𝓓𝓪𝓶𝓲𝓮𝓷 𝔁 𝓛𝓪𝔂𝓵𝓪 | 7 ☘️

7.4K 345 9
                                    

LAYLA mengangkat vaccum naik ke tingkat dua. Berat! Namun di gagahi juga untuk sampai ke ruang atas. Selepas Damien balik ke pejabat tadi, Layla terus memulakan kerja membersihkan penthouse itu.

Kata Damien, sudah sebulan dia tinggalkan rumah ini. Memang akan kotor berhabuk la sebab dia lupa mahu upah orang untuk datang bersihkan.

"Kalau aku ada rumah besar macam ni, memang penuh dengan kucing je. Besar-besar macam ni tapi tinggal sendiri. Apakah?" bebelnya. Vaccum di hidupkan dan dia mula membersihkan bilik Damien.

"AKU dah kata dah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU dah kata dah.. Adik aku tu first-first je dia takut. Lama-lama... dia suka." Lian dan Damien duduk di kerusi yang disediakan dalam gym. "Memang aku pernah nampak dia tengok documentary serial killer kat tv."

"Adik kau tu psiko ke? Dia tak takut weh. Siap senyum lagi cakap dengan aku dia suka tengok documentary tu." Dia meneguk air di botol.

Kelihatan Haider sedang melangkah mendekati mereka berdua.

Lian tertawa. "Tak lah. Dia tu memang macam tu. Even kalau nak tengok movie pun, dia suka tengok yang genre dia action, thriller, horror."

"Dia jarang tengok yang romance love-love ni." tambah Lian. "Kalau dia kahwin nanti pun mesti dia tak pandai nak ber-romantik dengan husband dia. Nanti kau pandai-pandai la ajar." usik Lian sambil melap peluh di muka dan lehernya.

Damien melempar tualanya pada Lian.

"Blah la kau." Dia bangun dari duduknya. Lian sudah tertawa di sebelah.

"Jangan la buat bakal abang ipar kau macam ni." usiknya lagi. Haider hanya tersenyum. Dia menghulurkan iPad pada Damien.

"Setakat ni, ni saja yang Mikael jumpa." ujarnya pada Damien. "Kau ada adik perempuan lagi." beritahunya pula pada Lian. Berkerut dahi Lian memandang Haider.

"Apa maksud kau?" tanyanya. Damien yang sedang membaca maklumat dalam iPad itu turut mengerutkan dahi.

"Mak kau, lepas cerai dengan ayah kau tu dia tak tahu pun dia pregnant. Dalam beberapa minggu lepas cerai tu dia check, rupanya dia tengah berbadan dua." Damien bagi iPadnya pada Lian.

"Nama adik kau Kayla Safiyah. Adik lelaki yang ikut mak kau tu nama Luqman kan. Umur baru 22 tahun. Kayla umur 19. Seumur dengan Layla."

Lian meraup wajahnya.

"Biar betul ni? Kau tahu dia orang kat mana sekarang?" Lian pandang Haider dan Damien.

"Italy. Tempat atuk kau." balas Damien.

"WHAT?!"

Damien dan Haider serentak memukul belakang kepala Lian.

"Aduh.. Sakit la."

"Rendahkan sikit suara tu. Bukan kita je kat gym ni." Tegur Haider.

"Dan sekarang, orang aku nampak Luqman dan Kayla ni ada kat KLIA. Kau rasa apa motif dia orang balik Malaysia tanpa mak kau? Sedangkan mak kau masih hidup?" Damien mencekak pinggang.

[C] DAMIEN GREY - EBOOKWhere stories live. Discover now