chapter one

7 1 1
                                    

Ku menjalani hari persekolahan ku seperti biasa, menjalani hari-hari yang sungguh memenat kan, berkumpul bersama teman-teman seperjuanganku untuk mengharungi ujian besar SPM pada tahun ini, disingkat kan cerita teman-teman ku mencerita kan tetang seorang 'junior' yang menjadi kegilaan ramai,
“kau ada nampak tak budak baru masuk tu?” bella menyapaku, “junior mana lagi ni” balasku.
“alah siapa tah nama budak tu, leona?” bella mengenalkan namanya kepada ku,
“ouh kenapa dengan dia, tak perna dengar pun nama dia, tunjukla muka baru aku kenal” balasku kepada kata-kata yang bella berikan,
“okay nnti junior semua baris aku tunjuk dia mana satu, ramai kata dia hensem tapi aku tengok dia lawa ja” semakin bella membuatkan ku ingin melihat wajah 'junior' tersebut.

~~

Masa berlalu, waktu pulang hampir menjelang, namun bukan bagi kelasku,murid kelas lain balik 1220,manakala kami pula harus memerah otak untuk 1jam30minit lagi sebelum dapat merasakan keindahan waktu pulang.
sebelum harusku meneruskan pembelajaranku, aku pun turun buat menyegarkan muka dan berjumpa bella untuk melihat wajah atau pun sosok “junior” bernama leona tersebut.
“deph!” bella memanggil ku setelah melihatku menuruni tangga putar yang ada diblok kelas ku, “ha mana satu budak tu” singkat kata ku lontarkan kepadanya
“kau nampak budak yang pakai baju pinafore rambut pendek tu?”sambil menunding jari ke arah budak tersebut bella mengenalkan ku,
“ouh itu leona, tak lah "attractive" sangat pun biasa ja aku tengok” singkat dan mudahnya ayat tu keluar dari mulutku.
“kan aku sudah cakap dia kalau rambut panjang mesti cantik” bella menambah lagi,
“haa yalaa aku masuk kelas dulu, BM bodo lepas ni” aku baru teringat yang aku telah mengambil 10minit diluar kelas, “habislah kalau cikgu dah masuk ni” aku berkata dalam hati sambil membuka langkah besar belari menuju ke kelas ku.

~~

Keesokan harinya aku mengulangi hari yang memenatkan lagi, sekolah yang seharusnya habis pada jam 1150 bertukar ke 0100 disebabkan aktiviti kokurikulum, aku tidak merasakan penat yang begitu amat walhal aku berasa gelisah kerana ini adalah perjumpaan aktiviti kokurikulum yang pertama, perasaan gembira dan gelisah bercampur aduk kerana aku menunggu keputusan untuk mengetahui siapakah yang akan memikul tanggungjawab sebagai pengerusi, namun aku tahu bukan lah diri ku dan itulah yang membuatkan aku sedikit gelisah untuk mengikuti perjumpaan tersebut.
perjumpaan untuk kelab dan persatuan pun bermula, aku sedikit kelam kabut kerana aku terlewat memasuki kelas dimana kelab persatuan ku berkumpul, jantung ku semakin berdegup kencang, mana fikir tentang siapa yang akan dipilih dan kepenatan hasil aku berlari seblum sampai ke kelas tersebut.
“okay semua sudah disinikan” singkat guru penasihatku melontarkan kata-kata.
“cikgu akan mulakan perbincangan kita sekarang memandangkan masa sangat mencemburui kita”
aku menjadi semakin gugup
“cikgu akan mengumumkan siapa yang akan menjadi pengerusi dan penolong pengerusi kita pada harini dan mereka lah akan mengambil alih semua aktiviti pemilihan ajk kita pada harini, cikgu sudah fikir masak-masak dan keputusan cikgu adalah muktamad, kita akan mulakan dengan pengerusi kita untuk tahun ini ialah, Jaericqa dan naib pengerusi akan disandang oleh dephnie”

aku menundukan kepala ku setelah mendengar semua kata-kata tersebut, perasaan ingin menangis hampir ku ekpresikan, namun aku pasrah kerana aku lah yang mengalah dalam keputusan ini.
Aku berhasil menipu segala perasaan tersebut dan berdiri di hadapan semua ahli-ahli yang hadir, cikgu pun berganjak dari tempatnya berdiri tadi dan mengambil tempat duduk di belakang kelas, aku dan Jaericqa pun mengenalkan diri kami, Aku sangat tidak puas hati namun apa yang boleh aku lakukan dia telah mengambil hati cikgu terlebih dahulu dan aku telah mengalah dengannya untuk menjadi naib pengerusi sebelum keputusan dimuktamadkan.

lupakan cerita itu aku pun menjalankan tugas yang telah diamanahkan, aku berdiri dan mengambil tempat dihadapan kelas tersebut bersama Jaericqa, aku memandang satu persatu wajah ahli-ahli kelab persatuan yang bakal aku pikul tersebut.
Aku menghalakan pandanganku dibahagian belakang kelas, “macam kenal tapi siapa ni ha” aku berkata dalam hatiku sendiri,
alangkah terkejutnya aku apabila mengenali wajah tersebut,“eh kau disini” kata-kata itu pun keluar secara tanpa sengaja, ya sosok itu adalah leona junior yang menjadi kegilaan ramai sekolah itu.
dia memberikan aku pandangan pelik dan teman-temannya yg lain melihatnya dan tersenyum malu.
Aku masih tidak percaya yang budak tu akan ada dalam kelab persatuan ini, sebabnya kelab aku ni berunsur kan keTuhanan, bukan nak judge orang dari luaran tapi penampilannya bukan lah seperti yang aku sangka kan,betul lah kata orang “dont judge book by its cover”.
Aku pun memulakan pencarian ajk untuk tahun ini, setlah memilih semua ajk untuk setaip tingkatan, sampai la waktu aku harus memilih siaoa yang akan memikul jawatan ajk untuk tingkatan 1,“okay kamu rasa siapa yang kamu mau pilih untuk ajk ting 1 berdiri dan sebut nama yang kamu cadangkan” tanpa basa basi kumpulan yang berada dibelakang diman duduknya leona menjadi riuh, “LEONA ANNE”, “LEONA 1S”bertubi-tubi nama budak tersebut dilontarkan, “okay okay chill kalau betul mau pilih 1 orang mesti berdiri”kata ku
seorang murid ting 3 mengangkat tangan dan melontarkan kata “saya rosalea memilih leona anne 1S sebagai ajk ting 1”terlihat reaksi leona seperti menidakkan suara tersebut.

“okay ada lagi yang mau bagi cadangan?” singkatku berkata, kata kata ku direspon dengan gelenggan kepala dari ahli-ahli yang berdekatan leona, manakala ahli yang berada dihadapan semua hanya diam dan tidak mengesahkan siapa yang akan memikul jawatan itu.
Aku juga tidak merasakan hal itu sebagai masalah dan hanya mengikut kehendak ahli-ahli ku, aku dan Jaericqa juga bersetujuh kerana tidak ada sebarang bantahan dilontarkan,
“kau setuju mau jdi ajk ting 1?”aku bertanya kepada leona, “tidak” begitu singkat kata-kata yang diberikan,“alah ramai yang mau kau jadi ajk ni, ambil ja tidak ada tugas yang berat pun ni okay?” dia hanya mengangguk setuju dan pasrah.
perjumpaan tersebut pun berakhir, dan aku merasa sangat penat dan hanya menginginkan tempat tidurku sewaktu itu.

~~

setelah aku sampai sahaja ke rumah, aku terus mengambil Telefon bimbit ku dan mencari tombol aplikasi “WhatsApp” lalu aku mencari “group” yang mengandungi kmi 5 sekawan yang terdiri dari alfie, bella, ipah, qilla, dan aku.
aku menceritakan kepada mereka apa yang berlaku semasa disekolah, “wi leona masuk cf” ketikku lalu mengahantar pesanan mesej itu kepada mereka,“uish alim juga budak tu” bella membalas mesej yang ku berikan, alfie, qilladan ipah yang belum mengenali siapa leona itu hanya melihat pesanan mesej yang aku sampaikan, “dia jadi ajk ting 1 kami, ramai yang mau dia jadi aku setuju jala”aku menambah lagi
“orang femes mestilah semua mau” bella membalas singkat, aku hanya ketawa dan menukar topik cerita.

Only youWhere stories live. Discover now