10 ✧.*

1.3K 58 0
                                    

JARI Naura bermain dengan rambut hitam pekat Qadif yang menutup dahi suaminya itu. Jari telunjuk kemudiannya bergerak turun sebelum terhenti di bibir merah jambu milik Qadif. Air liur ditelan perlahan.

Sedar dengan kegedikan diri, segera mulutnya ditekup dengan tangan. Nafas pula dihembus perlahan, takut didengari Qadif. Naura Khadeeja, belajar behave sikitlah!

"Awak, saya lapar," gumam Naura. Dia memandang lagi muka Qadif sebelum menukar posisinya kepada duduk yang bersila pula di atas katil. Bibir dicebikkan sedikit.

"Sayang," dengan suara yang serak basah, Qadif membuka kelopak matanya.

"Sayang?" panggilnya lagi. Dia melihat Naura yang hanya terlihat samar-samar itu sebelum bangun dari baringan. Naura semakin mencebik. Ish, sedihlah.

"Ya Allah, pukul berapa ni sayang?" soal Qadif. Tangan meraba ke tepi bantal tidur, cuba mencari iPhone miliknya.

"3 pagi," jawab Naura sambil menundingkan jarinya ke jam berwarna hitam di tepi katil. Ingin sahaja dia meraung di sini. Akan tetapi, kasihan pula pada Qadif.

"Ya Allah! Sayang lapar tak?" tanya Qadif lalu memegang lembut kedua-kedua pipi isterinya. Pantas Naura menjatuhkan kepalanya berkali-kali. Tidak mampu disorok lagi.

"Sayang, abang minta maaf. Abang terlelap. Sayang marahkan abang?" tanya Qadif. Naura hanya diam, tidak membalas.

"Sayang tak tidur ke?" tanya Qadif lagi. Bibir bawahnya juga digigit lembut. Ya Allah, bersalahnya.

"Saya tak boleh nak tidur. Lapar," jawab Naura. Tangan kanannya menggosok perlahan perutnya yang kempis.

"Abang minta maaf sangat-sangat sayang."

"Tak apa," balas Naura sambil tersenyum tipis. Mungkin Qadif letih kot. Dia tidak boleh mengikut emosinya sangat.

"IPad awak dah mati," kata Naura pula. Jarinya ditunding ke iPad berwarna rose gold itu. Menayangkan juga sengihan kekok dengan muka terkejut Qadif.

"Sampai mati sayang main?" gelak Qadif.

"Sorry," Qadif meminta maaf pabila perasan akan tenungan tajam dari isterinya.

"Tak apa. Jom turun makan," kata Naura. Dia menarik tangan suaminya sebelum mula mengatur langkah keluar dari bilik. Qadif tidak menolak. Malah, dia tersengih-sengih macam orang gila adalah.

⋆꒷꒦‧₊˚𓆩♡𓆪˚₊‧꒦꒷⋆

"Sayang ambillah ayam ni," kata Qadif. Tangan mencedok ayam masak kicap yang terakhir ke dalam pinggan Naura.

"Terima kasih awak."

"Sama-sama sayang."

"Awak," panggil Naura. Sejurus selepas itu, bibirnya dikemam lembut. Tulang ayam di pinggan, juga dikuis. Ada sesuatu yang dia inginkan sebenarnya.

"Ya sayang," balas Qadif.

"Boleh tak..." ayat dibiarkan tergantung sepi. Mengangkat kepala melihat Qadif sebelum kepala ditundukkan semula. Malunya!

"Boleh tak apa sayang? Is there something you want?" soal Qadif lalu mengangkat sebelah keningnya. Naura mengangguk.

"What is it baby?" tanya Qadif pula. Seketika, kening tebal itu hampir bercantum. Segenap riak muka gelisah Naura, diperhati.

"Nak phone. Boleh tak?" tanya Naura dengan nada yang cukup perlahan.

"You want a phone sayang?" Qadif tergelak kecil. Alahai, dia fikir apalah tadi. Sia-sia sahaja jantungnya berdegup kencang. Walhal, hanya itu yang diminta Naura.

Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now