Fea berjalan keluar sekolah seperti biasa sehingga dia merasakan satu tangan memegang tangannya. Laju dia berpusing.
"Ayah?" Fea mengerutkan dahinya. Setelah lama dia tidak melihat wajah tua itu, harini muncul semula.
"Fea... Ayah minta maaf." Ujar lelaki tua itu dengan wajah bersalah.
"T- takpe. Emm, kenapa ayah jumpa Fea kat sini?" Sebenarnya tidak mudah untuk Fea maafkan ayahnya itu tetapi dia kasihan melihat wajah bersalah lelaki tua itu. Sejahat mana pun Rahman, lelaki itu tetap ayahnya. Ayah kandungnya.
"Ayah minta maaf Fea tapi ayah perlukan pertolongan daripada Fea."
"Tolong apa?" Fea curiga. Ayahnya sanggup minta maaf hanya kerana inginkan pertolongannya kah? Adakah ayahnya tidak ikhlas dan tidak benar-benar insaf?
"Ayah perlukan duit Fea. Ayah dah terdesak sangat."
"H- hah? Fea takde duit yah. Maaf Fea tak boleh tolong." Asyik duit, duit, duit. Cinta sangat pada duit tu.
"Suami Fea? Takkan dia takde duit? Dia kan orang kaya."
"Erk- Fea tak berani lah minta dekat dia ayah. Dia dah banyak bayarkan yuran sekolah Fea. Segan pulak."
"Kenapa nak segan pulak? Itukan tanggungjawab dia sebagai suami?"
Fea rasa nak ketawa. Tanggungjawab? Tahu apa ayahnya tentang tanggungjawab?
"Tapi tetap, Fea tak boleh main minta duit kat dia macam tu je. Duit dia bagi tu untuk hal sekolah je yah."
"Apa kata Fea bawa ayah jumpa dia? Biar ayah sendiri cakap dengan dia? Lagipun dia kan menantu ayah, ayah nak tau juga macam mana dia jaga anak ayah ni." Haha sangat bagus acting mu pak.
"Ayah yakin ke?" Fea rasa tak selesa pula. Rahman mengangguk laju. Fea mengeluh.
"Jomlah, dia dah tunggu kot. Fea suruh dia parking jauh sikit." Terpaksa. Rahman pun ikut langkah Fea dari belakang.
Rizzkey memandang ke luar tingkap. Kelihatan Fea berjalan dengan seorang lelaki tua.
"Apa hal orang tua tu ada kat sini?" Tanya Rizzkey pelik. Cermin mata hitamnya diambil lalu dipakai. Dia keluar dari keretanya. Dahinya berkerut memandang Rahman.
"A- ah Rizzkey, saya minta maaf tapi ayah saya cakap dia perlukan bantuan dari awak." Ujar Fea segan. Rizzkey tahu gadis itu tidak suka.
"Nak apa?" Tanya Rizzkey 'ramah'. Rahman menelan liur.
"Anak aku okay ke dengan kau?" Tanya Rahman basa-basi. Rizzkey tersenyum remeh.
"Asal kau nak ambil tau? Kau kan dah jual dia."
"Dia anak aku, mestilah aku risau."
"Tch kau takyah nak berlagak macam ayah mithali lah. Dah jelas-jelas kau jual anak kau sendiri.
"Masa tu aku terdesak sangat. Aku tak sanggup tapi aku terpaksa. Aku takkan sanggup jual anak aku sendiri lah kalau bukan sebab-"
"Duit? Haha takyah nak bagi banyak alasan lah. Kau sanggup jumpa aku ni pun sebab duit kan? Sekali pandang je aku dah dapat baca apa yang kau fikir. Aku bukan bod*h."
"Sekarang tak lagi, aku betul-betul bersalah dengan Fea. Aku tau aku silap sebagai seorang aya-"
"Pastu? Dah ah! Bla, bla. Takyah banyak drama dengan aku."
"Aku terdesak sangat sekarang ni, tolonglah aku Rizzkey. Kalau kau tak boleh kesiankan aku, kau fikirlah perasaan Fea. Dia mesti tak nak tengok aku terdesak macam ni. Kan Fea?"
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...