# Worst Day

1.1K 71 2
                                    

Hyerin melangkah keluar daripada rumahnya. Dia menunggu Jungkook di hadapan rumahnya.

"WOII!!" Sergah Jungkook.

"Dahlah lambat, sergah orang pula haish aku cungkil biji mata tu kang!" Hyerin mencubit lengan Jungkook.

"Aduh! Keturunan ketam betul kau ni Rinrin!" Jungkook mengaduh kesakitan. Hyerin tersenyum mendengar Jungkook memanggilnya Rinrin, nama manjanya.

"Dah jom gi sekolah. Lewat dah ni." Hyerin berjalan meninggalkan Jungkook di belakang.

Setiba di hadapan pintu pagar sekolah, Hyerin dan Jungkook disapa oleh BTS iaitu geng Jungkook.

"Morning!!" Jimin mencuit bahu Hyerin.

"Morning guys." Hyerin tersenyum manis.

"Sorry taknak terima morning wish kau. Tak laku." Hati Hyerin serta merta menjadi panas mendengar suara jembalang yang dibencinya itu. Siapa? Tiada orang lain yang berani melawan Hyerin melainkan Taehyung.

"Kau sehari tak cari gaduh dengan aku tak boleh ke?" Hyerin cuba bersabar. Hyerin memang terkenal dengan sikap suka menendang alat sulit jikalau dia terlampau geram. Sudah banyak kali dia dipanggil oleh Guru Disiplin.

"Tak boleh la. Melainkan kau tak ada. Aku benci tengok kau." Selamba Taehyung berbicara.

"KAU!!!!!!"

"Weh lek lek!" Jungkook menahan kaki Hyerin daripada melayang kearah Taehyung.

"Hah cubalah tendang! Dahla pakai skirt. Tak pasal-pasal Jimin dapat tengok free show. Perempuan murah, biasalah kan..." Taehyung membebel sendiri. Dia berjalan meninggal rakan-rakan dan 'musuh'nya sambil bersiul.

"Hyerin, aku minta maaf atas sikap Taehyung tu. Dia memang camtu. Kau pun faham kan. Aku pun tak tahu kenapa dia suka sangat cari gaduh dengan kau." Namjoon selaku ketua group BTS menunjukkan muka kesalnya.

"Em tak apalah." Hyerin memaksa dirinya untuk tersenyum.

Mereka berjalan ke dalam kelas bersama-sama. Dahlah Hyerin duduk di hadapan Taehyung. Hmm.

"Hyerin, Taehyung conteng meja kau guna liquid." Salah seorang classmate Hyerin memberitahu Hyerin.

Hyerin terus masuk ke dalam kelas untuk melihat apa yang diconteng Taehyung.

'HYERIN BODOH'
'HYERIN TAK SIUMAN'
'HYERIN MURAH'
'HYERIN TAK TAHU MALU'
'HYERIN GILA'
'HYERIN DWAEJI'

Dan beberapa contengan lain.

"Dasar Mamat Sewel!! Kau tak puas hati apa hah dengan aku?!!" Mata Hyerin mula berkaca. Jungkook yang mendengar jeritan Hyerin itu terus berlari masuk ke dalam kelas.

"Yah, wae?" Tanya Jungkook.

"Kau tengoklah kawan kau ni! Ya, dulu memang aku suka gaduh dengan dia tapi sejak kejadian kat kantin haritu aku dah tak kacau dia! Aku dah tak ganggu hidup dia! Dulu paling teruk pun aku ejek nama Sujeong je kat dia! Takdelah sampai conteng meja dia, simbah dia dengan air, letak lipas dalam mi dia, tak ada!! Kenapa dia lebih-lebih?!" Satu persatu airmata jernih mula mengalir. Jungkook menarik Hyerin ke dalam pelukannya. Semua yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Hyerin hanya menangis di dalam pelukan Jungkook.

"Hyerin... Dahlah..." Jungkook mengusap rambut Hyerin.

"HAHAHAHAHA manja gila nangis sampai teresak-esak!!" Taehyung gelak sendirian.

KRINGGG!!!

"Dah semua duduk!!" Arah Namjoon yang juga ketua kelas di kelas itu.

Hyerin mengambil tempat di sebelah Jungkook. Tak lama selepas itu, Guru Addmath dan juga guru kelas mereka iaitu Cikgu Sangwook masuk ke dalam kelas.

"Letak kerja rumah yang saya bagi di bucu meja!!" Arah Cikgu Sangwook. Cikgu Sangwook bergerak mengutip semua buku. Tiba-tiba dia berhenti di hadapan meja Hyerin.

"PARK HYERIN!" Hyerin tersentak apabila mejaya dipukul.

"Nae seongsaemnim?"

"Kenapa conteng meja?!! Semalam saya tengok meja awak bersih aje!" Tengking Cikgu Sangwook.

"B-buka-bukann..."

"Tak kira!! Berdiri di luar sekarang juga! Jangan masuk selagi belum rehat! Tak kesah la awak nak pergi mana nak pergi mati pun pergila!" Muka Cikgu Sangwook bengis menahan marah.

Taehyung ketawa mengekek melihat Hyerin dimarahi sebegitu rupa. Yang lain hanya senyap.

"Cikgu! Meja saya pun saya conteng." Kata Jungkook sambil jarinya menunjukkan kearah meja.

"Kau pun sama! Keluar dengan Hyerin sekarang juga!!!" Jungkook terus menarik tangan Hyerin keluar dari kelas.

'Berani kau sentuh cinta aku......'

© true love ➽ kth [short ff]Where stories live. Discover now