Bab 4

402 13 2
                                    

Oi bangun." Rizzkey menyucuk pipi Fea yang tidur pulas itu menggunakan jari telunjuknya. Gadis itu tidak terjaga langsung.

"Fea bangun." Dicucuk lagi pipi isterinya itu.

"Sofeaa bangunn. Wake up wake up."

Tak bangun juga.

"Akma Sofea." Jangan sampai nama bapa sis. Dalam bahaya kau ni. Rizzkey memandang wajah Fea yang kelihatan sangat lena itu. Rasa bersalah menyerbu dirinya. Tentulah Fea sangat penat. Gadis itu sudah menangis lama tadi.

"Sorry." Ucap Rizzkey perlahan. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Fea. Air di rambutnya jatuh terkena wajah isterinya itu. Fea bergerak perlahan. Matanya juga dibuka lambat-lambat.

"Bangun pun." Sensitif dengan air kot minah ni. Fea menoleh memandang Rizzkey menyebabkan wajah mereka hampir berlanggar. Jantung mereka berdegup laju. Fea laju menarik mukanya. Gadis itu kaget.

"Dah bangun. Jom makan. Belum makan tengah hari lagi." Rizzkey menarik tangan Fea supaya gadis itu duduk. Fea menonyoh matanya bagi menghilangkan kantuknya walaupun kantuknya memang dah hilang lepas eye-contact dengan Rizzkey tadi.

Mereka turun ke dapur bersama-sama. Di atas meja makan sudah terhidang ayam masak merah dan ulam-ulaman. Makan makanan kampung rupanya mamat ni.

Seperti pagi tadi, Rizzkey menarikkan kerusi untuk Fea dan Fea duduk sahaja tanpa banyak bunyi. Rizzkey mengambil tempat di hadapan isterinya itu.

"Bismillah." Fea makan dengan berselera. Dah lama dia tidak merasa kenyang sampai begini sekali.

"Alhamdulillah." Ucapnya perlahan. Dia pergi ke sinki lalu mencuci pinggan dan tangannya. Selepas itu, dia duduk semula di tempatnya. Tidak tahu ingin berbuat apa kerana selama dia di rumah ini memang Rizzkey yang mengarahnya makan, tidur, mandi dan lain-lain. Bila Rizzkey lambat makan ni, dia hanya mampu tunggu.

Rizzkey memandang Fea apabila terasa dirinya dipandang. Mereka bertentangan mata sekejap lalu diputuskan oleh Fea. Gadis itu menoleh memandang makanan sahaja.

"Asal? Nak makan lagi ke?" Tanya Rizzkey. Fea laju menggeleng.

"Dah tu? Yang kau duduk situ lagi kenapa?" Rizzkey mengangkat keningnya. Fea terdiam kejap.

"S- saya naik dulu la eh?" Tanyanya takut-takut.

"Kau bersiap. Aku nak bawa kau keluar pas ni."

"Pergi mana?"

"Mall."

"Untuk?"

"Ikut jela."

"Oh ok." Fea mengangguk perlahan lalu terus naik ke atas semula. Dia bersiap memakai baju yang lebih sopan. Gayanya simple sahaja. Seluar slack hitam, hoody hitam dan tudung sarung hitam. Okay dia pun gaya macam mafia dah sekarang. Nak buat macam mana? Fea hanya suka pada warna hitam jadi semua barang-barangnya juga warna hitam.

Klak.

Rizzkey masuk. Dia memandang Fea sambil mengangkat kening.

"Siap?" Tanya lelaki itu. Fea mengangguk lalu mengangkat ibu jarinya.

"Jom ah." Rizzkey membuka pintu bilik itu semula. Senang jadi laki. Pakai T-shirt je pun dah style. Lagi-lagi Rizzkey ni hensem. Pakai guni pun tak hodoh agaknya.

Fea keluar dulu baru Rizzkey keluar lalu menutup pintu bilik itu semula. Mereka jalan bersama ke luar rumah. Rizzkey membukakan pintu kereta untuk Fea. Setelah Fea masuk, Rizzkey menutup pintu itu lalu duduk di tempat pemandu. Dia memandu laju menuju ke pasaraya. Fea tertidur dalam perjalanan. Gadis itu kelihatan sangat penat.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now