suaminya yang masuk ke dapur dan menuang air teh yang dibuatnya. Dia kembali bersama dua cawan. Satu diberikan kepada Issabelle satu lagi untuk dirinya.

"Macam mana? Sedap kan saya masak? Lepas ni awak tak payah makan dekat luar. Saya masak je. Jimat sikit"

Issabelle menggulingkan bebola mata. Mulutnya tidak henti mengunyah. Aayan melihat pakaian wanita itu. Masih berbaju tidur dan berseluar pendek.

"Nanti nak keluar pakai lah elok sikit. Kalau dalam rumah awak nak pakai macam ni pun saya tak kisah" Ucapnya lembut. Dia memandang wajah cantik isterinya.

Issabelle memang cantik. Kulitnya putih, bulu matanya lentik dan bibirnya merah tetapi Aayan tidak pernah memikir yang bukan-bukan mengenai Issabelle.

Kunyahan Issabelle terhenti. Dia memandang Aayan yang berada bertentangan darinya. Aayan tersenyum manis.

"Saya tak minta awak untuk pakai tudung dulu tapi kalau boleh pakai lah seluar panjang. Dekat rumah kan dah pakai seluar pendek" Aayan menyibukkan dirinya dengan mengelap sisa makanan di atas meja.

Dia tahu wanita itu sedang memandangnya tetapi dia tiada kekuatan lagi untuk membalas pandangan Issabelle.

"Cukup lah pakai macam ni untuk suami. Jangan bagi orang lain tengok" akhirnya Aayan mendongak memandang wajah Issabelle. Mata mereka bersatu. Buat beberapa saat kedua mata itu saling berpautan sebelum Issabelle mengalihkan pandangan.

Satu patah apa pun tidak keluar dari belahan bibir itu. Dia segera bangun dan menuju ke singki. Membasuh pinggan dan cawan yang digunakannya, meletakkan ke tempat asal dan dia keluar dari dapur dengan sedikit tergesa-gesa.

Tangga dipanjat dan melangkah masuk ke bilik.

Aayan tersenyum kecil. Walaupun dia seakan-akan berkomunikasi satu arah tetapi dia tak kisah malah dia bersyukur. Sekurang-kurangnya mereka tidak lah berbalah pagi-pagi ni.

Beberapa minit berlalu. Aayan duduk di sofa ruang tamu bersama al-Quran kecil di tangannya. Dia mendengar derapan kaki menuruni tangga.

Kepala ditoleh ke arah sumber bunyi. Dia tersenyum kecil. Hatinya berbunga-bunga, dalam hatinya mengucap syukur berkali-kali.

Kenapa?

Tiada apa yang pelik dengan wanita itu cuma ada sedikit kelainan. Iaitu pakaian yang dikenakan. Kalau selalu wanita itu memakai crop top, gaun separas peha, seluar pendek tetapi kalini berbeza.

Issabelle memakai baju sweatshirt oversize yang cukup besar tersarung pada tubuh kecil itu. Seluar panjang cargo juga bersaiz besar dikenakan. Walaupun wanita itu tidak memakai tudung. Rambut perangnya disimpul tinggi.

"Belle nak ke mana" wanita itu memberhentikan langkah.

"Aku nak pergi kerja"

Aayan menganggukkan kepala, bibirnya mengukir senyuman manis "jangan lupa makan. Kalau boleh balik jangan lambat sangat. Bahaya"

Wanita itu lama berdiam sebelum perlahan-lahan dia menganggukkan kepala dan melangkah keluar dari rumah.

Aayan tidak berhenti mengukir senyuman "alhamdulillah. Aku bersyukur ya Allah"


Enjoy the happiness because we got top place in #islamic for 2 week! 🤍

EuphoriaWhere stories live. Discover now