23

11.8K 1.2K 279
                                    

                  “APA semua ni Nayra? Bukan ke suami kau sepatutnya ada dekat luar negara? Macam mana dia tiba-tiba boleh ada dalam rumah ni? Dan kenapa dia pengsankan aku?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Elly sambil tangan memicit kepala. Penuh tertanya-tanya. Akibat kesan ubat tidur yang digunakan tadi membuatkan kepalanya terasa berpusing dan berdenyut sampai sekarang.

Sedangkan aku diam tidak bersuara walau sepatah. Kepala tertunduk melihat ke bawah. Suasana di ruang tamu yang sepatutnya gelap gelita kini cerah.

Puan Nora Elena juga ada di sini. Dia terus datang ke rumah apabila mendapat panggilan daripadaku. Dan nampaknya madam juga tidak tahu tentang apa yang berlaku sekarang.

"Dia bukan suami aku..." Gumamku perlahan. Kemudian anak mata naik melihat ke arah lelaki berpakaian hoodie itu, sedang berdiri sambil memerhatikan segenap ruang tamu. Kedua belah tangan siap diseluk ke dalam poket. Gaya bersahaja. Adakala dia berjalan ke arah objek hiasan yang tersusun kemas di atas rak kayu berdekatan ruang tamu. Dibelek seperti baru pertama kali melihatnya.

Seketika, aku melirik pada pemakaiannya. Daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Rambut hadapan yang sedikit panjang dibiarkan menutupi dahi, kulit mukanya terdapat bintik-bintik merah seakan kesan alergi sesuatu. Dan pakaiannya juga tidak kemas.

SAH!

Dia bukan Brayan yang aku kenal.

"Nayra, jawablah!" Elly mendengus, tidak puas hati apabila aku tidak menjawab setiap pertanyaannya.

"Aku perlu berbincang dengan suami aku sekejap." Ujarku tanpa menoleh memandang Elly.

Langsung keningnya berkerut.

"Huh? Tapi kenapa..."

"Cuma berdua." Potongku. Kepala menoleh memandang Elly.  Terus Elly terdiam.

"Madam, tolong bawa Elly ke bilik. Saya rasa dia tengah pening. Ada baiknya kalau dia rehat terlebih dahulu." Arahku. Puan Nora Elena mengangguk kepala tanda faham.

Lantas dia berjalan menghampiri Elly. Mengiring wanita itu menuju ke bilik tidur sementara aku ingin berbincang sesuatu dengan Brayan. Setelah memastikan kelibat mereka berdua sudah tiada, barulah aku bangkit dari sofa.

Memandang si dia yang sedang membelakangi aku. Masih lagi sibuk membelek objek hiasan di atas rak itu satu demi satu. Entah apalah yang menarik sangat di situ.

"Personaliti baru?" Tegurku. Pandangan penuh serius.

Dia menoleh ke belakang. Memandangku. Mukanya tampak berkerut. Jari telunjuk diangkat menunding ke arah diri sendiri.

"Kau maksudkan aku?" Soalnya.

Aku tidak menjawab apa-apa. Masih merenungnya dengan pandangan mengecil.

Dia menjuih bibir sambil tertawa. Sinis sekali bunyinya. Pasu bunga antik yang dipegang diletakkan kembali ke tempat asal. Kini kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar sambil melangkah ke arahku setapak demi setapak.

"Kau salah. Aku personaliti lama." Katanya.

Personaliti lama? Keningku berkerut. Automatik fikiranku teringatkan kembali cerita Puan Nora Elena semasa di pondok hari itu. Entah-entah, dialah yang Madam maksudkan. Personaliti lama yang mengambil keputusan sendiri untuk menghilang dari hidup Brayan.

Tapi kenapa...

Dia kembali semula?

"Siapa nama awak?" Soalku. Inginkan kepastian.

Dia tersenyum senget. Seolah-olah memang menanti soalan itu keluar dari bibirku.

Sebaik sahaja tiba dihadapanku, langkah kakinya terhenti. Kini kami saling berlaga mata. Dia masih lagi dengan senyumannya dan aku masih lagi dengan pandangan serius.

THE SPLIT : BRAHMSWhere stories live. Discover now