BAB 1
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Kring! Kring! Kring!
Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan yang baru sudah bermula. Suasana pagi itu agak riuh, rata rata murid kelihatan bersemangat dan teruja, ada yang bercerita mengenai percutian mereka semasa cuti sekolah dan ada yang teruja dapat Kembali bertemu semula dengan rakan rakan.
Berlainan pula dengan suasana di kelas 3 Alpha, agak sunyi, masing masing dengan buku di atas meja, orang kata kelas bijak pandai memang macam ni, maklumlah rata rata mereka akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan berlangsung pada tahun tersebut, malah akan menentukan aliran yang perlu mereka ambil kelak.
Masih ramai pelajar Tingkatan 3 yang keliru kemana arah kerjaya mereka Ketika ini. Bagi Haikal, Aliran sains mahupun sastera kedua duanya perlu seiring dengan minat dan kemampuan pelajar mendalami ilmu itu sendiri.
"Pap" Haikal menoleh perlahan, bahunya disentuh agak kuat dari arah belakang. Tiada senyuman terukir di wajah Haikal walaupun die mengenali susuk tubuh tersebut.
"Kau Fizzi, lain kali tegur orang bagi salam"
Hafizzi merupakan kenalan rapat Haikal, mereka membesar Bersama sejak kecil.
Hafizzi seorang pemuda yang bermulut manis dan seorang pemuda yang putih bersih kulitnya ditambah pula dengan perwatakan yang ceria membuat kan mereka menjadi lebih rapat disebabkan perwatakan Haikal yang lebih suka berdiam diri dan lebih tertutup dan di anggap sombong oleh orang sekelilingnya.
Bagi Fizzi, Haikal bukanlah seorang yang sombong, dia memerlukan masa untuk berinteraksi dengan orang yang asing bagi dirinya. Dengan perwatakan yang pemalu, memulakan percakapan mahupun perbualan adalah sukar, disebabkan itu orang yang tidak mengenali akan menganggap Haikal seorang yang sombong.
Itulah kehidupan di atas muka bumi Tuhan ini. lumrah bagi setiap manusia selaku khalifah di muka bumi ini yang tidak lengkang daripada ujian dan masalah.
"Chill lah, Asemekom Haikal, moody jee aku tengok, kau risau pasal PMR ke?" soal Fizzi
"PMR...... Aku dah naik bosan. Kau nak soalan bocor tak PMR nanti?"
"Huh? What do you mean by dah naik bosan?" jelas kerutan terpancar di wajah Fizzi.
"joke" Balas Haikal dengan bersahaja. Matanya tertumpu kearah depan seperti mencari sesuatu.
"Aku risau la, kita dah la PMR tahun ni, aku still tak tau aliran apa patut aku ambik, lain lah macam kau kal, bijak, UPSR straight A, akedemik pon bagus, tapi satu jee kau kurang cket. Kokurikulum kau macam haram pundek, satu sukan apa pon kau tak pernah join, aktiviti sekolah lagi la, disappear like a ghost" Balas Fizzi ketawa.
Kata kata Fizzi membuatkan Haikal tersenyum sedikit.
"Kau takyah risau la pasal masa depan kau Fizzi, aku kenal kau Fizzi, seaorang Dr pakar yang berjaya disamping seorang isteri yang sentiasa menyokong kau nanti, subur kau ni Fizzi, anak kau jee dah boleh buat team futsal" ujar Haikal tersenyum sinis. Matanya masih memandang ke arah depan seakan akan mencari seseorang.
"HAHAHAAHA kau borak apa ni setan. Ok kal...... disebabkan kau dah masuk zone weirdo kau ni kan, aku nak tanya la, sape bakal bini aku nanti?"
"depan tu" Haikal menuding jari kearah depan.
"Eva? Singa buas tu? HAHAHAHAHAHA, sejak bile kau pandai melawak ni, Dr pakar tu maybe aku still boleh terima laa, tapi Eva? HAHAHAHAHA!!" Kelas yang sunyi menjadi berisik oleh gelak tawa Fizzi, semua pelajar tertumpu kepadanya.
YOU ARE READING
TERLARANG
Mystery / ThrillerDiadaptasi dari kisah benar yang diubahsuai menjadi fiksyen. Bersama watak sebenar yang diubahsuai perwatakan Terpulang kepada imaginasi pembaca untuk berkarya menentukan yang mana benar dan mana tidak Imaginasi tiada pembatasan, berkaryalah sehing...