Di pekan
Saya, ibu, Leila dan yang lain sedang berjalan-jalan. Kami sedang membeli barangan keperluan harian. Semasa kami sedang berjalan, tiba-tiba seorang perempuan yang sedang berlari. Perempuan itu berlari sehingga dia terlanggar saya dan telah membuatkan saya dan perempuan itu terjatuh. Saya pun menghulurkan tangan saya untuk membantu perempuan itu bangun.
“Zain, semua barang yang dibeli tadi dah di ambil?” kata ibu.
“Semuanya sudah ada pada kami,” kata saya.
“Ke tepi! Kamu semua di depan tolong ke tepi!!!” kata perempuan yang sedang berlari.
“Eh, tidak!!! Aduh!” kata kami.
“Sakitnya!” kata saya.Semasa tangan perempuan itu menyentuh tangan saya, tiba-tiba saya dapat merasakan sesuatu yang aneh pada perempuan itu. Saya melihat sesuatu yang buruk terjadi pada perempuan itu. Saya tidak pasti sama ada perkara itu masa silam ataupun masa depan. Setelah itu, perempuan itu pun sambung berlari.
“Awak tak apa-apa?” kata saya sambil menghulurkan tangan saya untuk membantu perempuan itu bangun.
“Apa yang saya rasakan ini? Adakah ini masa depan ataupun masa depan ataupun masa silam?” kata hati saya yang terkejut.
“Aduh! Saya baik-baik sahaja. Maafkan saya,” kata perempuan itu.
“Lega saya rasa bila dapat tahu yang kamu selamat,” kata saya.
“Maafkan saya. Saya ada sedikit hal kecemasan! Saya pergi dulu! Saya minta maaf sekali lagi!” kata perempuan itu sambil berlari.Keesokan harinya
Saya sudah berada di akademi setelah lama bercuti. Semasa dalam perjalanan ke kelas, tiba-tiba saya terserempak dengan perempuan yang semalam itu. Saya rasa macam pernah lihat wajah perempuan itu tetapi, tidak ingat di mana. Pada masa yang sama, GRIMORE KEY saya bercahaya. Kami sangat terkejut apabila dapat tahu yang kami bertemu lagi.
“Eh, bukankah perempuan itu yang semalam? Tapi, kenapa saya rasa macam perempuan itu saya pernah jumpa lama sebelum ini? Malangnya, saya tak ingat di mana dan bila saya pernah berjumpa dengan perempuan yang serupa dengannya,” kata hati saya lalu perempuan itu pergi ke arah saya dan GRIMORE KEY saya bercahaya.
“Kunci ini bercahaya? Jadi, saya rasa macam ada yang tak kena dengan perempuan itu,” kata hati saya lagi.
“Eh, saya tak sangka yang kita akan berjumpa lagi,” kata perempuan itu.Belum sempat kami mahu bercakap, tiba-tiba perempuan itu ditolak oleh pelajar lain sehingga membuatkan dia terjatuh. Pada masa yang sama, saya terlihat ada sebuah padlock cinta berbucu enam. Disebabkan itu, saya membawa dia ke suatu tempat untuk bercakap dengannya sebentar. Hal ini kerana, sesi pembelajaran belum lagi bermula dalam jangka masa 1 jam 30 minit.
“Kamu ada di kelas…. Aduh!” kata perempuan itu ditolak oleh pelajar lain.
“Eh, kamu tak apa-apa?” kata saya.
“Eh, itu bukankah itu ialah padlock?” kata hati saya.
“Saya baik-baik sahaja,” jawab perempuan itu.
“Memandangkan kita masih belum ada kelas dalam masa 1 jam lebih lagi, saya nak ajak kamu ke suatu tempat. Saya ada sesuatu yang nak kamu tahu,” kata saya.
“Baiklah,” jawab perempuan itu lalu kami pun pergi.Beberapa minit kemudian
Kami sudah sampai di bumbung sekolah. Kami terus duduk dan memulakan perbincangan kami. Perempuan itu memperkenalkan dirinya. Setelah diketahui, namanya ialah Aleya Aldrein. Setelah saya mendengar nama itu, saya sepertinya macam pernah dengar nama itu. Tapi, saya biarkan perkara itu. Saya pun menyuruh Aleya menceritakan mengenai latar belakangnya. Saya pun berkata kepada saya. Aleya berkata bahawa dia mempunyai seorang kawan. Kawannya selalu bersama dengannya sejak dia masih kecil. Bukan itu saja, mereka merupakan jiran terdekat.
“Boleh tak kamu memperkenalkan diri kamu supaya kita mudah untuk berkomunikasi,” kata saya.
“Nama saya Aleya Aldrein,” kata Aleya yang memperkenalkan dirinya.
“Kenapa saya rasa macam pernah dengar nama itu, tapi tak ingat di mana saya pernah mendengarnya. Tak apalah,” kata hati saya.
“Boleh tak kamu ceritakan latar belakang kamu? Saya nak kenal dengan kamu,” kata saya.
“Sebenarnya, saya mempunyai seorang kawan. Kawan saya selalu bersama dengan saya sejak saya masih kecil. Bukan itu saja, kami merupakan jiran terdekat,” kata Aleya.
YOU ARE READING
SECRET LOVE KEY: 2nd KEY [MAL]
FantasySECRET LOVE KEY 2nd KEY menceritakan tentang remaja lelaki berusia 17 tahun yang memiliki sebutir kunci misteri. Selain itu, ibunya merupakan seorang Dewi Ahli Sihir Murni yang bertanggungjawab untuk menjaga kunci misteri yang dikenali sebagai SECRE...