Bab 4

6.3K 398 0
                                    

"Aku pindah ke sini sebab Daddy aku ada syarikat dekat sini. Dulu aku duduk dengan arwah Mummy. Lepas Mummy meninggal, aku balik sini."
"Diorang bercerai ker?"
"Ya. Diorang dah berpisah masa aku 10 tahun. Aku terpisah dengan adik dan abang aku. Mummy ambil aku seorang saja. Diorang duduk dengan Daddy."
"Adik kau umur berapa?"
"Adik aku umur 16 tahun. Setahun beza dengan kita."
"Abang kau?"
"Abang aku umur 20. Dia sambung belajar dekat India. Dia nak jadi doktor."
"Berapa tahun korang berpisah?"
"7 tahun juga. Adik aku tak kenal aku. Dia tak rapat dengan aku."
"Apa nama dia?"
"Nurul Humaira."
"Sekolah kita?"
"Ya. Dia yang free hair tu."
"Kenapa korang tak datang sekali?"
"Aku lebih suka datang sendiri. Aku tak suka menyusahkan orang. Aku ada driver tapi aku lebih suka naik basikal. Basikal tu arwah Mummy beli dekat aku."
"Tadi kau tipu aku la?"
"Hehe. Aku tak suka heboh pasal diri aku. Kau seorang saja yang tahu."
"InsyaAllah Pijah. Eh aku kena gerak sekarang. Sedap kopi coklat panas kau buat. Nanti aku datang sini lagi."
"Terima kasih. Drive elok-elok."

"Angah." Suara garau itu datang dari tingkat atas.
"Daddy. Kenapa?"
"Siapa lelaki tu?"
"Kawan Angah dekat sekolah."
"Siapa nama dia?" Daddy turun dari tingkat atas menuju ke arah Hafizah.
"Izzat Danial."
"Anak kawan Daddy tu. Ayah dia yang datang masa Mummy meninggal hari tu."
"Uncle Daim tu ker Daddy?"
"Ya. Kami dulu kawan baik, Daddy, Mummy dan Uncle Daim."
"Hebatnya persahabatan Daddy sampai sekarang."
"Semua terkejut sebab Daddy kahwin dengan kawan baik Daddy, iaitu Mummy. Daddy dulu suka sakat Mummy sampai satu hari tu Mummy demam takut nak jumpa Daddy."
"Mummy tak pernah cerita pun dekat Angah."
Daddy terus terdiam. Kelihatan Achik sedang turun tangga.
"Achik! Nak pergi mana tu?"
"Daddy dah balik? Bukan Daddy ada dekat office ker?"
"Daddy tanya nak pergi mana?"
"Keluar dengan Ijat."
"Ijat?" Hafizah terkejut.
"Ha Ijat. Kenapa?"
"Takda apa-apa. Saja buat-buat terkejut."
"Humaira. Duduk dekat rumah jangan pergi mana-mana. Layan kakak kamu ni. Dah 7 tahun tak berjumpa."
"Daddy Achik dah lambat. Bye."
Humaira terus berjalan keluar tanpa mencium tangan Daddy.
"Esok Along kamu balik. Entah apa dia nak syarah dekat Achik. Tengoklah pakaian Achik."
"Daddy, nanti Angah cuba tegur Achik. Kita kena mula secara lembut. Tak boleh terus paksa dia berubah."
"Terima kasih Angah. Angah tak ubah macam arwah Mummy. Daddy rindu arwah."
"Angah pun." Mereka saling berpelukan. Air mata tidak dapat disembunyikan.

Friendzone?Where stories live. Discover now