Kembali Part 2

2K 36 2
                                    

Sambil menghirup kopi, Albert merenung gambar isterinya. kemudian kembali berkata. "Awak memang suka main dengan orang tua ke?" Nen tidak menjawab sekadar merenung wajah Albert dengan rasa kesal. "Dulu dia memang gebu macam dalam gambar ni, sekarang dia sudah kurus" sambungnya lagi. "Dia sakit ke tuan" segera Nen bertanya cemas. " Dia sakit sebab awak tinggalkan dia. Saya tak tahu dan tak mahu tahu kenapa awak tinggalkan dia. Tapi selepas awak tinggalkan dia, dia setuju tinggal di sini. dDia murung sekali. Tidur dengan phonenya.  saya tahu pada phone tu ada gambar awak." Nen merasa begitu sedih sekali " Maafkan saya Tuan, saya perlu hentikan hubungan terlarang ini. saya betul- betul tinggalkan dia kerana mahu berubah." Nen masih menjelaskan lagi. " Saya tahu dia curang dengan saya. Saya pun bukanlah suami yang setia. Namun saya sayangkan dia. Saya tak mahu dia terus murung seperti itu lagi." kata Albert. " Apa patut saya buat tuan, takkan Tuan nak saya bersama dengannya semula? Mustahil itu yang tuan mahu." luah hati Nen kebingungan. "Jika yang mustahil itu dapat mengembalikan kebahagiaan isteri saya, saya sanggup membayarnya. Buka Phone awak tengok dalam akaun awak. Itu wang pendahuluan" Albert membalas pertanyaan Nen. Nen terketar- ketar melihat jumlah wang yang masuk ke dalam akaunnya. Namun dia masih tidak pasti apakah yang perlu dia lakukan. Albert tahu terperinci tentang Nen. hingga nombor akaun Nen juga dia tahu. tentulah Albert cukup bersedia. "Banyak ni Tuan, Tuan nak saya buat apa." soal Nen. " Layan semula isteri saya. Jelaskan?" jawab Albert ringkas. " Tapi tuan saya sudah berubah" Nen cuba menolak. "Saya tahu awak dah berubah. Saya sudah siasat. Baguslah awak dah berubah. Kini awak tak perlu lagi jadi gogolo melayan perempuan- perempuan tua berduit lagi. Awak cuma perlu layan isteri saya." jelas Albert. Nen terdiam fikirannya benar- benar bercelaru. Albert menunjukkan gambar Mummy jia terkini. Nen merenung dengan rasa hiba. "Bulan lepas dia cuba bunuh diri dengan pil tidur. mujur dapat di halang. Dalam keadaan mabuk, dia hanya menyebut Nen Nen Nen. Saya tahu itu nama awak kan?" jelas Albert lagi. "En.***** (nama Nen) saya tahu saya tak boleh paksa awak. tapi tidakkah awak kasihan dengan isteri saya. " sambung Albert lagi. Nen tidak menjawab. air mata Nen mula menitis setelah melihat keadaan Mummy Jia yang semakin kurus itu. "Saya anggap awak setuju. Berapa hari awak di sini dan menginap di mana?" soal albert kemudiannya. "Saya tidak menginap lagi di sini. selepas ini saya kan terus pulang" jawab Nen. "Beginilah.. saya sudah bookingkan awak hotel. tinggallah disini dua hari lagi. selepas ni saya mahu awak hubungi isteri saya. Hiburkan dia semula kemudian awak layanlah dia" arah Albert pada Nen. Nen masih terdiam. " buat seperti biasa. saya tidak mahu dia tahu bahawa suaminya telah tahu perbuatannya dengan awak." sambungnya lagi. Kali ini Nen bersuara "Bagaimana kalau saya terus pulang selepas ini" Albert terdiam dan tenang kemudian berkata sambil meninggalkan pejabatnya " Jika begitu, saya sudah salah anggap pada awak. Lelaki Melayu yang saya jumpa ini juga seorang yang pentingkan dirinya sahaja rupanya."  Nen terkebil- kebil di tinggalkan.

Nen masih buntu ketika melangkah keluar dari pejabat itu. Nen dihantar dengan kereta syarikat namun Nen masih belum membuat pilihan. "send me to Airport" arah Nen. dalam perjalanan, Nen menghubungi Mummy Jia. Mummy Jia menjawab dengan tangisan rindu yang teramat sangat. Nen begitu terharu dan mengarahkan pemandu mengubah arah destinasinya.

Di hotel lima bintang itu Nen memasuki sebuah bilik yang agak mewah. Nen segera mandi kerana dia akan bertemu dengan orang yang dirinduinya selama ini. Setelah bersiap Nen menunggu di lobi. Matanya sering merenung telefon pintarnya. seakan sedang menunggu panggilan atau mesej dari seseorang. Satu mesej masuk segera Nen buka "Terima kasih kerana sudi membahagiakan Isteri saya. Baki bayaran akan saya masukkan malam ini." rupanya mesej dari Albert. Albert telah mendapat tahu rupanya.

Mummy Jia pula sedang memilih pakaian yang sesuai untuk berjumpa buah hatinya. tak sangka buah hatinya datang ke Singapura ketika suaminya outstation. Itulah pengetahuan Mummy jia. Albert memberitahunya bahawa dia outstation hari ini. Girang sungguh hati Mummy Jia. Pembantu rumahnya juga di ciumnya kerana girangnya hati

NenWhere stories live. Discover now