MATI DALAM KEHIDUPAN,
HIDUP DALAM KEMATIAN ."bodoh!"
Mendengarkan herdikkan itu, gadis berkaca mata bulat itu hanya mampu menunduk gerun. Tidak berani mengangkat muka walau sekejap.
Telinga masih dipasang mendengar caci maki yang dilontarkan keatas dirinya. Tangan digenggam kuat dan tanpa sedar setitis demi setitis air mata mula jatuh menyembah lantai.
Dijeling keadaan rumah yang sudah bersepah dengan barang barang yang dibaling, termasuklah kaca kaca yang pecah berselerak di atas lantai. Mata dipejam rapat apabila nyaring bunyi hempasan kaca yang tidak jauh darinya.
"Kau ni bodoh sangat kenapa? Sia-sia lah aku hantar kau pergi sekolah kalau bodoh macam ni!" Dilemparkan kertas markah peperiksaan tepat dihadapan gadis yang masih menunduk itu sehingga kertas itu elok jatuh tepat dihadapan kaki gadis itu.
"Aya minta maaf bu. Aya dah cuba. Ta- tapi Aya susah nak ingat setiap apa yang Aya belajar." Teresak esak Aya cuba menerangkan asbab terdapatnya markah 10 yang tertulis di atas kertas peperiksaan matematik nya itu.
"Dah tahu diri tu bodoh, tak perlu lah nak main phone lagi! Sibuk dengan wattpad kau lah, novel lah, muzik lah! Sampai tang belajar lembab! Malu lah aku ada keturunan lembab macam kau ni!" Habis itu Puan Laila berlalu kedapur dengan perasaan marah yang masih memuncak. Ditinggalkan sahaja anak gadisnya yang makin teruk menangis dihadapan pintu rumah.
Pulang sahaja Aya dari sekolah 1 jam yang lalu, dia terus di hampiri oleh Puan Laila yang sudah tahu anaknya itu baru sahaja habis peperiksaan 2 minggu lepas, jadi sudah pasti keputusan peperiksaannya akan diberikan pada minggu ini.
Dan seperti tahun tahun sebelumnya, Aya tak pernah membanggakan keluarganya dengan memberikan keputusan yang amat mengecewakan. Bukan tidak diajar, malah sudah dipukul pun masih sahaja tidak ada perkembangan menyebabkan Aya sering dipulaukan ahli keluarganya tidak kira belah ibu ataupun ayah.
Malu ada ahli keluarga macam Aya katanya.
Tapi tanpa mereka sedar, setiap kekurangan seseorang pasti terselit satu kelebihannya. Ya. Aya ada kelebihan tersendiri yang sudah semestinya tiada siapa tahu kecuali dirinya sendiri. Kerana bagi keluarganya, kelebihan yang dimiliki Aya bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan.
Kesimpulannya hanya kepandaian dalam pelajaran yang diperlukan untuk meraih kasih sayang keluarga termasuklah ibu bapa yang sepatutnya mendukung minat anak kandung mereka.
Perlahan Aya menunduk mengutip kertas peperiksaannya dan dimasukkan semula kedalam beg galasnya sebelum kaki menghampiri serpihan kaca yang berselerak tadi. Dikutip satu persatu kaca yang besar sebelum menyapu kaca kaca halus yang lain.
"Heh. Kau ni memang lah kan? Suka buat ibu marah. Asal kau balik je ibu marah. Lepas tu hilang mood satu rumah. Seronok lah kau kan?" Tanya satu suara dari arah belakangnya. Siapa lagi kalau bukan abang kandung Aya, Aerman.
Dari awal kehadiran Aya dalam keluarga itu tidak disukai Aerman yang masih berharap menjadi anak tunggal di dalam keluarga. Kehadiran Aya seolah merampas takhta nya di dalam keluarga itu dan siapa sangka rupanya gelarannya sebagai anak kesayangan masih tidak direbut. Malah kehadiran Aya kini seolah tidak diperlukan sama sekali.
Aerman bangga atas semua yang terjadi kepada Aya. Memang itu doanya sejak dulu untuk melihat Aya sengsara seumur hidup.
Aya memekakkan telinga dan masih terus mengemas rumah yang sudah seperti tongkang pecah itu. Kelibat Aerman ditepinya cuba diabaikan. Anggap seolah dia bersendirian disitu.
Aerman yang mendapat layanan seperti itu, mula naik angin.
"Eh sial! Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" Ditunjalnya kepala Aya kuat, hampir terhantuk kedinding.
"Aya? Aerman? Kenapa ni?" Tanya seseorang di sebalik pintu yang terbuka dari luar itu.
Encik Rosdi, ayah mereka.
"Takdalah ayah. Ni hah pembawa sial ni suka betul hilangkan mood ibu. Man elok tengok tv suka suka dengan ibu tadi, dia balik je terus mengamuk ibu dengan kebodohan dia ni." Ditunjal-tunjal kepala adiknya sambil mengadu dengan Encik Rosdi.
Mendengarkan hal itu, dengan segala amarah yang memuncak, laju encik Rosdi mengorak langkah kearah anak-anaknya dengan tangan yang sudah melayang di udara.
"Allah!" Rintih Aya perlahan.
Berdesing telinganya mendapatkan tamparan yang agak kuat. Tangannya terangkat menangkup pipi yang sudah merah menyala akibat tamparan tadi. Sekali lagi air matanya mengalir
"Kau berambus sekarang! Aku penatlah! Aku pergi kerja penat penat ingatkan balik boleh rehat tapi ini yang aku dapat? Tak berguna lah kau ni jadi anak! Berambus!"
Laju Aya berlari menaiki tangga menuju ke biliknya apabila encik Rosdi mula mengangkat tangan ingin menamparnya sekali lagi.
Masuk sahaja kedalam bilik, pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam sebelum perlahan badannya mengerensot jatuh keatas lantai. Teresak esak dia menangis seorang diri seperti hari hari biasanya.
Melepaskan segala hal yang terpendam seorang diri. Tiada satu pun yang peduli dengan dirinya. Hanya suara tangisan yang terdengar disebalik pintu kayu itu. Tangisan kesakitan
"A- aku tak- taknak macam ni ha- hari hari. A- aku penat ya Allah." Halus suara tangisan itu, hampir tidak terdengar di luar bilik. Bahkan kalau terdengar sekali pun, tiada siapa yang akan peduli. Sudah biasa dengan situasi begini di dalam rumah agam tersebut
Keluarga kaya yang dipandang tinggi di luar. Keluarga yang dicemburui kerana kekayaan dan keharmonian keluarga itu, namun tiada siapa yang tahu kisah di sebaliknya.
TBC
YOU ARE READING
TAK TERGAPAI [On Going]
RandomSetiap harinya dipenuhi dengan kata maki dan cacian. Setiap kasih sayang yang sepatutnya dirasai kanak-kanak sepertinya, hanyalah mimpi. Mimpi yang takkan pernah terwujud Sedar dengan kehidupan yang menyakitkan, dia cuba mencipta kehidupan baru di a...