''Ciao.....sei sola mia signora? (Hi ....are you alone my lady ?)'' Tersentak Awin apabila ada jejaka yang menegurnya dari belakang yang tak jauh darinya .Serta -merta tubuh kecil Awin mengeletar hebat .Pertanyaan jejaka itu dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan .
Apabila Awin tidak membalas jejaka itu mula memegang tangan Awin .Dia cuba melepaskan pegangan itu tetapi pergelangan tangannya dicengkam kuat oleh jejaka itu . Sudahlah hanya ada dia sahaja di stesen bas itu . Awin menggigit lengan jejaka itu dan terus berlari meninggalkan jejaka itu akan tetapi dia dikejar oleh jejaka itu .
Awin terus berlari ,langkahnya hampir tersandung dan nafasnya semakin sesak .Dia cuba mencari tempat yang lebih selamat ,tetapi kawasan itu terlalu sunyi .Sementara itu ,sebuah kereta mewah yang berwarna Dark Grey berhenti dihadapannya.Tingkap kereta diturunkan jelas terpampang wajah kacak Dani Mikael muncul dari dalam kereta .
''Awin Elisha ?Apa kau buat dekat sini ,bukan sepatutnya kau balik ke tadi?'' Tanya Mikael ,dengan nada dingin tetapi jelas berbaur kekeliruan .
''Dani Mikael.....'' Awin cuba mencari nafas dan cecair jernih jatuh membasahi pipi mulusnya .
'' Ada orang kejar saya.''Suaranya jelas kedengaran tergagap dan bergetar.
Dani Mikael tidak membuang masa .Pintu kereta dibuka dan dia keluar ,berdiri tegak dengan pakaian casual serba hitam yang menambahkan lagi auranya dihadapan tubuh Awin Elisha yang menggeletar hebat.
'' Siapa? Mana orang tu ?''Tanya Mikael lagi .Suaranya menjadi lebih rendah ,tetapi penuh dengan kerisauan .Awin hanya menunding jarinya ke belakang sebelum jejaka asing yang mengejarnya itu muncul dan berjalan perlahan ke arah mereka berdua dengan senyuman sinis ,serta merta tubuh kecil Awin Elisha ditarik bersebelahan dengan tubuh tegap Dani Mikael.
''oh ...guarda chi ti sta aiutando, mia signora... c'è un eroe da aiutare.(oh look who's helping you my lady... there's a hero to help.)'' Jejaka asing itu menyindir sambil memandang Dani Mikael dari kepala hingga ke kaki .
Dani Mikael tidak berkata apa apa malah dia hanya memandang jejaka asing itu dengan pandangan yang tajam,tangannya dimasukkan kedalam poket.Sikapnya seperti seorang yang tidak mahu bermain main .
''qual è il tuo problema?( Apa masalah kau ?)'' Jejaka itu tersenyum lebar dan mahu melangkah akan tetapi langkahnya terhenti apabila Dani Mikael terlebih dahulu melangkah ke arahnya .Aura tegasnya semakin membuak.
''cosa stai facendo qui? quella ragazza è mia.(what are you doing here? This girl is mine.)''Kata jejaka asing itu sambil tersenyum lebar ,penuh dengan keyakinan. Awin memandang Dani Mikael dengan riak wajah yang keliru ,tak faham dengan apa yang mereka katakan .
Dani Mikael masih berdiri tegak tanpa sebarang gerakan ,wajahnya tanpa ekspresi matanya masih memandang tajam ke arah jejaka asing itu .
''Ti suggerisco di lasciare questo posto se non vuoi ammalarti.(Aku sarankan kau pergi dari tempat ni kalau kau tak nak sakit .)''Kata Mikael ,tenang tetapi penuh dengan ancaman .
''Penso che dovresti andare, questa è una cosa tra me e lei.(I think you should go, this is between me and her.)''
''Questa ragazza non ha niente a che fare con te.(Perempuan ni takde kaitan dengan kau.)''Dani Mikael tidak berganjak walaupun sedikit .Dengan suara yang rendah tetapi jelas dia menjawab dalam bahasa asing itu .
''E cosa vuoi fare?( And what do you want to do?)'' Mikael hanya mengangkat bahu .Wajahnya tenang .
''faresti meglio ad andare adesso prima che ti porti via.( Baik kau pergi sebelum aku yang halau kau pergi.)'' Balas Dani Mikael nadanya ditegaskan.Jejaka itu merungut jelas yang dia tidak suka dengan respon Mikael.
![](https://img.wattpad.com/cover/326749442-288-k543275.jpg)
YOU ARE READING
Jodoh Dari Kecik (Complete)
RandomAireen Jaznieza , seorang gadis yang berumur 23 tahun. Sikap nya yang ceria, periang, manja dengan keluarga dan kawannya tetapi tidak kepada orang lain. Tengku Izra Eqal ialah seorang jejaka berumur 25 tahun yang berdarah Malay+ Italy. Dia seorang...