ENAM BELAS

38 5 0
                                    

MEJA Ayla dipandang sepi oleh Irfan. Jika dulu, mesti meja itu sengit bengit atau terkeluar dari landasan meja namun sekarang tiada sebarang pergerakkan dimaklumkan.
Irfan memandang langit yang sudah bertukar berwarna jingga.

Beg yang digalas sebelah bahu dibetulkan. Kaki menapak keluar dari bangunan junior tersebut. Destinasi asal bertukar. Kini dia ingin menuju ke rumah gadis itu untuk mengetahui kenapa dia tidak hadir ke sekolah atas arahan guru kelas Ayla 10 minit lepas.

Mana cikgu tak risaunya tiada satu mesej dia pun dihantar dalam group WhatsApp sekolah. Irfan mesej dia pun sama juga tiada balasan. Telefon dia kena telan dengan ikan paus ke apa?

Irfan hanya patuh dengan arahan lagipun dia memang ada niat yang sama seraya dia menolak tubuhnya masuk ke dalam kereta.

Tibanya kereta Irfan di depan pagar rumah. Jejaka itu segera keluar selepas mematikan enjin kereta. Lantas tangan menekan punat butang bergambar loceng.

Kedengaran suara loceng bergema. Persekitaran rumah agak bersih. Pasu-pasu bunga tersusun kemas di sekeliling tempat buaian berbumbung yang terletak indah di tengah-tengah rumput hijau.

ini kalau masuk pertandingan taman bunga tercantik confirm dapat nombor tiga punya.

Selepas amati persekitaran rumah tersebut. Pagar ditolak ke tepi dengan sendiri. Keluar lah figura seorang wanita kira-kira dalam umur 40 an. Bibirnya melengkung ke atas. Senyum mesra menyambut kedatangan tetamu misteri. Mesti nak berjumpa dengan Afifa.

"Assalamualaikum, Auntie." Irfan memberi selembar senyuman ketika mata mereka bertemu.

"Waalaikumussalam...nak cari Afifa ya?" Irfan laju mengganguk. Tepat tekaan dia. Wanita itu meneliti Irfan atas bawah. Lelaki itu berpakaian segak seakan-akan baru balik dari tempat kerja kerana mengenakan baju kemeja berwarna hitam. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Kasut pula, kasut kulit yang berkilat hitam juga. Tiada kotoran langsung pada segi pakaiannya yang membuktikan dia sentiasa menjaga kebersihan.

"Dia tak ada dekat rumah. Dia ada dekat taman depan sana." Auntie Emma menarik senyuman nipis.

"Taman? Okay, terima kasih Auntie."

Irfan membawa diri ke taman permainan yang dikatakan. Dia nampak susuk dicari-cari yang duduk menghayun buaian membelakangkan Irfan. Jejaka itu tersenyum jahat. Otak berkata yes, hati berkata no. Irfan mematuhi kata hati.

Irfan senyap-senyap berdiri di belakang tubuh kecil Ayla. Sebelah tangan dia memegang erat besi buaian tersebut. Jejaka itu menarik nafas dalam-dalam sebelum...

"Ha, kantoi ponteng sekolah!" Tegur Irfan sambil tangan yang memegang besi tersebut mengoncang-ngoncang sekuat hati, Kuat lagi suara Ayla jerit terperanjat.

"Eh, mana ada orang ponteng. Ni ha sibuk tengah kira anak semut ada berapa ekor!" Latah Ayla lalu menyambung mengira anak semut di tanah berpasir itu. Bersungguh-sungguh dia kira.

What, kira anak semut?

"Kuat melatah juga kau ni." Ayla menepuk-nepuk dada. Ayla terus menunduk kepala. Dah Irfan sesedap ikan masak lima rasa je berdiri tegak macam patung dekat muzium di depannya. Ayla menolak untuk bertentang mata. Hendak sahaja dia menampar Irfan dengan hujung tudung shawl hitam dikenakan dia yang terlebih panjang ini.

"Ish, nasib aku tak ter-backflip...Sabar lah hatiku yang asyik kena surprised dengan pengacau ni." Kutuk Ayla dalam hati. Gigi geraham sudah diketap sedari tadi. Menahan geram. Dia ni memang tak cukup eh kacau aku? Dekat luar sekolah pun kena juga.

Kepala Ayla terundur ke belakang. Spontan, apabila Irfan tiba-tiba merendah kan kepala supaya kedudukan kepala mereka sama. Masih ada jarak besar. Membesar pupil mata Ayla manakala Irfan memandang Ayla dengan pandangan sukar ditafsir.

"Kau nak tahu tak? Semalam...aku hampir jadi gila sebab tak dapat jumpa kau." Perasaan yang dah lama pendam akhirnya, diluahkan juga. Terkelip-kelip mata Irfan supaya Ayla tahu bahawa dia merindukan kedatangan gadis comel ini. Ayla memutarkan bebola matanya.

Menyampah.

Itu satu perkataan terlintas di fikiran Ayla selepas mendengar luahan rindu Irfan.
Entah betul atau hanya sekadar bergurau.
Fikir aku nak percaya dia? Ingat aku akan cair lah, gitu?

Never.

"Kalau macam tu...lain kali saya tak nak lah datang sekolah setiap hari biar awak jadi gila selama-selamanya. Nanti awak dapat masuk syurga sebab dah jadi gila!" Alis kanan ternaik sebelah. Ayla tersenyum kemenangan menatap senyuman kaku di wajah tampan lelaki itu. Memerah telinga dia.

Aduh, menusuk betul ayat kau Ayla.

"Kau...asal lama sangat tak datang sekolah?" Topik ditukar. Segan disindir junior sendiri. Irfan melabuhkan punggung di atas tempat buaian di sebelah gadis itu. Dia tak tahu soalan keluar dari mulut dia membuatkan Ayla banyak cakap.

"Saya selesema teruk tu yang tak datang dan sekarang saya masih tak sembuh lagi tapi saya nak sekolah juga...bosan lah duduk rumah je lepas tu kena hadap banyak ubat. Aduh, naik muntah saya kena makan setiap hari." Tanpa sedar Ayla meluahkan segala keperitan yang dia hadapi sepanjang dia tiada di sekolah. Kotak tisu di atas pasir, dicapai lalu menghembus hingus berulang kali.

Irfan sekadar mendengar luahan Ayla. Tangan sudah menyeluk poket seluar dan memberikan sesuatu kepada Ayla. Mungkin dengan ini, Ayla pasti akan ceria semula.

"Nah." Mata yang tajam itu bertukar lembut. Hampir menyilaukan mata Irfan kerana mata Ayla bercahaya dan tersenyum riang. Eleh, sukalah tu dapat makanan percuma.

"Awak pun minat jelly juga ke?"

"Haah, sama kan taste kita alaa maklumlah kita kan nanti berjodoh juga..." Ayla berdecit. Irfan gelak puas.

Mula dah ayat merapu dia ni. Nyesal layan dia baik-baik. Ayla jeling Irfan tetapi tangan laju merentap Jelly. Hei! Tangan jangan nak manja sendiri ya.

"Ayla." Panggil Irfan. Kepala tidak menoleh, hanya memandang jauh ke hadapan.

"Hmm..." disumbat lagi satu jelly dalam mulutnya. Sedap gila!

"Kau masih bencikan aku ke?" Ayla langsung bangkit daripada tempat duduk buaian.
Irfan turut bangkit. Mereka berdiri berhadapan. Sisa jelly dalam mulut ditelan laju. Ayla ingin mengatakannya namun entah kenapa mulut dia terkunci sendiri. Susah sangat ke soalan dia?

"Ayla, aku nak..." ayat Irfan tergantung tatkala ada seseorang mencelah perbualan mereka. Ayla menoleh ke belakang saat nama dia diseru. Irfan menghela nafas. Perlahan.

"...Afifa, Jom balik makan malam. Auntie dah masakkan makanan favourite Afifa!" Auntie sudah melambai-lambai tangan ke arah Ayla dari kejauhan. Ayla kembali menatap wajah Irfan yang sudah memuram di situ.

"Maaf, saya masuk rumah dulu. Terima kasih untuk ini." Ayla menunduk sedikit kepala seraya melangkah seribu tanah masuk melalui pagar rumahnya. Auntie Emma sudah menunggu di hadapan pagar. Ayla berlari ke dalam pelukan hangat Auntie Emma. Mereka berdua bergelak ketawa sebelum bergerak masuk ke dalam rumah.

"Terima kasih Ya Allah telah memberi ku peluang kedua untuk bertemu dengan ciptaan mu yang terindah ini. Hadiah paling bermakna." Ucap jejaka itu penuh syukur.

Irfan memandang pagar besar tertutup. Tergerak-gerak rambut dia yang ditiup lembut oleh anak-anak encik angin dan puan angin. Irfan tersenyum lebar. Telinga dia tiba-tiba terasa panas dan memerah.

Dapat dia merasai debaran di dada. Kali pertama jantung Irfan Haziq berdegup sangat laju tidak selaju seperti dia ber-joging setiap pagi. Lagi-lagi ketika bersama Khayla Afifa.

Apa dah jadi dengan diri aku?

-akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now