Alunan suara kecil kedengaran di balik balkoni yang menghadap hutan belantara. Di atas kerusi baring kelihatan seorang lelaki berambut sebahu memetik kecil gitar di atas pangkuannya. Alunan petikan gitar kedengaran perlahan dan merdu. Diiringi nyanyian kecil darinya.
Membiarkan tubuhnya disapa angin malam. Mata helang itu terpejam rapat. Menghayati setiap bait-bait lagu yang keluar dari bibir merahnya.
"Tuan Marteen"
Petikkan gitar terhenti. Dia membuka mata helangnya. Berdiri sambil mengapai bathrobe hitam dan disarung ke tubuh kekarnya.
"Hm, ada apa?"
Mateo, lelaki bertatu di lengan kiri itu meneguk air liur. Melihat lekuk tubuh berotot bosnya yang penuh dengan kesan parut luka. Tetapi, parut-parut itu tidak menutupi tubuh kekar milik Ghazel Marteen.
Ghazel bersandar malas di cermin kaca balkoni biliknya. Tangan dia mengapai pemetik api dari poket track suitnya. Seputung rokok dikepit di celahan bibir.
"Barang yang dipesan Tuan Dellano dah sampai petang tadi. Tuan Dellano dah berada di pelabuhan timur, Milan..." lapor Mateo.
Mata dia melihat titik-titik merah yang bergerak di iPad yang dipegang olehnya. Ghazel menatap tajam Mateo yang berdiri tegak di hadapannya.
"Lagi?"
"Pihak Rusia pesan senjata baru dari kita. Mereka nak Tuan sendiri hantar pada mereka bulan depan"
Ghazel mengangguk kecil. Melibas tangan dengan malas. Mateo yang faham, segera menbungkuk sedikit badan dan pergi dari bilik Ghazel.
Ghazel menopang kedua tangan di atas palang besi. Menyedut asap rokok dalam-dalam dan dihembus perlahan. Mata dia sedikit terpejam. Menikmati resapan nikotin di dalam tubuhnya.
Menikmati angin malam.
Mateo yang menganggu hari santainya.Ghazel terkekeh kecil. Menbiarkan rambut panjangnya membelai sisi wajah. Dibiar ditiup angin malam.
"Ghazel"
Dia berdecih mendengar suara yang cukup dikenalinya. Malah, telinga dia menangkap derap langkah seseorang mendekatinya.
Tidak menoleh, "Kau nak apa?" Soalnya malas. Menyedut rokok yang sudah separuh di tangan.
Mendongak memandang langit kelam.
Tch-dia benci diganggu.Lelaki itu mengeleng kepala. Ghazel sangat dingin. Sukar didekati. Malah, angin lelaki itu boleh tahan juga.
"What do you want, Hans? Atau kau nak bukak mulut dengan benda ni?" Ghazel mengangkat benda hitam berkilat di tangan kanannya.
Senyuman sinis terukir indah di wajah tegasnya. Hans menghela nafas melihat riak dingin Ghazel.
"Aku datang sini cuma nak bagi kau benda ni" dia menghulurkan satu fail kepada Ghazel.
Fail di tangan Hans ditatap dengan raut wajah datar. Hans tidak dapat meneka isi hati lelaki di sebelahnya. Ghazel sangat-sangat tertutup. Misteri.
"Kau dah dapat?"
Hans angguk. "Semua yang kau mintak ada dalam tu. Kau baca lah." Bahu Ghazel ditepuk lembut.
Ghazel menarik senyuman. Hampir tidak kelihatan samada dia tersenyum atau tidak. Rambut panjangnya menutupi sebahagian wajah membuatkan Hans tidak perasan senyuman di wajah Ghazel.
"Good"
Ada sesuatu yang perlu dia langsaikan. Yang menyangkut paut dengan hidupnya selama ini. Ghazel, lelaki itu memiliki kuasa besar untuk mencari tahu tentang sesiapa saja dia inginkan.
YOU ARE READING
𝙶𝚑𝚊𝚣𝚎𝚕 : 𝙼𝚒𝚊 𝙲𝚊𝚛𝚊
Romance"Love. Loyal. Trust. Just trust this, mia cara..." Darleen Airish si ulat buku. Hari-hari lapangnya hanya dihabiskan dengan novel. Anggap saja dia gila. Gila kerana berfantasi bahawa dia akan mendapatkan seorang lelaki seperti di dalam novel yang d...