BAB 54

10K 344 17
                                    

Darel menapak keluar dari bilik mandi. Sekilas dia lirik jam di dinding. Kemudian pandangan di hala ke arah isterinya yang masih lagi terlena di atas katil. Hairan. Selalunya selepas subuh susah nak nampak bayang isterinya berada di dalam bilik. Cari saja mesti ada kat dapur sibuk nak masak macam-macam. Padahal yang makan mereka berdua je. Tapi pagi ini berlainan pulak. Sudah jam 7 pagi tapi masih tak bangun lagi. 

Darel kemudian menghampiri isterinya. Gebar yang sedikit melurut ke bawah di tarik kemas hingga ke dada. Kemudian tangan memperbetulkan bantal di bawah kepala isterinya supaya isterinya lebih selesa.

Eh!

Merasa seakan ada haba di kepala isterinya, Darel terus menekap belakang tapak tangannya ke dahi isterinya. Ya Allah! Panas. Kelam kabut dia mencapai kain tuala kecil sebelum dia berlalu ke dalam bilik air.

Kain tuala kecil kemudian di basahkan dan di tekap ke dahi isterinya. Alahai, demam panas pulak la lao po ni. Patut la masa bermesra malam tadi nampak kurang bermaya je cik isteri ni. Selalunya lao po ni bukan main ganas sampaikan dia yang surrender. Dia kemudian bingkas mencapai alat kawalan penyaman udara, suhu di laras ke suhu sederhana untuk mengurangkan rasa sejuk yang menyelubungi seluruh bilik.

Setiap 1 jam sekali, dia akan pastikan tuala sentiasa lembab. Tidak mahu suhu badan isterinya semakin tinggi. Tunggu isterinya dah bangun nanti, baru dia akan bawa pergi klinik. Alat pemeriksa suhu kemudian di hala ke dahi isterinya. Masih tertera bacaan 39 darjah celcius. Satu bekas besen beserta tuala kecil sudah siap tersedia di sisi. Mahu mengelap tubuh isterinya.

Nayla yang merasakan seperti ada sesuatu bergerak-gerak di muka nya, perlahan-lahan membuka mata. Terasa berat kepala nya sekarang ini. Terasa sedikit silau pandangan matanya namun di gagahkan juga untuk di buka. Seketika, dia ukir senyum bila melihat wajah tampan yang menyapa ruang mata awal-awal pagi begini. Pemandangan yang sangat indah untuk di pandang.

"Handsome nya doktor ni."

Darel yang sedari leka mengelap tubuh isterinya, angkat muka. Sekilas dia lirik senyum mendengar kata-kata isterinya. Sempat lagi lao po dia ni.

"Sayang dah bangun? Demam tiba-tiba aje ni. Buat abang risau aje. Kita pergi klinik lepas ni."

Tangan masih lagi sibuk mengelap tubuh isterinya. Memang dia risau sekarang ini. Baru pertama kali melihat isteri yang tiba-tiba demam panas mengejut macam ni.

"Sayang banyak dosa dengan abang kot. Tu yang Allah bagi sakit ni. Sakit kan penghapus dosa."

"Apa pulak cakap macam tu dia ni. Sayang tak ada dosa apa pun dengan abang. Dah abang tukar baju sayang. Kita pergi klinik."

"Tak nak lah."

Darel kerut dahi. 

"Kenapa tak nak?"

"Nanti baik laa sebab dah tengok muka lao gong saya yang handsome je memanjang ni.."

"Sempat lagi sayang ni. Dah, jangan nak bagi alasan. Meh abang tukar baju tu dulu."

"Hmmm.... tak larat la abang..."

Darel geleng kepala. Kemudian dia berlalu ke almari mahu mengambil pakaian dan tudung isterinya sebelum dia mula menyalin pakaian isterinya.

"Dah siap. Jom abang bawa pergi klinik."

Nayla kemudian depakan tangannya ke hadapan sambil tayang senyum simpul. Entah kenapa rasa nak bermanja je dengan encik suami masa-masa tak sihat macam ni.

"Nak dukung."

Darel tidak membantah. Layankan saja kerenah cik lao po yang manja semacam je ni. Sayang punya pasal kan. Dia dukung jugak cik isteri tu sampai ke pintu kereta.

Camelia, His Obsession(Complete)Where stories live. Discover now