Bab 8

81 9 0
                                    

Taiwan, China.

Penerbangan yang memakan masa hampir 11 jam itu hampir melelahkan Hana. Sebelum sampai ke Lapangan Terbang Taiwan. Transit point di Vietnam dalam 5 jam dapat dia rehat sepuasnya di bilik yang disediakan.

Keluar sahaja dari departure gate, terus mata terarah pada satu kawasan yang sesak dengan ramai orang menunggu dan tercari-cari penumpang yang baru keluar dari kapal terbang.

Tiba-tiba terdengar suara yang memanggil nama penuh Hana. Seorang wanita dengan kot hitam labuh dan kaca mata hitam yang dipakainya membuatkan dia hampir tidak mengenali figura itu. Kaki terus berjalan kearah wanita itu.

"Selamat datang, Hana." sambut wanita itu.

"Thanks Jianying." Ucapnya kepada kawan seuniversiti. Mereka belajar di Princess of Naradhiwas University (PNU) dalam Faculty of Liberal Arts.

"How your flight?" soal Jianying memecah keheningan keadaan dalam kereta.

"Not bad." jawab Hana. Sejujurnya dia masih penat. Penat fizikal dan mental.

"Its okay, sampai kat rumah kejap lagi kau rehat puas-puas. Jangan tak bangun sudah."

"Hm, thanks Ying." ucap dia sambil mata tertutup. Hana lebih suka memanggil nama temannya itu dengan nama Ying kerana lebih pendek dan senang.

"Ini, kau datang sini ni ada apa?" soal Ying.

"Hei, datang melawat kawan sendiri pun tak boleh?"

"Bukan tak boleh, aku tak rasa kau datang sini semata-mata nak melawat aku sahaja. Hana yang aku kenal, dia tidak akan habiskan masa dia dengan benda lain selain kerja, kerja dan kerja." perli Ying. Ying sudah agak penyebab Hana ke negeri kelahirannya itu.

"Aip, aku pun buat benda lain tau. Iyalah, memang ada kerja pun. Ada misi kat sini malam lusa. Dah alang-alang aku melawat lah kau." Sejak tadi mata Ying melekat pada lengan Hana yang berbalut.

"Kau ni kan, kalau tak buat orang risaukan kau, kau buat orang naik angin."

"Apa benda?" Keningnya naik tanda keliru, tiba-tiba sahaja Ying berkata begitu.

"Kau jangan nak bodohkan aku, Hana Farisha. Aku sudah lama kenal kau, dah masak dah dengan perangai keras kepala kau. Kenapa lengan kau berbalut tu?"

"Alah. Ni kemalangan, sikit sahaja." Selamba Hana menjawab.

"Sudah ku agak! Geram aku dengan perempuan ni..." Ying memegang kuat lengan Hana yang berbalut itu membuatkan Hana meraung kesakitan.

"Tahu sakit! Degil lagi! Kau tak payah bagi alasan lain pula."

"Kerja lah..." Sengaja Hana mahu menaikkan amarah sahabatnya.

"Aku dah kata, benda tu kau boleh sahaja bagi kat orang lain kan?! Sengaja..." Sekali lagi Ying cuba itu memegang lengan Hana, tapi sempat dihalang oleh Hana.

Selepas hampir setengah jam perjalanan dari airport, akhirnya kami sampai di rumah Ying.

"Rumah kau ke ni?"

"Iya lah, aku nak bawa kau pergi rumah siapa pula?" Berkerut dahi Ying menjawab soalan aku. Mata masih terpegun melihat luaran rumah itu. Rumah Ying tak besar sangat, tak kecil sangat. Sesuai dengan dia yang tinggal berseorangan.

"Jom masuk dahulu. Nanti kita pergi jalan-jalan." kata Ying sambil membawa bagasi aku.

Masuk sahaja ke dalam rumah Ying, mata aku disajikan dengan lukisan dan patung pelbagai jenis rupa. Memang tidak dinafikan Ying seorang yang sangat sukakan seni.

The PhilophobiaWhere stories live. Discover now