"Albi ya albi hm hm hmmmm~" Fea nyanyi perlahan sambil-sambil mengemas dapur yang menjadi tempat dia dan dua sahabatnya acah-acah Master Chef tadi.
Dua insan bertuah itu sudah angkat kaki, terpaling single la katakan. Tak apalah, asalkan mereka bahagia.
"Rizzkeyyy ooo Rizzkeyyy." Panggil Fea kerana dia malas ingin memanggil lelaki itu di dalam bilik.
"Sini makan, member saya dah keluar." Macam emak-emak panggil anaknya makan. Tak sampai seminit, Rizzkey tiba di dapur.
"Fea tengok ni." Panggil Rizzkey apabila Fea belum sedar keberadaannya di situ.
"Hm? Woahhhh apa ni...?" Fea tersenyum melihat kek coklat sederhana besar yang dipegang oleh Rizzkey itu. Tulisan di atas kek itu dibaca.
"Happy 4th anniversary, Rizzkey love Fea... Ala comelll." Fea tepuk-tepuk tangannya. Rizzkey senyum, bangga barangkali dengan surprise tak seberapanya itu wkwk. Kek itu diletakkan di atas meja.
"Coklat eh ni?" Tanya Fea. Rizzkey angguk.
"Awak kan tak suka coklat, takkan saya nak habiskan ni sendiri?"
"Tak suka bukan tak boleh makan." Balas Rizzkey.
"Gitu pulak." Gitu la.
"Emm dapnye bau." Rizzkey menukar topik kepada chicken buttermilk Fea ft Ella dan Imah itu.
"Sini, duk sini." Fea tepuk-tepuk kerusi di sebelahnya. Rizzkey pun ambil tempat di sebelah isterinya itu.
"Lead the doa makan." Suruh Fea. Rizzkey akur sahaja. Mereka aminkan bersama doa makan yang diketuai oleh Rizzkey itu.
"Cuba awak rate." Suruh Fea setelah Rizzkey rasa chicken buttermilknya.
"Emmmmm~" Muka main peranan. Fea tahan gelak. Bukan main emote bang.
"Rate la per sepuluh. Bukan em em."
"Full mark." Mestilah kan. Bagi 9.9/10 kang majuk.
"Hehe." Senyam-senyum la apa lagi.
"Haih bertuahnya anak aku nanti." Tak tibe tak sah. Fea kerut dahi tapi tetap senyum juga.
"Dah kenapa?"
"Hari-hari dapat makan sedap." Nyam nyam. Fea ketawa.
"Eii memasak ni kerja lelaki tau sebenarnya. Patutnya awak lah masak, bukan saya." Ujar Fea. Rizzkey senyum.
"Takut kurus kering anaknya kalau aku yang masak." Ujar Rizzkey.
"Mana adaaa. Sedaplah awak masak untuk saya haritu." Ujar Fea.
"Ada masa dia sedap ada masa dia huek." Riyal.
"Haha, belajar la. Kalau awak nak tau, saya suka lelaki yang reti memasak tau. Kalau orang tanya type saya, antaranya adalah lelaki yang reti masak." Ujar Fea.
"Ada tak sesuatu kat aku yang type kau?" Tanya Rizzkey tanpa mengambil kisah kata-kata Fea itu.
"Hmmmm aada." Fea angguk-angguk.
"Apa dia tu?" Senyam-senyum.
"Dimple. Saya sangat suka tengok orang yang ada dimple ni. Addicted." Padahal sendiri ada.
"Bukan macan tu. Macam perangai aku yang kau suka ataupun kelebihan aku ke. Bukan fisik aku." Aduh kamu ni.
"Ooo kalau gitu... emmm... ni, saya suka bila awak buat magic. Dia cam attractive gitu tahlah." Takleh puji banyak sangat nanti member kembang.
"Bila masa kau minat laki reti magic ni?" Tanya Rizzkey.
"Tak minat pun senanya tapi masa awak buat kat saya tu kan tetiba rasa macam minat. Macam wowww amajing." Amazing brader.

YOU ARE READING
FATE
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...