13 ✧.*

1K 47 0
                                    

QADIF mengerutkan keningnya sebelum memandang Malia. Malia pula tersengih senget. IPhone dikeluarkan dari poket seluar slack sebelum ditunjukkan kepada majikannya.

"Anything Malia?" tanya Qadif. Kepalanya sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, sekejap ke atas dan sekejap ke bawah, mengikuti pergerakan iPhone Malia. Naik pening dia dibuatnya.

"Tak, tuan tak perasan ke yang saya pakai casing baru?"

"Nak tengok," ujar Qadif seraya membetulkan duduknya.

"Sure tuan," angguk Malia. Dia meletakkan iPhone 13 Pro Max miliknya di atas meja kerja Qadif. Senyuman manis juga ditayangkan.

"Siapa dia ni?" tanya Qadif sambil melihat belakang clear case Malia dengan kening yang berkerut. Jelas terlihat muka lelaki yang berkulit cerah dengan rantai di leher.

"Jake. Member from ENHYPEN," terang Malia.

"ENHI...? ENHYPE... apa?" soal Qadif. Jelas berkerut dahinya.

"ENHYPEN, tuan."

"Oh. But wait a minute," Qadif mengetuk meja dengan jarinya. Mata dipincingkan melihat Malia sambil kepala disengetkan sedikit.

"What, tuan?" tanya Malia. Bibirnya semakin melebar dengan senyuman. Bersedia dengan apa jua soalan yang akan dikemukan. Ini topik yang paling dia gemar.

"Jadi, awaklah yang ajar isteri saya?" Qadif menepuk kuat meja menggunakan tangan kirinya. Mendengar sahaja nama kumpulan itu, memang sudah jelas terbukti.

"Aj...ajar apa ni tuan?" gagap Malia. Dia menelan air liur kesat sebelum tangan laju mengambil iPhone miliknya. Apa-apa pun, Jake harus diselamatkan dahulu. No matter what!

"Naura cakap dia nak start minat KPOP. Tergugat tau iman saya," kata Qadif sebelum mengemam perlahan bibirnya. Rasa malu mula menyerbu satu muka.

"Naura cakap?"

"Ya. Dan kenapa awak teruja sangat ni?"

"Eh? Tak adalah tuan," sengih kekok. Qadif cuma diam. Terus muka dingin tidak beriak dipasang. Tali leher dibetulkan sedikit.

"Tuan! Tuan nak tahu tak Naura cakap apa semalam?" tanya Malia.

"What did my wife said?" soal Qadif. Duduk diubah ke posisi yang sedikit mendekat ke Malia. Jelaslah, dia berminat. Nama isterinya disebut kot.

"Saya tanya dia, Jake atau tuan yang lagi handsome, without any hesitation, dia jawab tuan."

"Tipu," balas Qadif, sepatah. Mata pula melirik ke cermin kecil di atas meja kerjanya. Dia sememangnya kacak bergaya. Akan tetapi, boleh percaya ke dengan kata-kata si Malia ini?

"Ya Allah, tuan! Takkan saya nak tipu kot," kata Malia.

"I still don't believe you."

"Tuan, sumpah! Naura cakap macam tu," Malia mengangguk bersungguh-sunguh. Tangan kanannya pula diangkat separas bahu. Menyakinkan si boss.

"Alright then. Awak boleh keluar," suruh Qadif. Malia menunduk sedikit sebelum langkah dipusingkan semula. Qadif berkerut.

"Lupa nak tanya, kenapa dengan tangan tuan?"

"Naura yang balutkan," balas Qadif. Automatik, bibirnya menguntum senyuman manis. Kemas dan cantik balutan Naura. Dia suka.

"Oh wow, tahniah tuan!" Malia menepuk tangannya, dua kali. Lain yang ditanya, lain yang dibalas. Inilah kot akibat kalau terlalu obses degan isteri sendiri.

C | Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now