Part 1

66 1 0
                                    

"Do Min Joon, awak sihat ke?"
"Saya tak apa-apa...mari saya hantarkan awak ke hospital."
"Baiklah,mari..."

Do Min Joon dan rakannya, Jun Sun Woo memasuki kereta..Kini,mereka dalam perjalanan ke hospital.

"Uhuk,uhuk!"
Tetiba,Do Min Joon terbatuk-batuk.Kepalanya jadi pening.

"Okay ke?"
Jun Sun Woo memandangnya sambil memegang bahunya.

Do Min Joon hanya tersenyum tawar sambil memandang rakannya.

"Saya tak sabar nak tengok anak saya."
Kata lelaki disebelahnya dengan gembira.

"Baguslah kalau macam tu..."
Balas Min Joon.Matanya tetiba menjadi kabur.

"Min Joon!Min Joon!"
Jerit Sun Woo tiba-tiba.

Ada cahaya dihadapan mereka.

"Argh!"
Min Joon terkejut.

Kim Soo Hyun terus bangun dari mimpinya.

"Sun Woo..."
Dahinya berpeluh.

Itu mimpi buruk, ya sangat buruk!

Tiba-tiba,Soo Hyun menoleh ke meja makan dihadapannya.Terdapat satu gelas dan sebuah jug berisi air kosong.

Dia memandang tajam ke arahnya.Lalu,jug itu terapung dan menuang air ke gelas itu.Kemudian,gelas yang telah berisi air itu pergi je arah Soo Hyun.

Dia mencapainya lalu meneguk air itu.

Kini,lelaki itu berada didalam bilik hotel.

Keesokkan harinya...

Kim Soo Hyun akhirnya tiba di lapangan terbang Incheon.Dia berdiri sambil memandang sekeliling.

Lapangan itu telah banyak berubah berbanding apa yang dilihatnya 10 tahun lepas.

Dia baru saja tiba dari Perancis,destinasi terakhir pengembaraannya selama 10 tahun bermula dari Benua Amerika Utara kemudian Benua Amerika Selatan,Afrika dan akhirnya Eropah.

"Hmm..."
Dia melihat jam tangannya.

Kemudian, Kim Soo Hyun menolak trolinya menuju ke arah sebuah kafe yang ada didalam lapangan itu.

Di sebuah kafe...

Lelaki itu pergi ke satu meja kosong lalu duduk di meja itu.Dia membuka sunglass nya lalu memanggil pelayan untuk memesan sesuatu.

Selepas itu,Soo Hyun mencapai senaskhah akhbar lalu membacanya.

"Syarikat Star Entertainment bakal muflis"

Kim Soo Hyun mengerutkan dahi apabila membaca tajuk utamanya.

"Encik..."
Pelayan tadi menghantar pesanan Soo Hyun ke meja itu.

Soo Hyun menoleh.Senyum.

"Gomawo."
Dia mencapai secawan kopi itu lalu menghirupnya.

Tiba-tiba,telinga menangkap suara seorang gadis.Suara itu makin lama makin dekat.

"Ahjusshi?!"
Seorang gadis menerjahnya.

Kim Soo Hyun yang sedang menghirup kopi,terus tersedak.Dia menoleh.

"Awak siapa?"
Tanyanya kehairanan apabila ditegur oleh gadis itu.

"Omo,ahjusshi!!!"
Gadis itu terus memeluk Soo Hyun.

Lelaki itu terkedu.

Gadis itu melepaskan pelukannya lalu tersenyum ceria kepada Soo Hyun.Dia terus duduk sebelah lelaki itu.

"Haa?"
Kening lelaki itu berkerut.

"Siapa awak?Saya bukan ahjusshi awak."

Bersambung...






HerWhere stories live. Discover now