04

20 8 5
                                    

Aejin menghela nafas berat. Dengan siapa pula dia nak keluar lunch ni ?

Saat Aejin hendak keluar dari ruangannya , dia terjumpa dengan Renjun. Aejin dengan cepat berjalan. Kalau boleh , taknak jumpa langsung lelaki itu.

" Lee Aejin ? "

Aish ! Kantoi pulaaaaa

Aejin menoleh. Dia memberikan senyuman palsu.
" Ya ? "

" Awak buat apa dekat office sorang sorang ni ? Semua orang keluar pergi lunch " tanya Renjun , hairan.

" Emm , saya nak keluar lah ni " balasnya , acuh tak acuh.

" Kalau macamtu , jomlah. Lunch sekali dengan saya " Renjun mengajaknya.

Mata Aejin membulat sempurna. Tolong lah , kenapa dia berjumpa dengan lelaki ini ?

" Tak payah kut. Saya nak keluar juga ni " ucap Aejin , cuba untuk meyakinkan Renjun.

" Saya tak terima sebarang penolakan "

" Eh ? Suka suka awak je nak tetapkan. Suka hati saya lah nak keluar dengan awak ke taknak " Aejin cuba memprotes.

" Lain kali , baca surat contract tu dulu. Baru sign " kata Renjun lalu dia menghulurkan sepucuk surat kepada Aejin.

Aejin mula membaca isi kandungan surat tersebut.

2.      tidak menerima sebarang penolakan , harus dibuat perkara yang telah disuruh. anda boleh dipecat serta merta jika melanggar peraturan ini.

Mulut Aejin melopong. PERATURAN JENIS APA NI ?!?!

" So ? "

Aejin mengembalikan semula surat itu.
" Nak ikut saya , Lee Aejin ? " Renjun dengan sengaja bertanya pada Aejin.

Aejin mengangguk sambil tersenyum palsu. Lalu dengan penuh rasa tidak ikhlas , dia mengekori Renjun dari belakang.

Sial betul lah mamat ni ucapnya di dalam hati.

🌷🌷🌷

" So , awak macam mana sekarang ? " soal Renjun. Matanya memandang tepat anak mata Aejin.

" Takde apa yang berubah. Kecuali perasaan saya pada awak " jawab Aejin. Renjun tersentak.

" I thought you still love me " Renjun berkata. Aejin memberikan rolling eyes padanya.

" Awak dah happy dengan Shua and awak still fikir saya ada perasaan pada awak ? Come on Renjun "

Renjun tersenyum tipis.
" She's dead "

Aejin tersentak. Shua mati ? Wah.

" Since when ? " soalnya.

" Setahun yang lepas. Dia mati sebab kemalangan "

Renjun tersenyum sinis sebelum menyambung percakapannya.

" Dia cuma nak harta saya. Dia tak pernah cintakan saya walaupun sekali "

Aejin memandang Renjun. Tubir matanya mula memanas. Saat Aejin sedar dia hendak menangis , terus dia memejamkan matanya rapat rapat.

Lalu perbualan mereka terhenti di situ apabila makanan yang dipesan sampai.

🌷🌷🌷

" Aejin , tolong bagitahu PA saya , yang saya dah tak masuk tengahari ni. Saya ada hal " ucap Renjun.

" Siapa , PA awak ? "

" Oh yaaa lupa pula. Nama dia Kang Haneul " Renjun memberi jawapan.

Aejin mengangguk lalu dia keluar dari kereta tersebut.

Sesampainya Aejin di aras dia bekerja, matanya melilau mencari kelibat Kang Haneul yang dikatakan Renjun tadi.

" Awak , Kang Haneul ? " soal Aejin , lembut.

" Ya , kenapa ? " balas Haneul , dingin.

Aejin tersenyum
" Renjun suruh saya beritahu awak yang dia tak masuk office dah. Katanya sebab ada hal " terang Aejin. Haneul membuat muka menyampah.

" Excuse me , kau siapa nak panggil Tuan Renjun tu Renjun ? Kau bukan siapa siapa bagi dia. Even aku pun gelarkan dia Tuan. Dan kau ? Sedap mulut kau je panggil dia Renjun " herdik Haneul.

Terkejut Aejin dibuatnya. Tak akan sebab tu sahaja ? Mata mata manusia didalam pejabat itu semuanya memandang mereka

" Maaf , tapi Renjun yang suruh saya panggil dia macam tu. Lagi satu , awak tak ada hak nak pertikaikan. Awak siapa ? Awak hanya PA dia jekan ? " balas Aejin tak mahu kalah.

" Who say ? I'm his girlfriend ! " ucapan Haneul itu benar benar membuatkan Aejin terkejut. Hatinya sakit.

Don't be jealous Aejin. Kau dah takde perasaan pada dia. Kenapa kau nak sakit hati pula ? Getus hati Aejin sendiri.

" Oh ya ? Renjun tak pernah beritahu saya pun yang awak ni girlfriend dia. Ke .. awak je yang delusional sangat ? " Aejin sengaja mengapi api kan keadaan.

" Kurang ajar ! "

Haneul tanpa aba aba terus menarik rambut Aejin.

" ARGHHH "

Aejin tak kurangnya juga. Dia turut menyepak memijak kaki Haneul menggunakan heels yang dipakainya.

" Kau ni memang tak serik bodoh ! "

Selepas mengucapkan itu , Haneul terus menampar Aejin sekuat hati sehingga bibirnya mengeluarkan darah.

PANG !

tak , itu bukan tamparan dari Aejin ataupun Haneul melainkan Chaeyeon.

" Kau ni memang dah melampau kan Haneul ? Tuan Renjun tak pernah mengaku kau tu girlfriend dia. Kau je yang melebih. Sampai staff  baru pun kau nak cari pasal ? Kau memang menempah maut Kang Haneul. Aku tak─ " ucapan Chaeyeon terhenti apabila seseorang pergi mendapatkan Aejin.

" Renjun ... "

tbc.

i wish . renjunWhere stories live. Discover now