BAB 1: KUNCI KEDUA, PERTEMUAN BAHARU

1 0 0
                                    

  Hai, nama saya Tamaki Zain. Umur saya 17 tahun. Sudah banyak perkara yang telah saya lalui hanya untuk mencari pasangan hidup saya. Kini, Leila dipilih sebagai pasangan hidup saya. Bukan itu saja, saya juga baru sahaja mengetahui identiti ibu yang sebenarnya dan juga tujuan SECRET LOVE KEY SYSTEM diperkenalkan. Saya rasa gembira kerana telah lalui semua itu. Sekarang, apa yang terjadi selepas ini?

  Sekarang ini, saya sedang berada di rumah bersama dengan Leila dan yang lain. Leila dan yang lain ada di sini kerana mereka mahu meluangkan masa bersama. Semasa saya sedang melakukan apa yang saya lakukan, tiba-tiba saya terdengar sesuatu. Saya terhenti seketika dan mendengar bunyi itu. Pada masa yang sama, Leila pun datang ke bilik saya kerana dia mahu membawa saya menonton filem bersama-sama di ruang tamu. Leila tanya sesuatu kepada saya dan saya menjawabnya mengenai bunyi yang saya dengar itu.

  “Bunyi apa tu?” kata saya lalu Leila datang.
  “Zain, jom tengok filem di ruang tamu sama-sama,” kata Leila.
  “Ada apa dengan kamu? Kenapa wajah kamu begitu?” kata Leila lagi yang berasa hairan.
  “Saya ada dengar suatu bunyi,” kata saya lalu bunyi itu kedengaran lagi.

  Tak lama selepas itu, muncul lagi bunyi yang sama. Jadi, kami pun cuba untuk mendengar dengan lebih teliti dan bunyi itu berpunca di kawasan bilik ibu. Tanpa membuang masa, kami pun keluar dari bilik lalu masuk ke bilik ibu. Hanya saya sahaja yang masuk ke dalam dan Leila menunggu di luar. Setelah saya masuk, saya cuba mendengar lagi bunyi itu dan saya telah menemui punca bunyi itu.

  “Bunyi apa tu?!” kata Leila yang terkejut.
  “Jangan bising!” kata saya.
  “Bunyi itu sepertinya bukan berasal di dalam bilik ni, tapi dari luar” kata Leila lalu kami pun keluar dari bilik saya.
  “Bunyi itu sepertinya dari bilik ibu,” kata saya lalu saya masuk ke dalam bilik ibu.
  “Saya tunggu di luar bilik saja. Saya takut kalau ibu kamu datang nanti,” kata Leila.
  “Mana bunyi itu berasal?” kata saya.

  Bunyi itu berpunca di laci meja solek milik ibu. Jadi, saya pun pergi ke arah meja solek itu lalu membuka laci yang berada di tengah-tengah meja. Tiba-tiba, ada satu cahaya yang sangat terang mengelilingi saya. Pada masa yang sama, Leila menyedari kehadiran cahaya itu lalu dia pun terpaksa masuk ke dalam bilik ibu. Akan tetapi, pandangan Leila terhalang oleh cahaya yang terang itu yang telah membuatkan Leila sukar untuk melihat perkara yang terjadi pada saya. Setelah cahaya itu menghilang, kami melihat terdapat sebutir kunci di hadapan kami.

  “Ha, di sana!” kata saya.
  “Bunyi itu berasal dari meja solek ibu,” kata saya lalu saya membuka laci meja solek ibu.
  “Eh, terangnya!” kata saya.
  “Apa yang terjadi? Cahaya apa ni? Terangnya!” kata Leila.
  “Saya nak masuk, tapi saya tak boleh masuk bilik orang sesuka hati saya! Apa nak buat ni? Masuk sajalah! Terangnya!” kata Leila lalu dia pun masuk ke dalam bilik ibu.

  Pada masa yang sama (situasi ibu)

  Ibu baru sahaja sampai di hadapan rumah. Tiba-tiba, dia merasakan sesuatu yang aneh. Dia dapat merasakan bahawa perkara ini berpunca dari dalam biliknya. Tiba-tiba, dia teringat mengenai kunci itu. Tanpa membuang masa, ibu pun bergegas ke biliknya. Ellya dan yang lain hairan melihat ibu yang sepertinya dalam keadaan tergesa-gesa. Jadi, mereka pun mengikuti ibu ke bilik ibu.

  “Saya dah balik,” kata ibu yang baru saja masuk ke dalam rumah.
  “Eh, kenapa saya rasa macam ada yang aneh sekarang ini? Takkanlah…,” kata ibu lalu dia pun bergegas ke biliknya.
  “Eh, kenapa Cikgu Alexandra seperti itu?” kata Ellya.
  “Entah. Saya tak tahu,” kata Erina.
  “Apa kata kita pergi mengikutinya agar kita dapat tahu apa yang Cikgu Alexandra hadapi,” kata Raina.
  “Idea yang bagus. Jom!” kata Ellya lalu mereka mengikuti ibu.

  Kembali kepada situasi saya

  Kami berasa sangat hairan apabila melihat kunci itu. Leila cuba untuk menyentuh kunci itu. Belum sempat Leila menyentuh kunci itu, ibu pun sampai di hadapan biliknya dan menghalang Leila daripada menyentuh kunci itu. Pada masa itu, kami memang sudah menjauhi kunci itu. Tangan saya tidak sengaja tersentuh kunci itu. Perkara tersebut telah membuatkan saya terkaku seketika. Pada masa yang sama, ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran saya. Saya tidak tahu sama ada perkara itu ialah memori, mimpi atau masa depan. Selain itu, Ellya dan yang lain juga ada di belakang saya. Setelah itu, saya tersedar daripada terkaku itu.

  “Kunci apa ni?” kata saya.
  “Cantik betullah kunci ini,” kata Leila lalu dia mahu menyentuhnya dan ibu pun sampai ke biliknya.
  “Tunggu! Jangan sentuh kunci itu!” kata ibu.
  “Kami tak sentuh!” kata Leila lalu saya tersentuh kunci itu.
  “Opss!” kata saya yang tersentuh kunci itu dan saya terkaku.
  “Apa yang terjadi sekarang? Kenapa saya tak boleh bergerak? Apa yang muncul di hadapan saya ni?” kata hati saya lalu saya tersedar daripada terkaku.

  Beberapa minit kemudian

  Saya, Leila, ibu dan yang lain duduk di sekeliling meja makan. Saya menyuruh ibu untuk memberitahu kepada kami mengenai kunci itu. Ibu pun memberitahu semuanya. Ibu memberitahu semuanya. Ibu berkata bahawa kunci itu adalah untuk saya. Leila terus memahaminya dan berkata bahawa berkemungkinan ibu menyuruh saya untuk mencari cinta yang sebenar-benarnya. Perkara tersebut memang betul dan disebabkan itu, Leila dan yang lain mula marah.

  “Ibu, boleh tak ibu terangkan kepada kami semua mengenai perkara yang terjadi sebentar tadi,” kata saya.
  “Sebenarnya, kunci itu adalah untuk kamu, Zain,” kata ibu.
  “Untuk saya?” kata saya.
  “Saya faham maksud Cikgu Alexandra. Kalau Zain ada kunci lain, jadi dia mesti…,” kata Leila.
  “Ya, memang betul apa yang kamu cakapkan tu, Leila,” kata ibu lalu Leila dan yang lain mula marah.
  “Jadi, kamu nak curang dengan saya?!” kata Leila dengan perasaan yang begitu marah.

  Ibu pun cuba menjelaskan kepada mereka. Untuk pengetahuan anda, Kunci Cinta ini mempunyai empat kesemuanya. Antaranya, AEGIS KEY yang merupakan kunci cinta yang ada pada saya sekarang, SCARLETT KEY yang merupakan kunci yang ada pada ibu, GRIMORE KEY yang baru saja kami temui dan LUCIFER KEY THE GREAT yang tidak sempat diambil oleh ibu.

  “Bawa bertenang! Sebenarnya, macam ni. AEGIS KEY yang merupakan kunci cinta yang ada pada kamu sekarang, SCARLETT KEY yang merupakan kunci yang ada pada saya, GRIMORE KEY yang baru saja kamu dan Leila temui dan LUCIFER KEY THE GREAT yang tidak sempat diambil oleh saya atas sebab tertentu,” kata ibu yang menerangkan satu persatu mengenai kunci itu.

  Beberapa minit kemudian

  Setelah ibu selesai menerangkannya kepada kami, ibu memberikan saya kunci itu. Ibu berkata kepada saya bahawa dia menyuruh saya untuk mencari cinta yang sebenar-benarnya dan juga melindungi SECRET LOVE KEY SYSTEM. Setelah itu, saya berjanji kepada ibu untuk melakukan perkara yang ibu katakan itu.

  “Zain, kamu ambillah GRIMORE KEY ini,” kata ibu sambil memberikan kunci itu kepada saya.
  “Baiklah,” kata saya.
  “Ibu nak kamu cari cinta yang sebenar-benarnya dan lindungilah SECRET LOVE KEY SYSTEM ini dengan sebaik mungkin,” kata ibu.
  “Baiklah. Saya berjanji akan melakukan semua yang diperintah oleh ibu!” kata saya.

  Sementara itu (di suatu tempat yang tidak diketahui)

  Ada seseorang yang melihat kelakuan kami dari jauh. Kemudian, dia berkata lagi bahawa dia tidak sabar untuk mengambil semula kunci itu.

  “Tak sabar betul aku nak mengambil semua hak aku semula,” kata orang itu. 

BERSAMBUNG

SECRET LOVE KEY: 2nd KEY [MAL]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang