Part 5

42 2 1
                                    

Pada malamnya...
Di rumah agam Kim Soo Hyun...

Kim Soo Hyun berada di dalam bilik bacaannya.Dia duduk diatas kerusi di meja kerjanya.

Matanya terpandang laci di bawah mejanya lalu tangannya mencapai tombol laci itu kemudian membukanya.

Terdapat satu album foto.

Tangannya mencapai album itu lalu membeleknya.Terdapat banyak foto seorang bayi perempuan yang sangat comel.Dia mengusap satu foto bayi tersebut.

Foto itu menunjukkan bayi tersebut sedang tersenyum comel sambil memegang alat permainan bayi.

Jun semasa berumur 4 bulan.

Dibawah foto itu tertulis demikian.

Tiba-tiba,Kim Soo Hyun tersenyum sendirian.

Do Min Joon sedang mengemas ruang tamu sambil menjaga Jun.

"Aigoo...Jun jangan sepahkan mainanlah..."
Do Min Joon pergi mendapatkan bayi perempuan yang digelar 'Jun' yang berusia 7 bulan itu.

Kelihatan Jun ketawa sambil menyepah-nyepahkan semua alat mainannya.

"Yaiyai..."
Bayi itu bercakap sendirian dalam bahasa yang sukar difahami..

Do Min Joon datang kepadanya lalu mengambil semua alat mainan yang bersepah lalu mengemasnya semula.

"Yi?"
Bayi itu memandang kelakuan lelaki itu yang sedang mengemas semua alat mainannya.

Lelaki itu menyimpan barang mainan itu ke dalam kotak yang telah dikhaskan.Lalu,dia merapati Jun yang sedang bermain satu lagi mainan yang berada di tangannya.

"Jun...nak mainan tu...saya nak simpan."
Ujar Do Min Joon lalu tangannya seperti ingin mengambil mainan di tangan bayi tersebut.

"Nana!"
Jun cepat-cepat mengalihkan tangannya agar Do Min Joon tidak mengambilnya.

"Saya nak simpan.Nanti Jun mainlah lain kali...saya nak kemas rumah dulu."

Jun terus mencebik.

"Kita main lain kali yaa...kita kemas rumah dulu.Lepas tu,kita sambung main lagi.Arraseo?"
Pujuk lelaki itu.

"Ta!"
Jun terus memberikan mainannya kepada Do Min Joon.Lelaki itu mengukirkan senyuman.Dia mengambilnya lalu menyimpannya.

"Pandai pun!"
Do Min Joon mengusap kepala bayi itu sambil tersenyum.Jun ketawa ceria.

-skip-

Dia menyambung kerjanya untuk mengemas rumah.Mengelap lantai dapur,mengemas ruang tamu,mencuci tandas.Semuanya dilakukan serentak!

Do Min Joon men-vacuum ruang tamu sambil mengemas perabot manakala Jun hanya duduk diatas sofa sambil melihat lelaki itu.

Lalu,Do Min Joon memandang ke arah sofa yang Jun duduki.

Kemudian,sofa itu terapung.

Lelaki itu terus men-vacuum di bahagian bawah sofa tadi.

"Papapa!"
Petah mulut Jun berkata-kata apabila sofa yang dudukinya terapung.Gembira!

Kim Soo Hyun tersengih sendirian lalu meletakkan album itu diatas mejanya.Dia tidak dapat melupakan peristiwa semasa dia menjaga Jun Ji Hyun semasa bayi.

Dia berdiri lalu berjalan keluar dari bilik bacaan itu.

Tok!Tok!Tok!

Dia mendengar bunyi ketukan pintu di pintu rumah agamnya.

Lelaki itu terus lenyap semasa dia berjalan keluar dari bilik itu.

Sementara itu...

Jun Ji Hyun berdiri diluar pintu rumah tersebut.

Tetiba,pintu tersebut dibuka.Kim Soo Hyun terpacul dihadapannya.

Jun Ji Hyun tersengih.

"Masuk,"

Kim Soo Hyun terus berlalu...Jun Ji Hyun terkedek-kedek mengikuti langkah lelaki itu.

Di ruang tamu...

Kim Soo Hyun melabuhkan punggung di sofa,diikuti gadis yang dihadapannya itu.

"Kenapa ahjusshi nak jumpa saya?"
Ji Hyun bertanya.

"Pertama..."

"Wae?wae?"
Ji Hyun kelihatan agak teruja.

Soo Hyun menyilangkan kakinya lalu memandang tajam ke arah gadis itu.

"Jangan panggil saya ahjusshi!Saya bukan ahjusshi awak,saya cuma penjaga awak dulu."
Tegas Kim Soo Hyun.

"Okay!"
Ji Hyun tersenyum.

"Kedua..."

Lelaki itu memberi isyarat kepada gadis itu supaya melihat kepada sebuah fail yang berada diatas meja kopi dihadapan mereka.

Jun Ji Hyun mulanya teragak-agak namun,dia tetap mencapai fail yang berwarna hitam itu lalu membeleknya.

"Saya berharap dulu bila awak berada di rumah anak yatim...awak akan belajar bersungguh-sungguh tapi bila tengok semua keputusan akademik awak semasa bersekolah...ia membuktikan sebaliknya.Tambahan pula, saya tahu bila awak berhenti belajar separuh jalan di Universiti Dongguk..."
Jelas lelaki itu dengan serius.

Jun Ji Hyun menelan air liur sambil berhenti membelek fail.

"Mana dia tahu semua ni...?"
Katanya dengan nada separuh bisik.

"Saya tahulah."
Balas Kim Soo Hyun yang sememangnya mendengar dengan jelas kata-kata Ji Hyun.

Ji Hyun terkedu.

"Ramai mata yang mewakilkan saya untuk memandang awak dari jauh..."

Ji Hyun berasa gelisah.

"Termasuk saya yang sedang memandang awak secara dekat ni..."

Kim Soo Hyun memandang Ji Hyun dengan pandangan yang tajam.Gadis itu tidak mampu membalas pandangan tersebut.

"Ketiga...ia berkaitan kerjaya awak.Samada awak pilih untuk berhenti..."

Ji Hyun terus memandang wajah Soo Hyun.

"Wae?"

"Saya tak tahulah sikap suka menyampuk siapa yang awak warisi...Sun Woo dan Hyo Sung rasanya tidak berperangai begitu..."

Kata-katanya...pedas!Ji Hyun terus terdiam sebentar.

"Saya cuma tak berapa suka kerjaya awak...tapi awak boleh pilih samada berhenti atau teruskan.Saya pun tak sangka yang awak seperti omma awak..."

Dahi Ji Hyun berkerut.

"Wae?"
"Omma awak sama macam awak yang memilih seni...tapi omma awak seorang penyanyi."

"Jinjja?Omo...daebak!"
Ji Hyun kelihatan gembira mendengar.

"Keempat...jangan cari atau jumpa saya lagi."

"Ha?wae?"

"Awak ada kehidupan awak sendiri dan saya kena teruskan hidup saya."

"Tapi..."

Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HerWhere stories live. Discover now