NAURA memakai selipar sebelum mengatur langkah ke Zikri. Sempat matanya digosok beberapa kali. Dia baru sahaja bangun dari tidur. Terus keluar, ingin mengambil angin.
"Morning akak," tegur Zikri. Ditengok Naura dengan senyuman manis.
"Morning juga Zikri," balas Naura. Sesaat selepas itu, matanya membulat luas. Tangan pula naik menutup mulut yang ternganga.
"Zikri punya ke?" tanya Naura. Tidak berkedip matanya memandang motorsikal di hadapan mata. Keluaran Yamaha yang berwarna cyan green itu.
"Haah akak. Tapi tak belilah. Zikri menang pertandingan memancing haritu. Dapat sebiji," balas Zikri. Bangun dari duduk mencangkungnya seraya menyapu tangan pada sisi seluar.
"Y15 kan?" tanya Naura.
"Haah. Akak nak try ke?"
"Boleh ke?" Naura memulangkan soalan. Bibirnya dikemam rapat. Menahan rasa ingin menjerit teruja di sini.
"Tak boleh," sampuk satu suara. Naura berkerut. Laju kepalanya berpaling melihat Qadif di belakang. Zikri cuma diam. Hanya matanya memerhati Qadif yang baru sahaja keluar dari rumah itu.
"Awak," meleret sahaja nada yang digunakan Naura. Bibir dicebikkan sedikit.
"Ya sayang. Sayang tak salah dengar. Tak boleh. Abang tak benarkan," balas Qadif. Satu persatu disebut. Tidak lupa juga, menggunakan nada yang agak tegas.
"Kenapa?" soal Naura. Semakin kebawah bibirnya. Sedih.
"Because I said so baby," balas Qadif, mudah. Naura membuat muka. Tangan dibawa naik memeluk tubuh sendiri.
"Abang, bukan ke isteri kau minah rempit ke dulu?" sampuk Zikri yang sedari tadi diam. Naura yang mendengar itu, kembali teruja.
"Akak minah rempit? Ish, suka-suka!" jerit Naura. Kedua-dua tangannya ditepuk sesama sendiri.
"Apa yang sayang suka? Masuk rumah sekarang," tegas Qadif. Tangan Naura dijatuhkan ke sisi. Mata pula memberi isyarat untuk masuk segera ke dalam rumah.
"Awak," panggil Naura. Tangannya dilekapkan sesama sendiri dengan mata yang dikerdipkan beberapa kali. Cuba memujuk.
"Abang tetap tak izinkan."
"Awak, cuba tengok isteri awak ni. Tengok mata isteri awak," kata Naura. Lengan Qadif dipegang sebelum dia mendongak. Pabila suaminya menunduk, pantas dia tersenyum manis.
"Abang taknak tengok," kata Qadif. Kepala didongakkan juga, melihat langit yang membiru.
"Ish, awak!" Naura mencebik. Melompat-melompat dia cuba meraih perhatian dari Qadif. Tangan digerakkan di hadapan muka suaminya.
"Tu pokok mangga eh, Zikri?" soal Qadif. Jari menunding ke pokok yang tumbuh di pangkin rumah. Sedaya upaya, Naura dia palau.
"Bukan bang. Tu pokok kekuk," balas Zikri.
"Ke... what?" terkedip-kedip.
"Kekuk," kata Zikri.
"Croquette?" Qadif masih terkedip-kedip. Tangan Naura yang menghalang mukanya, dipegang. Apa yang diberitahu Zikri lebih menarik minat. Pertama kali kot dia dengar nama buah sepelik itu.
"Kekuk," kata Zikri lagi. Kali ini, nadanya ditekankan sedikit. Qadif pula semakin berkerut.
"Awak!" panggil Naura. Kerana geram, ditampar kuat perut Qadif. Berjaya membuatkan suaminya menunduk ke bawah. Automatik, tangan menggosok perut yang sebu.
"Ya sayang intan payung pengarang hati abang, awak nak apa sayang?" soal Qadif.
"Nak bawa motor. Satu kali round kampung je. Please?" pujuk Naura.

YOU ARE READING
C | Dia, Lelaki Teristimewaku
عاطفيةHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...