BAB 2

1 0 0
                                    

   ⊂⁠(⁠•⁠‿⁠•⁠⊂⁠ ⁠)⁠*⁠.⁠✧

     
          BERLEGAR LEGAR   mencari seseorang dari satu butik ke butik lainnya. Sesekali dia cuba mendail nombor seseorang tapi tampaknya orang yang ia cuba call itu tidak mengangkat panggilan dia. Lelaki tinggi berwajah tampan itu berkeluh penat plus kesal kerana dia terpaksa mengelilingi dalam mall itu sudahla mall itu tak pernah kering dengan manusia, macam mana nak cari sang kakak kalau dia lupa kakak dia pakai baju warna apa? Siapa je tak penat dia jalan jalan dalam mall selama 30 minit hanya untuk mencari kelibat sang kakak.  Akhirnya untuk ke sekian kalinya, kakak dia menjawab call dia juga setelah 20 kali dia missed call dan 50 mesej dihantar.

" Kak Lia,.. akak kat mana? Tadi kata ada kat butik Queen, tapi takde. Now, where the earth have you been? Akak ni suka betul buat Luq penat cari tau. Can you not make any trouble today. Kita kan nak cepat, " Dia terus menyerang kakaknya dengan berdas das soalan. berbicara dengan nada tidak puas hati. kalau ikutkan hati dia malas mahu teman sang kakak mahu beli hadiah untuk Tok Ma tersayang. Dari pagi hingga ke petang akak sorang tu tak dapat dapat lagi pilih hadiah yang sesuai untuk Tok Ma.

Luqman sedikit rimas dengan mata mata memandang dirinya. Kini dia menjadi sorotan perhatian mungkin kerana dia hanya memakai t shirt putih lengan pendek mendedahkan lengan putihnya. Jangan cop dia artis korea sudah. Bukan dia nak perasan tapi ramai kata dia seorang lelaki yang kacak dan kekacakan dia itu selevel dengan artis Korea. Weiiii....... Merepek je lebih. Macam la Luqman percaya. Diorang kata macam tu saja nak bodek dia.  Kalau dia handsome kenapa crush dia tak sukakan dia semula?Kalau dia handsome kenapa takde seorang pun perempuan melekat kat dia?

Ada je sebenarnya Luqman oiii.......
Berderet deret perempuan sukakan kau tak kira dari negara mana pun. Dari muda ke tua, dan ramai juga mak mak Datin dan Pn Sri nak buat kau menantu diorang. Tapi kau reject. Entah apa yang kau cari Luqman?
Nak tunggu bidadari dari syurga ke?

Luqman bukan tunggu bidadari dari syurga baru nak kahwin tapi dia mahu fokus dahulu dalam pencarian sang adik. Dia mahu sang adik ada di hari pernikahan dia nanti. Calon tu anytime boleh cari. Siapa je kan tak nak dia, sekali dia ajak kahwin nobody unable to reject his proposal.

Mommy selalu kata dia mempunyai mata yang sangat cantik, bola mata bewarna Hazel selari dengan kening tebal dan mata bulatnya tapi sayang kecantikan mata ia tutupi dengan cermin mata hitam. Dia sengaja pakai cermin mata hitam setiap kali keluar dari rumah dia sangat malas mahu menayangkan mata cantiknya kang mata dia buat anak anak dara orang angau pula bila nampak keindahan matanya. Tapi pemikiran Luqman salah cermin mata hitam itu tak mampu menutupi keelokan paras rupa dia malah cermin mata hitam itu menambahkan karisma si pemakai. Membuat ramai tertarik dan ingin tahu apa disebalik cermin mata hitam itu.

Pandangan pengunjung pengunjung di dalam mall itu acap kali memanjangkan leher untuk melihat gerangan dirinya Luqman hiraukan dia memilih berjalan dengan lagak biasa seperti bukan dia yang dipandang. Baju putih yang tersarung elok di badan dibetulkan, menyesal pula tak bawa jaket.

Rata rata gadis yang melihat dirinya pasti akan memuji dirinya yang kacak bak
Ong Seung Woo.

" Tahulah, kita kan tak boleh datang lewat ke birthday party Tok Ma. And because of that be faster little boy. Akak dah lama tunggu kau kat Yummy Cafe....."

" Tunggu aku? And why you did not call me then? Akak saje kan nak buat Luq tertunggu tunggu. Did you know, I've been waiting for you in hours. " Marah Luqman tapi tak pula dia menengking sang kakak. Dia tak diajar oleh Tok Ma untuk menjadi lelaki kuat tengking pada perempuan. Kata Tok Ma perempuan harus disayangi bukan disakiti. Kalau diorang buat salah tegur dengan cara baik.

Luqman setia mendengar celoteh sang kakak lebih tepatnya alasan kerana tidak menelefon dirinya di hujung talian sambil mata melilau memerhati orang orang di sekeliling yang sibuk mencari barang yang ingin di beli di dalam Eon Mall itu. Kakak dia sorang ni Queen of making excuses and Queen of drama. Dah lali Luqman dengar.
Kalau Laila ada mesti dia takkan terjebak dengan sang kakak, Laila Harnina sang adik yang selalu ada untuk menolong dia dengan menggantikan diri tiap kali sang kakak mengajak dia shopping. Sekarang adiknya dah tiada. Luqman rindukan adiknya. Sangat rindu...

  Found YouWhere stories live. Discover now