BAB 2

225 29 0
                                    

Aneesa mencelikkan matanya sebaik sahaja cahaya matahari menebusi masuk ke matanya. Dia menggeliat kecil. Jam kecil di rak tepi katilnya dijeling sekilas. Matanya membulat menyedari jarum di jam itu sudah ke angka berapa.

Pukul 11 pagi?! Terus dia bangkit, turun dari katil yang empuk itu. Kaki mengorak langkah menuruni anak tangga. Sosok tubuh seseorang dicari. Di bilik tidur tiada. Di bilik kerja juga tiada. Terus dia menapak ke jendela ruang tamu. Melihat kelibat kereta Dato' Azmi tiada, Aneesa tahu papanya sudah bergerak ke ofis.Tanpa mengejutnya bangun? Papa masih marahkah?

Aneesa melepaskan keluhan berat. Lantas kaki diayun ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

**

Aneesa menapak kaki turun ke bawah dalam keadaan yang terkocoh-kocoh. Kunci kereta pantas diambil. Kasut dipakai dan diikat rapi. Tote bag dan ipad yang dipegang tadi dicampak ke bahagian penumpang sebelah pemandu di dalam kereta.

Macam mana dia boleh lupa hari ni jadual kelas dia pada waktu pagi?!

Enjin kereta dihidupkan. Pagar automatic lantas dibuka sebelum sebuah kereta berjenama Audi R8 berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Aneesa berdecih. Siapa pula yang ganggu dia sewaktu sudah lewat begini Kaki diayun ke arah Audi tersebut. Cermin kereta diketuk beberapa kali.

"Hello? Excuse me? Saya dah lambat ni nak ke kelas" sekali lagi Aneesa mengetuk cermin kereta sebelum si empunya kereta menapak keluar dari perut keretanya. Cermin mata hitam yang tergantung di atas batang hidung ditanggalnya.

Aneesa tegak berdiri sambil mulutnya yang sedikit melopong.

"Uish"

"Yes?" kening milik lelaki itu dinaikkan sedikit. Sudah kenapa? Rasanya penampilannya tadi tiada yang pelik pun.

Aneesa menggelengkan kepalanya beberapa kali. Eh dengar ke? Rasanya tadi dia hanya memberi reaksi secara perlahan saja. Namun, boleh didengari oleh gegendang telinga lelaki itu.

"Aku Adrien Eskandar. Your new driver yang Dato' Azmi amanahkan untuk aku hantar kau ke mana-mana saja" lelaki tinggi lampai itu memperkenalkan dirinya. Aneesa masih lagi terkebil-kebil memandang Adrien di hadapannya. Adakah expectation dia selama ini sangat berbeza?

Woah, papa got a good taste! Ingatkan papa mahu carikannya driver yang sudah tua kerepot menjadi atuk orang, perut buncit, dan janggut yang berjambang. Tetapi sangkaannya sudah tersalah apabila dia melihat Adrien di hadapannya kini.

"Nak pergi kelas?" soal lelaki itu sebelum Aneesa mengangguk pantas. Dah kenapa tanya ni? Macam tahu je pula yang Aneesa ada kelas pada pagi ini.

"Jom aku hantar"

"Eh, tak apa tak apa. Saya dah start enjin kereta. Hari ni tak payah start jadi driver lagi, jadi esok aje lah" Aneesa mengecilkan sedikit matanya akibat cahaya dari matahari yang kini sudah tegak di langit. Ah, maksudnya Aneesa juga sudah lambat hendak ke kelas!

"Jangan nak menyusahkan aku boleh tak? Aku dah sampai sini, Dato' pun suruh aku bertugas hari ni. Matikan enjin kereta kau, ambil barang-barang kau dan masuk kereta aku sekarang"

"Tak nak!" Ya, dia tak nak. Aneesa tidak mahu. Dia mahu memandu keretanya sendiri kerana selepas kelas berakhir gadis itu sudah berjanji ingin keluar bersama Harith meluangkan masa bersama lagi. Jika si Adrien yang menghantarnya sudah tentu dia tidak dapat berjumpa Harith kerana Aneesa tahu Adrien juga merupakan salah seorang mata-mata papa yang kaki report.

"Baik kau masuk kereta sekarang sebelum aku heret kau. Ke kau nak aku dukung kau?" Aneesa berdecih tidak suka. Bebola mata digulingkan ke atas. Kaki menapak ke arah Honda HRV miliknya untuk mengambil ipad dan begnya tadi. Sungguh, lelaki ini agak menjengkelkan. Sesuka hati dia macam itu aje nak mengugut dirinya!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Perfectly FineWhere stories live. Discover now