BAB 3 : Viral

15 3 0
                                    

Sampai saja Areeya ke perkarangan sekolahnya, dia terus melencong ke tempat lain iaitu tempat dimana terletaknya mesin air. Gadis itu mengeluh apabila melihat seorang lelaki sedang membeli air mesin juga. Mana-mana dia pergi pasti ada jejaka ini ! 

Wajah menjengkelkan di tayang, selesai saja lelaki itu membeli airnya, Areeya melangkah mendekati mesin air itu. Seperti biasa, air Ice Lemon Tea menjadi pilihannya. Areeya menundukkan sedikit badannya untuk mengambil minumannya.

"Awak memang suka air tu eh ?" Soal Dayyan. Areeya mengeluh, sangka kan jejaka itu sudah pergi malah masih ada berdiri di situ. Areeya tidak membalas, sebaliknya dia melangkah pergi meninggalkan Dayyan yang terpinga. Kaki Dayyan turut melangkah mengikuti langkah Areeya.

Mereka beriringan.

Sampai saja di tapak. perhimpunan, banyak mata-mata memerhati Areeya dengan pandangan meluat. Ada yang menjeling, ada yang berbisik-bisik dengan rakan di sebelah dan ada juga yang memandangnya atas bawah. Lagi-lagi dia sedang beriringan dengan jejaka populer mereka. Namun, Areeya hanya mengabaikan. 

Dayyan sudah ke barisannya dan dia juga sudah ke barisannya. Baru saja dia mahu duduk, tiba-tiba lengannya di tarik oleh Aina. Wajah Aina jelas-jelas teruja. Areeya mengangkat keningnya, tangan Aina yang memegang lengannya di tepis lembut.

"Kau dah kenapa ?" Areeya duduk. Di ikuti Aina.

"Kau ada apa-apa ke dengan Raffiqi ?" Dahi Areeya berkerut apabila mendengar soalan yang di lontarkan oleh Aina kepada nya. 

"Apa pula, kita orang tak ada apa-apa pun lah. Kau ni buang tabiat ke ?" Aina tersengih nakal. Semakin berkerut dahi Areeya. Sungguh dia tidak faham apa yang telah terjadi. 

"Semalam Raffiqi hantar kau balik eh ?" Semakin bingung Areeya di buatnya. Sejak bila pula Dayyan menghantarnya pulang ke rumah ? Melihat wajah Areeya yang bingung itu. Aina membuka mulut sekali lagi.

"Viral dekat group sekolah yang kau dengan Raffiqi balik sama-sama ! Siap ada gambar lagi tahu !" Ucap Aina. Areeya diam tidak membalas. Otaknya sibuk mentafsir apa yang dikatakan oleh Aina. Sejak bila pula dia dan Dayyan pulang sekolah bersama ini ? 

Setelah 1minit, baru otaknya berfungsi. Maklum lah, ingatan tidak kuat.

"Haih, kita orang bukan balik sama lah ! Dia tu tiba-tiba nak hantar aku balik, padahal rumah aku dekat je..." Jelas Areeya. Aina membulatkan mulutnya. Oh, macam tu.

Namun, sengihan nakal masih ada. Areeya menjeling sahabatnya yang daritadi tersenyum mengusik. Areeya terdiam, patutlah ramai pelajar perempuan memandangnya dengan pandangan tajam sebentar tadi. 

Huh, apa dia kisah ? Mahu membenci, mengata buruk dan menjelingnya ? Teruskan. Dia juga tidak mengambil peduli.

Selepas beberapa minit.

Tersenguk-senguk Areeya menahan ngantuk, mendengar ucapan sepatah dua kata dari pengetua itu serupa menunggu suami fictionnya hidup semula. Lama betul ! Tidak penatkah dia berpotpet-potpet disitu ? 

Bukannya murid-murid dengar pun, malah sibuk berborak dengan rakan mereka.















Duduk saja dia di kerusi, hampir ke semua rakan sekelas perempuan memandangnya tidak puas hati. Dia ? Seperti biasa, mengabaikan saja. Aina di sebelah cuba membisik.

"Dia orang pandang kau semacam dho." Bisik Aina kepada Areeya. Areeya hanya mengangguk setuju pada percakapan Aina. 

"Biar je lah, buat-buat tak nampak." Balas Areeya dalam keadaan berbisik juga. Aina mengangguk faham. 

Cikgu pun masuk menandakan kelas telah pun bermula.

Selepas dua jam setengah mereka belajar, akhirnya waktu rehat pun tiba. 

Selepas mengucapkan terima kasih pada cikgu, seisi kelas pun keluar. Hanya Areeya saja yang masih ada di dalam kelas itu. Dia sedang mengemas mejanya yang berselerak dengan buku-buku. Aina pula sudah pergi kerana cikgu memintanya untuk menolong mengangkat barang.

Areeya melangkah keluar dari kelasnya apabila selesai mengemas mejanya. Harini dia tidak lalu tangga yang sememangnya dekat untuk ke kantin, dia melalui jalan jauh. 

Baik dia gunakan jalan yang jauh daripada guna jalan yang sesak dengan pelajar-pelajar perempuan. Baru saja tujuh langkahan dia menurun tangga, dia terserempak dengan Dayyan Raffiqi. Jejaka itu tersenyum ke arahnya. Seketika Areeya mengeluh. Jejaka ini mengikutinya kah ?

"Awak nak ke mana ?" Soal Dayyan, dia beriringan dengan Areeya. Areeya tidak membalas. Mana-mana dia pergi pasti ada jejaka ini lah ! Sebelum jejaka itu pindah ke sekolah ini, hidupnya bukan main aman. Tapi selepas saja jejaka itu masuk ke sekolah ini, hidupnya menjadi kucar-kacir. 

Sudah lah jejaka di sebelahnya ini memiliki ramai peminat, mana-mana jejaka itu pergi pasti akan ada perempuan mengikutinya. Dan dia pun telah viral di group sekolah. Kononnya mereka berdua ini pulang dari sekolah sama-sama. 

"Awak okay ke ?" Sekali lagi Dayyan mengajukan soalan. Dan sekali lagi Areeya mengeluh. 

"Okay."

Dayyan tersenyum kecil mendengar balasan dari Areeya.

"Awak tak kesah kan kalau saya ikut awak ?" Areeya mengangguk sedikit, walau hakikatnya dia tidak mahu jejaka itu mengikutinya. Nanti bermacam-macam masalah timbul.

Sampai saja di bawah, Areeya bergerak ke arah mesin air. Dayyan mengikuti dari belakang. Dua keping wang bernilai satu ringgit di masukkan ke dalam mesin. Air Ice Lemon Tea menjadi pilihan. Selesai saja gadis itu membeli airnya, dia berura-ura mahu pergi namun di tahan oleh Dayyan.

"Awak tunggulah saya, saya pun nak beli air juga." Areeya menghentikan langkahnya. 

"Cepat." Dayyan mengangguk. Areeya membuka penutup tin airnya, dia duduk bersila di atas lantai bersebelahan dengan mesin air. Air Ice Lemon Tea nya di teguk perlahan. Dayyan yang melihat hampir saja menghamburkan tawanya. 

"Kenapa awak duduk dekat situ ? Kan kotor kalau duduk dekat situ." Jejaka itu mengambil air tin nescafe yang di belinya. 

"Nak minum kena duduk, tak sopan kalau minum berdiri." Dayyan menguntum senyuman kecil. Areeya berdiri dari duduknya. Baju yang terkena kotoran debu di sapu menggunakan tangan. 

TBC
Ig; CikRsHz

Cinta Terhalang | OGWhere stories live. Discover now