KERANA terlalu fokus dengan komitmen perniagaannya, lelaki itu hampir lupa dengan apa yang sepatutnya dia perjuangkan juga. Jodoh. Kini sepertinya sudah terlewat. Usianya meniti 45 tahun namun belum ada suri yang merajai hati. Hingga kini dia pasrah dengan gelaran teruna antik yang dia miliki.
Sebelumnya sempat dia memasang angan untuk memiliki gadis bernama Huda yang dia kenali tanpa pengetahuan sesiapa pun. Namun Huda sangat susah untuk didekati.
"Kau tak suka sebab aku dah tua kan? Kau rasa macam berjalan dengan pak cik - pak cik? Malu ya berganding dengan teruna antik?" - TUAN JEBAT IZRAEL.
Huda bukan tidak setuju. Pangkat Jebat sebagai majikannya buat dia sedar diri untuk berganding. Bukan saja menjadi gosip malah Jebat juga begitu annoying. Belum lagi dikira dengan sikap suka memaksa. Tegas dia sebagai bos, turut terpalit dalam hubungan mereka. Huda kekok untuk menerima Jebat sebagai teman hidupnya.
"Lain kali aku bawak bawah 50 aje. Biar kau sama level dengan kura-kura. Kau tu cengeng sangat." - TUAN JEBAT IZRAEL
"Tuan Jebat tak ada niat nak sakitkan hati saya kan? Saya tak minta ada fobia macam ni. Kalau Tuan Jebat rasa saya cengeng, Tuan Jebat tu, annoying!" HUDA HANANI.
Dalam saling bertikam pendapat, mereka berdua saling merindukan. Apa lagi bila sehari tak bersua muka. Namun apabila Huda tersalah faham, dia meminta Jebat pergi jauh dari hidupnya.
Kenapa pula Huda yang sakit bila Jebat pergi meninggalkannya sedangkan itu juga dari permintaannya? Kenapa juga Jebat sanggup pergi walaupun kebahagiaannya ada di sisi Huda?
Antara semua yang terjadi, ada satu yang Jebat perjuangkan. Kebahagiaan semua orang di keliling Huda Hanani walaupun hati sendiri terjerat sepi. Dalam tangis dan tawa, Jebat kembali dari hilangnya. Namun Huda pula yang ditimpa kejutan demi kejutan.
Apa rahsia hilangnya Jebat saat Huda menyedari yang sebenarnya dia memerlukan lelaki annoying ini?
"Kau yang minta aku pergi, tapi aku yakin lama-lama kau akan suka aku juga kan? Saat itu aku pasti akan kembali." - TUAN JEBAT IZRAEL
Huda Hanani baru mengerti. Lelaki annoying itu sebenarnya pergi kerana mengatur strategi. Bukan hanya untuk dia, tapi juga untuk orang yang dia sayangi. Mampukah dia untuk menghindari lagi?
Siapa yang berminat boleh wasap saya 0126816031
arenayidin
17 Ogos 2023
YOU ARE READING
TUAN JEBAT IZRAEL : Teruna Antik [EBOOK]
RomanceKisah di ladang bunga mawar milik Tuan Jebat Izrael. Antara kisah kehidupan, perjuangan dan cinta Jebat kepada pekerjanya Huda Hanani. Perjuangan Jebat untuk memiliki Huda banyak likunya kerana kebahagiannya ditunda dengan beberapa insiden yang memb...