10

13K 676 105
                                    

"You bad mood lagi ke, baby?"

Dian hanya mendiamkan diri. Langsung tidak memandang wajah yang menegurnya sejak dari tadi. Dia turut menepis sentuhan hangat yang mula hinggap di atas ribanya. Pandangan dilemparkan keluar tingkap. Kini mereka berdua berada dalam kereta milik lelaki itu yang diparkir di sebuah tempat yang agak sunyi dan sembunyi dari pandangan orang ramai.

"Baby, janganlah diam aje. You tak rindukan I ke? Penat I datang sini tapi tak dilayan pun."

Dian menjeling menandakan marahnya masih belum reda. Terdengar keluhan kecil keluar dari mulut lelaki di sebelahnya menyebabkan Dian terus berpaling menghadap wajah lelaki itu.

"You dah muak ke dengan perangai I sampai you mengeluh macam tu sekali?"

"Mana ada, baby. I rindukan you tau. I sedih bila you marah marah macam ni. You dah tak sayangkan I ke?" Lelaki itu tayang wajah seposen menyebabkan Dian mula mengalah. Dian meraih tangan kasar itu lalu dia menyulamkan jemari mereka berdua.

"You ni Izham. Mana ada I marahkan you? I cuma merajuk aje tapi you tak pujuk pun I."

Izham mula tersengih. Genggaman tangan mereka dieratkan lalu dibawa ke bibirnya. Sebuah kucupan ringkas berlabuh di belakang tangan milik gadis itu.

"Eh, siapa kata I tak nak pujuk you? I datang jumpa you ni sebab I nak pujuk buah hati I la ni. Sekejap."

Izham mula mengeluarkan sesuatu dari bawah tempat duduknya. Dian mengerling sekilas sambil sembunyi senyum. Dirinya tertanya-tanya apa pula yang bakal Izham berikan kali ini semata-mata untuk memujuk rajuknya. Sebelum ini Izham pernah menghadiahkan dia sejambak bunga ros kerana lelaki itu terlewat pada janji temu mereka berdua.

Izham membuka sebuah kotak baldu berwarna merah lalu disuakan kepada Dian.

"This is for you."

Membulat mata Dian apabila melihat seutas rantai tangan emas yang sedang terpampang di hadapannya. Rantai tangan emas inilah yang diimpikan sebelum ini. Tak sangka Izham akan menghadiahkan rantai tangan emas ini kepadanya.

Tanpa membuang masa, Izham terus mengambil rantai tangan emas tersebut lalu dipakaikan di pergelangan tangan gadis itu. Sempat dia mencium sekilas pergelangan tangan tersebut sebelum memandang semula wajah Dian.

"You suka tak?"

Laju Dian mengangguk. Dia turut membelek rantai tangan tersebut sebelum kedua belah lengannya naik lalu memeluk leher Izham.

"Thanks, sayang. Terharunya I! Mana you tahu I suka gelang ni?"

"Semua pasal you I tahu, Dian. You kan baby I?"

Belakang badan gadis itu dielus lembut. Sesaat Izham tersengih. Rajuk Dian lebih mudah dipujuk jika hendak dibandingkan dengan tunangnya. Jika tunangnya sudah mula merajuk, emas permata sebesar gunung pun belum tentu lagi dapat mencairkan hati beku milik gadis itu sehingga membuatkan dia berasa menyampah dengan perangai tunangnya itu.

"Pandai betul you ambil hati I, kan?" Dian mencium pipi Izham bertalu-talu sehingga membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

"Bila masa you beli gelang tangan ni, sayang? You bukan busy keluar dengan tunang you ke?"

Izham menggaru sekilas keningnya.

"I keluar sekejap aje dengan dia. Lepas lunch haritu dia terus balik. Masa tulah I cari rantai tangan ni. I ingatkan nak ajak you tapi I call you tak dapat pulak." Hidung Dian dicuit sekilas. Izham kemudian menepuk pehanya menyuruh gadis itu agar duduk di atas riba. Dian lantas bergerak ke tempat duduk pemandu lalu labuhkan duduk seperti yang diisyaratkan oleh Izham. Belakang tubuhnya disandarkan ke streng kereta. Mereka kini menghadap antara satu sama lain dengan jarak yang amat rapat.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now