BAB 1

9 1 0
                                    

" Hati - hati intern kak, buat betul-betul." ujar Puan Ani sambil menyambut huluran tangan Nadiya Rabiyya tanda mahu menyalami tangannya.

" In shaa Allah ibu." balas Nadia Rabiyya sambil tersengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi.

" Baca ' Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair' . Semoga Allah permudahkan urusan kakak. " tukas Puan Ani sebelum Nadia Rabiyya keluar dari perut kereta.

" Aamiin Aamiin " Nadiya Rabiyya mengaminkan doa sebelum melambai ibunya yang mahu beredar.

Nadia Rabiyya memandang bangunan yang dahulunya tempat membeli belah, tapi sekarang sudah menjadi tempat ' Majlis Perbandaran Muar'. Nadiya Rabiyya menarik nafas. Dia begitu nervous. Kakinya melangkah ke tangga untuk menuju ke tingkat paling atas iaitu tingkat 7. Bayangkan tak ada lif. Mahu tak semput Nadiya Rabiyya. Silp hari bulan dia dapat penyakit asma.

" Fuh sampai akhirnya. Ya Allah, kalau macam gini laa. Memang kurus lah aku nanti." Nadiya Rabiyya mengomel di dalam hati. Dia menolak pintu kaca pejabat yang tertulis 'Human Resource Office'.

" Pelajar intern ye? " soal pekerja yang menjaga kaunter itu. Di nametagnya tertulis 'Nora'.

" Haah pelajar intern " jawab Nadiyya Rabiyya sambil tersenyum.

" okay, awak duduk di meja sana ya." ujar kak Nora sambil menunjuk ke arah meja berkenaan. Ada beberapa orang pelajar intern disitu. Selepas mengucap terima kasih. Nadiyya Rabiyya terus menuju ke arah meja itu dengan rasa berdebar di dalam hati. Nadiyya Rabiyya hanya mendiamkan diri. Dia seorang yang introvert plus malu. Jadi dia tak pernah memulakan perbualan.

" Hai. Nama awak siapa?" tegur satu suara dengan ceria.

" Nadiyya. Nama awak pula siapa? " ringkas jawapan Nadiya Rabiyya sambil tersenyum.

" Saya Shazira. panggil ira je wakk. Belajar kat mana?"

" Dekat Kolej  Mutiara Segamat."

Ira menepuk bahu Nadiyya Rabiyya dengan Lembut.

" Eh eh sama lah dengan saya. Tapi saya dekat tangkak. Tapi berjiran je Tangkak dengan Segamat tu."

" Laa yeke? Ada geng laa ni. Awak ambil kos apa kat sana? Saya ambil kos Komputer." soal Nadiyya Rabiyya. Dia lupa akan Nervous dia.

" Wah budak IT rupanya. Kita ambil Kos Businees je wak." jawab Ira sambil tersengih.

Baru Saja Nadiyya Rabiyya mahu membalas, ada seorang lelaki datang menghentikan perbualan kami.

" Saya Adhwa. Saya  yang akan membawa awak semua ke jabatan yang sesuai mengikut kos awak." ujar Encik Adhwa. Hensem. Tapi kerek noh muka dia.

" Siti Shazira, Nurul Suhaila, Ahmad Danial dan Muhammad Akif. Awak semua boleh ikut saya. Nadiyya Rabiyya awak akan inten di pejabat human resource sebab jabatan IT tak ambil pelajar intern perempuan. So, awak akan lari sikit dari bidang asal awak. Awak bole duduk dekat meja kat tengah sana" jelas Encik Adhwa sambil berlalu pergi dengan pelajar intern yang lain.

Nadiyya Rabiyya menuju ke arah meja itu. Dia senyum pada semua pelajar intern di sana. Mereka membalas senyuman lalu menyambung membuat kerja mereka. Banyak fail bertimbun di atas meja itu. Nadiyya Rabiyya mengaru kepalanya yang tidak gatal.

" Aku nak buat apa ni?" bisik Nadiyya Rabiyya di dalam Hati.

***********

QUOTES

Don't feel sad over someone who gave up on you. Feel sorry for them because they gave up on someone who would have never given up on them. "

- inspirational quotes-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now