"Ughh boleh kene slip disk aku kalau macam ini hari-hari" keluh seorang wanita yang baru sahaja selesai melakar sesuatu dia atas kertas. Dia merenggangkan badan nya yang berasa lenguh apabila sudah 5 jam duduk di atas kerusi di dalam bilik pejabatnya.
Sekarang bilik ini dah macam tak serupa bilik. Bersepah sungguh dengan kertas-kertas berselerak, ada yang dah digumpal dan ada juga yang dikoyakkan. Tong sampah juga penuh dengan kertas-kertas sahaja. Beginilah nasib seorang Lily Faith, seorang pereka baju yang terkenal di Kota Milan.
Lagi bertambah sibuk apabila pertunjukkan fashion show akan berlangsung kurang dari satu bulan. Jadi, Lily tengah bertungkus lumus menyiapkan 10 helai baju yang bertemakan gaun pengantin.
Kenapa bertemakan gaun pengantin? Ini kerana untuk mengingati hari ulang tahun arwah bonda nya, Puan Sri Dahlia. Hal ini kerana arwah bondanya juga merupakan seorang pereka baju pengantin yang amat terkenal di Malaysia.
Bermula dengan hobi nya yang suka melukis dan selalu melihat arwah bonda nya menjahit di dalam bilik, ianya membawa ke mana diri dia sekarang ini. Masih teringat akan Lily yang teruja apabila arwah bonda nya akan menjahit pelbagai jenis gaun kecil yang sangat cantik hanya untuk dirinya.
Walaupun pada mulanya perniagaan butik arwah bonda nya hanya kecil-kecilan tetapi kerana kesungguhan dan dorongan tanpa henti dari ayahanda nya Tan Sri Salman, ianya telah membawa kejayaan yang besar kepada butik Chateaux di Malaysia.
Namun, ketika Lily ber usia enam tahun, bonda nya telah meninggal dunia ketika ingin melahirkan bakal adiknya tetapi keadaan bonda yang tenat telah menyebabkan kandungan meninggal di dalam rahim. Pada mulanya, Lily tidak dapat menerima kepergian bonda nya, tetapi apabila menginjak ke umur 15 tahun, Lily mula menerima takdir yang bondanya pergi kerana ianya adalah ajal yang telah ditetapkan.
Selepas peristiwa itu, Lily dan ayahanda nya berpindah ke Kota Milan untuk memulakan hidup yang baharu dan di sinilah Lily menghidupkan semula nama butik Chateaux ini di Kota Milan.
Tok Tok. Bunyi pintu diketuk membuatkan Lily menumpukan perhatiannya ke arah pintu itu. Muncul seorang wanita berambut pendek.
"Cik Muda Lily, kami balik dulu tau, dah pukul 5 petang ni." kata wanita itu kepada boss mereka.
"Sure! You guys must be so tired especially when the fashion show is around the corner. But please bear with it okay." Nasihat Lily sambil tersenyum ke arah assistant dia, Emery.
"Okay Cik Muda Lily. I'll tell the others. Jangan push diri sangat Cik Muda. Kesihatan tetap kene jaga. Lagi-lagi kerja yang banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi ni. Mereka yang duduk lebih empat jam sehari berisiko menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis dan beberapa jenis kanser tau Cik Muda." Panjang betul nasihat Emery kepada boss nya seorang ini.
"I know Emery, lagi sikit je ni okay. You're like my father. Always say the same thing huh. Habis je fashion show I akan buat checkup like always." Balas Lily kepada assistant dia. Tujuan dia membuat checkup ini pon kerana atas desakan ayahanda nya yang risau akan anak tunggal nya yang selalu sibuk berkerja. Dah sayang jadi ikut kan sahaja kehendak ayahanda nya, lagipun ianya juga memberi manfaat kepada Lily.
Emery termalu sendiri apabila disamakan dengan Tan Sri Salman. "Saya bukan apa Cik Muda, takut kena marah dengan ayahanda Cik Muda juga. Nanti jadi apa-apa saya orang pertama kena soal tau. Lagipon saya sayang sangat dengan Cik Muda hehehe." Jawab Emery.
"Amboi, bodek ke? Nak naik gaji berapa?" Gurau Lily kepada Emery. Lily suka bergurau dengan Emery sebab Emery selalu layan dia macam seorang adik. Mungkin kerana Emery adalah anak sulung dari 4 adik beradik, jadi sifat kakak-kakak itu sangat terserlah.
"Ehh mana ada Cik Muda Lily. Saya nasihat ikhlas dari hati tau. Okay lah Cik Muda, saya gerak balik dulu. Jangan balik lewat sangat tau Cik Muda, nanti ada perempuan baju putih teman hihihi." Emery terus berlari apabila nampak Cik Muda nya ini menjengil kan mata.
Perempuan baju putih? Ada ke dekat Kota Milan ni? Kalau dekat Malaysia tak pelik la. Lily hanya tergelak kecil lalu terus sambung menyiapkan lakaran terakhir untuk pertunjukkan fashion yang akan berlangsung tak lama lagi nanti.
Seronok sangat melakar baju sampai lupa jarum jam sudah menginjak ke pukul 9 malam. Bunyi telefon bimbit membuatkan focus Lily teralih dan dia terus melihat ke arah telefon bimbit nya. Tersenyum dia melihat nama si pemanggil.
"Assalammualaikum daddy! Sekejap lagi Lily balik okay. Baru habis scratch last design tadi." Kata Lily yang memulakan perbualan itu.
"Ingat dah seronok sangat dekat butik tu sampai lupa nak balik dah. Daddy baru balik outstation ni. Daddy tunggu dekat rumah okay, lama tak jumpa anak daddy ni." Sambil membuat suara seakan merajuk dengan puteri kesayangan nya. Lily tergelak kecil mendengar suara daddy nya. Haihh, manja betul daddy nya seorang ni.
"Iyaa daddy, siap kemas ni, terus Lily pecut bawak kereta 'McQueen' Lily balik rumah" McQueen yang dimaksudkan adalah kereta mini cooper miliknya. Lily kalau bawak kereta itu memang laju tapi alhamdullilah masih selamat sampai sekarang.
Sambil itu tangan Lily ligat mengemas semua kertas-kertas yang bersepah di dalam biliknya.
Terdengar suara ketawa Tan Sri Salman di hujung talian. "Hati-hati bawak kereta McQueen kamu tu. Jangan bawak laju-laju." Lily hanya mendengar pesanan itu bagai masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Tamat sahaja panggilan dan habis mengemas, Lily terus bergerak untuk menutup suis butik serta mengunci pintu. Nasib butik dia di terletak di tempat yang terbuka, tidak lah takut untuk balik setiap malam. Lagipon Kota Milan ini sentiasa sibuk dengan orang ramai tidak kira penduduk sini atau pelancong dari pelusuk dunia.
Semasa bergerak ke arah kereta miliknya yang di parking berhadapan dengan butik nya, Lily terlihat sekumpulan lelaki dalam 4 orang sedang bersantai di restaurant yang berdekatan dengan butik nya. Tidak tahu mengapa Lily seakan tertarik untuk terus melihat salah seorang lelaki dalam kumpulan itu.
Lily tersentak apabila matanya dan lelaki itu bertembung. Mungkin lelaki itu perasan yang dirinya sedang diperhati, senyuman lelaki itu terus mati dan pandangan lelaki itu berubah tajam.
Pandangan itu membuatkan Lily meremang. Fuhh tajam mat pandangan dia. Tapi hot gila! Teriak Lily di dalam hati. Lily perasan lelaki itu melihat dirinya dari atas sehingga ke bawah.
Lily terus menjuling mata ke atas. Huh, typical lelaki suka sangat scan badan perempuan. Perasan yang lelaki itu masih merenungnya, Lily terus mengenyit mata ke arah lelaki itu. Nak main tenung-tenung sangat kan. Tergelak kecil Lily melihat lelaki itu membulatkan mata nya seakan terkejut dengan tindakan Lily tadi.
Lantak laa nampak gedik ke apa tetapi lelaki itu memang handsome dan type lelaki idaman Lily, tall, dark and handsome. Bonus ada lesung pipit. Mungkin malam ini sahaja mereka akan berjumpa jadi apa salahnya dia bagi hadiah perpisahan terlebih dahulu.
Tanpa perasaan malu, Lily menghadiahkan flying kiss kepada lelaki itu lalu terus masuk ke dalam kereta miliknya dan pulang ke rumah. Tidak tahu kenapa, tetapi hati Lily berasa sedih bila meninggalkan lelaki itu. Over kan? Mana tau dia tu boyfriend orang ke, tunang orang ke, tak pon paling teruk suami orang. Mengingati perkara itu, Lily terasa mahu menangis. Huawaaa daddy! Lily nak lelaki tuu hmm.
Lelaki yang melihat Lily tadi hanya melihat kereta Lily berlalu sampai hilang dari pandangannya.
"My flower, Lily Faith. You're such a tease, baby. Berani kau buat macam tu dekat strangers? What if it was someone else?" Kata lelaki itu sambil merenggangkan tali leher nya. Terasa panas pula dengan perlakuan wanita itu tadi.
TO BE CONTINUED
How is it guys? This is my first time publish a story. Hope you guys will like it ^_^
YOU ARE READING
The Soulmate
Romance"I'm a human who can become a wolf. Smell is really important to me, and you, Lily Faith, smell like mine." Lily Faith, seorang wanita yang sempurna di mata semua orang lagi-lagi dimata seorang lelaki bernama Tunku Ian Fattah. Bunga Lily yang melamb...