Isi Hatiku: 19

5 1 0
                                    

Mereka sentiasa sangkakan aku baik-baik sahaja. Namun mereka tersalah anggap tentang diriku.

Aku cuba menahan diri supaya tidak mengalirkan air mata. Jujur katakan, aku memang tidak kuat.

Salahkah jika aku hanya ingin mengadu kepada seseorang yang sudi mendengar luahan hatiku dan melepaskan tangis didalam pelukan hangat seseorang?

Salahkah jika aku ingin menyalahkan takdir?

Salahkah aku masih lagi meratapi permergianmu?

Salahkah aku masih tidak lagi dapat menerima takdir bahawa kita tidak dapat bersama lagi?

Aku tahu bahawa salah jika berlakukan begitu. Tapi...

Tolonglah. Ambillahku sekali.

Aku hanya meminta semua ini berakhir bukan mengambil kebahagiaanku pergi!

Salahkah jika aku bahagia tanpa sebarang apa-apa ujian?

Salahkah, salahkah dan salahkah..?

Tuhan, kuatkanlah daku dan isilah kekosongan jiwa ini dengan ketenangan abadimu.

Tolonglah, peluk daku dalam kenanganmu.

-Starry Emerald ♠

𝗦𝗧𝗔𝗥𝗥𝗬'𝗦: 𝗜𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗧𝗜𝗞𝗨 || SUWhere stories live. Discover now