Setelah selesai majlis perkahwinan mereka, kedua pengantin tersebut pun berjumpa dengan kedua orang tua mereka sebelum bertolak pulang ke rumah mereka. Rumah yang bakal mereka duduki ialah hasil pemberian kedua orang tua mereka.
"Rina, mama sebenarnya berat hati nak biarkan anak mama pergi. Rina okay ke nanti kalau jauh dengan mama?" soal Sarah kepada anak tunggalnya itu.
"Ma, Rina okay je. In syaa allah Rina boleh jaga diri. Nanti dah sampai Rina bagitahu mama dengan papa ye." balas Rina kemudian cepat-cepat memeluk kedua orang tua ya dengan erat.
"Is, jaga isteri Is ni elok-elok. Jangan sampai malukan ummi dengan abah. Walaupun kamu berdua belum kenal sepenuhnya, cuba ambil peluang dengan masa yang ada untuk kenal hati budi masing-masing. Bercinta selepas kahwin tu indah Is, in syaa allah boleh kekal hingga ke syurga yang abadi lagikan suci." terang Datin Fatima kepada anak lelakinya.
"Is kalau si Rina ni ada buat silap. Tegur je papa benarkan, tapi jangan sampai tinggi suara atau naik tangan sebab papa sendiri pun tak pernah jentik anak papa ni. Is tolong bimbing Rina sebaik mungkin, sebab mama dengan papa banyak kekurangan dalam mendidik Rina ni. Nasib baik Rina membesar dengan baik Dan terjaga." kata Arasyah sedikit kesal nadanya.
