lupa

6 0 4
                                    

macam mana dengan semua janji? semua kenangan kita? you just gonna break it? you promise me we will stay forever.

kali terakhir dia lihat wanita yang terbaring kaku didepannya menggerakkan jari adalah dua minggu lepas. marah, sedih, menyesal. dia tahu tiada apa yang dia boleh lakukan. wanita itu sangat sukar. sukar difahami. sukar dicintai. seperti dia tidak faham apa yang lelaki itu cuba tunjukkan. tangan kaku wanita itu dia genggam. sejuk. ada nadi. tapi tidak sedarkan diri. apa semua ni? " kenapa kau bagi aku sedikit harapan lagi? kau tahu menunggu tu sakit kan?"

mata lelaki itu mulai kabur. dengan air mata. sedikit sahaja. habis sudah kalinya air mata dia. rasa seperti mahu menjerit. " bangun! bangun sayang tolong la bangun tolong!" mahu dia genggam bahu wanita itu dan menggoncangkan badannya.

dia diamkan diri seketika. kepala disandarkan dibahu wanita itu. penuh wayar-wayar dikepalanya dan di tangannya tiub air. dia tidak peduli. dia sandarkan saja dirinya sampai tertidur.

tidak lama selepas itu. kepala lelaki itu disentuh. wanita itu telah bangun. dia cuba kejut kan tubuh kurus didepannya. " cantiknya dia" cetus hati wanita itu. dia lihat lelaki itu kesat matanya. lelaki itu kemudian memandang dia dengan muka terkejut dan kehairanan.  " Sayang!". itu saja yang keluar dari mulut lelaki itu sebelum air matanya pkeluarp semula. wanita itu kehairanan.

aku tak kenal dia. tapi kenapa aku rasa nak pegang dia. aku tak kenal dia tapi kenapa aku rasa kesian dengan dia. aku tak kenal dia tapi kenapa aku mahu lap air mata dia. siapa dia?

dalam hati wanita itu kehairanan. " siapa?" mendengar soalan itu, lelaki itu tersentak. terkejut. luluh hatinya. tapi tetap dia kuatkan hati. mengukir senyuman. lalu dia berkata " kawan awak" senyuman manis mengiringi kata-katanya.

" oh" . wanita itu mengangguk.
" boleh saya pegang?" wanita itu bertanya sambil telapak tangannya didekatkan kemuka lelaki itu.
dia terkejut. tetapi dia rindukan sentuhan wanita itu. lalu dia angguk. tangan wanita itu mengusap pipinya sekali mengelap air matanya. makin di lap makin deras pula tangisan lelaki itu.
" kenapa ni? kan saya kat sini"
lelaki itu senyum. seraya mengangguk.

patah balikWhere stories live. Discover now