Orang selalu cakap kalau cinta zaman sekolah ni cinta monyet je, takde nya nak bawak sampai naik ke jinjang pelamin, ke syurga konon. Tapi bagi aku tak ye anak-anak. Mak kalau cakap mak nak tu, itu lah yang mak nak.

Aku ni jenis susah nak catch feeling dengan orang, tak kisah lah orang tu duk buat act of service ke, physical touch yang aku rasa macam physical attack ke, words of affirmation ke, kau kalau takde value kat aku, aku takkan terpikat jugak nyah.

Bukan apa, tipu lah cakap kalau aku ni tak kesepian tengok kawan-kawan aku yang lain bahagia dengan pasangan diorang, tapi aku ni ada banyak sebab kenapa aku ni memilih, bahasa yang orang muda-muda sekarang guna tu apa tu? ‘selek’? haa selek.

Dengan ini dilampirkan sebab-sebab kenapa aku ‘selek’

Sebab apa dek? Sebab bolehhh

Sebab-sebab kenapa aku ‘selek’ adalah :
1. Maybe dia bukan taste aku ? ye la, kalau dah tak kena dengan selera aku mana mau nye
2. Aku tak ready lagi. (alasannya seringkali ku dengar~~) padahal mengaku diri tu kesepian adeh.
3. Nak cari Jungkook. Jantan kat bumi Malaysia ni hampir pupus agaknya tu yang aku sibuk nak cari sampai ke Korea hm.
4. Tak jumpa yang tepat lagi. Dah jumpa, tapi dia milik orang~
5. Aku banyak insecurities nak kena repair.
6.Takde confident nyah

Actually ada je orang duk try try aku, tapi aku je haa memilih sangat. Taknak ni la taknak tu lah. Ada je kawan-kawan aku duk kenenkan aku dengan itu lah dengan ini lah. Aku cakap kat diorang 'kita takmauu' :/

Crush? Aku ada je crush. Bukan crush dari sekolah menengah ye. Bukan jugak crush dari universiti. Kat universiti ada jugak, tapi entahlah, feelings aku dengan dia tiba-tibe stop kat situ je. Maybe sebab aku respect dia ada relationship kot? Entahlah der.

Haa iklan japp.

Haipp aku tak kerja lagi mana datangnya crush kat tempat kerja.

Dia crush aku dari darjah 1 . Tiba-tiba aku geli pulak. Ye la, tiba-tiba pulak duk lekat dengan crush darjah 1. Tapi tak tipu lah, aku baru terjumpa dia 3 hari lepas masa amik adik aku balik sekolah.

Norhhh aku dengan muka basi tak pakai apa-apa dia duk muncul depan aku. Mana tak terback flip jantung aku. Buat eye contact pulak. Tapi sekejap je lah, kalau lama-lama karang aku pulak yang terback flip kat situ.

Last aku jumpa dia masa form 2 kot, masa tu tengah nak ambik adik aku balik asrama, kena pulak si dia tu sama sekolah dengan adik aku. Memang ngam dek.

Masa tu takde pulak duk terkinja-kinja macam ni. Aduhh jap, kepala aku jem macam mana aku nak cerita kat korang ni ek. Ok, aku start dengan macam mana aku jumpa dia.

Masa tu first day sekolah, darjah 1 ye. Masa tu aku duduk kt meja tengah, meja tengah tu guru kelas aku letak dua meja je tau. Aku duduk belah kanan kalau tak silap. Dah tu dia duduk sebelah aku, dah tu aku tersuka dia. Cerita dia gitu je. Ye la baru darjah 1 kan.

Part paling memalukan, journey aku crush kt dia tu tak mudah ye. Aku gatal sangat duk tulis dalam buku bapak aku ‘I love you ****’ macam hareyy betul aku kena bahan bertahun-tahun dengan abang aku.

Plot twist dia, tak sangka pulak bapak si dia tu berkawan dengan bapak aku. Family aku kira macam kenal la dengan family dia. Nenek dia dulu cikgu kepada makcik aku. Kampung dia pulak sama pulak dengan kampung aku. Adakah ini jodoh? (bowdough je:D)

Nak dijadikan cerita, family dia pernah terlibat dalam accident (masa tu kitorang darjah 5), aku tak nak bagitau secara detail ek sebab nak jaga privacy family dia. Apa yang aku boleh cakap accident tu teruk sangat sampai one of his siblings meninggal. (Al-fatihah)

Luckily my dad got his friends tolong family dia masa tu. Dia patah kaki je. Eh engkau patah kaki pon dia pengawas jaga tangga ye. Awas kau. HAHAHAHA

Aku describe sikit lah ek dia macam mana. Dulu masa kitorang sekolah rendah dia pendek ye. Tiba-tiba pulak aku jumpa dia hari tu member dah macam bangunan KLCC. Terkejod den.

Dia ada taik lalat kecik kat corner lips dia. Lepas tu apa lagi eh? Tak tau lah aku macam mana nak describe dia lagi, tapi apa yang aku tahu, aku nak buat dia notice aku. Macam mana?

Aku pon tak tau dek. ಥ⁠‿⁠ಥ

IG aku pon dia tak follow back. IG adik aku dia follow back pulak. (adik aku lelaki ye) Nak follow dia guna account private kang nampak sangat aku ni suka dia balik. Sebab baru hari tu jumpa takkan dah follow. aduhh. Susah betul jadi pompuan kadang-kadang lah :D

Aku tak tau lah berapa lama this feelings akan bertahan.

Let's just hope my story ada progress later. I'll tell you guys once aku dah berani nak buat pergerakan HSHAHHA

babaiii ❤️ -N



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

P 1's Journey ♡ 2011Where stories live. Discover now