AKU mencapai lipmatte berwarna merah lalu dioles pada bibir sendiri. Setona dengan outfit. Malam ini, aku mengenakan gaun yang separas lutut. Baju ini sebenarnya sponsor daripada studio.
Namaku dijemput ke pentas setelah itu. Tidak menunggu, aku terus sahaja mengambil tempat yang disediakan untukku. Di hadapan piano.
Bunyi tepukan gemuruh terlebih dahulu. Mengalu-alukan susuk tubuhku di atas pentas. Acara makan malam yang sungguh meriah.
Jari-jemari kini turun bermain pada papan kekunci piano. Memainkan not yang berunsurkan balada yang tepat untuk pemilihan lagu yang sudah kusematkan di kepala.
Dan aku pun memulakan nyanyian seperti yang aku praktiskan. Baik dan lancar.
Muzik kini berhenti. Jari-jemariku juga sudah tidak menekan piano lagi.
"Thank you!"
Aku tundukkan sedikit kepala.
Namun entah bagaimana... zup! Tiba-tiba sahaja anak mataku menangkap susuk tubuh seseorang yang berjaya mematikan senyumanku serta-merta.
Mataku bersatu dengan sepasang mata milik si dia. Dia juga sedang bertepuk tangan.
Dan dia tiba-tiba menghadiahkan sebuah senyuman tatkala aku menyambut renungannya. Senyuman dia... bukan senyuman biasa. Seolah-olah senyuman bangga.
"Awak boleh turun, your performance has already been done."
Seorang kru berbisik di telingaku. Terus aku tersedar dengan tingkahku sendiri. Aku kemudian melarikan pandangan dari si dia untuk memberi anggukan pada kru tersebut.
•••
"I'M so impressed. Sedapnya suara awak."
Tersipu malu aku dengan pujian daripada Khairul. Macam biasa, ucapan terima kasih setelah itu buat dia. Khairul kemudian mengajak aku keluar dari belakang pentas. Mahu ajak aku makan bersamanya. Aku menurut sahaja.
"Encik Uzzair!"
Mataku sedikit membulat dengan suara tiba-tiba Khairul. Apatah lagi, dengan nama yang disebut. Tidak sempat aku bertanya Khairul apa-apa, muncul satu kelibat ke arah meja kami.
"Sorry, may I know who you are?"
Suara si dia yang membalas sapaan Khairul. Ternyata memang Uzzair yang sama.
Baru aku mahu memberikan senyum manis dan penuh ikhlas, namun ianya bertukar kelat dan penuh kepalsuan.
Oh! Bukan satu, tapi dua rupanya! Uzzair datang bersama isteri tersayang.
"Khairul, saya nak pergi toilet sekejap."
Mengabaikan mata-mata yang sedang memandangku sekarang, aku berlalu menuju ke tandas. Jadi, jalan terbaik untuk aku adalah menghindari.
Aku masuk ke dalam tandas dan berdiri di hadapan sinki.
Mataku bertukar merah. Ternyata, sukar rupanya untuk melalui fasa move on. Apalagi, harus bertentang mata dengan Uzzair.
Tarik nafas panjang, kemudian hembus. Aku capai handbag lalu bergerak keluar daripada tandas.
Sedang aku berperang dengan perasaan sendiri, tiba-tiba aku merasakan ada tangan menyentuh lembut bahuku dari belakang.
Langkahku terus terhenti. Tubuhku juga mengeras. Aku pejamkan mata dan berharap orang di belakangku ini bukan dia!
Perlahan-lahan kepalaku berpusing ke belakang. Untuk kesekian kalinya, mataku membulat besar.
Tak mungkin!
[ Not edited ]
Teaser yang ni panjang sikit hehe

ANDA SEDANG MEMBACA
HUS II [ EBOOK ]
RomanceSambungan dari HUS, terbitan Ogos. EDISI EBOOK 2023 -lebih 150+ unit sudah terjual ✨ start: April 2023 completed: August 2023 [ FEMALE LEAD's DANGEROUS AREA ⚠️ ] sila baca beberapa teaser terlebih dahulu sebelum pembelian ebook. Jualan ebook akan...