Kringg!!!
Masa rehat dah tiba. Fea dan Haqiem berjalan keluar kelas bersama.
"Qiem, awak rehat kat mana?" Tanya Fea.
"Kantin. Habis makan nanti aku cari kau kat library."
"Tak payah pun takpe. Buat susah awak je."
"Takde yang susah kalau dengan kau." Ujar Haqiem menyebabkan Fea ketawa.
"Cheesy nyee." Ejek Fea. Haqiem tersenyum sahaja.
"Bye." Fea melambai setelah sampai ke depan library. Haqiem memang suka menghantarnya sampai situ. Entah apahal rajin sangat. Fea masuk ke dalam library selepas Haqiem membalas lambaiannya.
Haqiem melihat sahaja Fea yang sudah masuk. Jadi sekarang dia hanya memandang pintu library. Dengan langkah yang lambat, Haqiem pun pergi dari situ.
.
.
.
Fea berjalan masuk ke dalam kelas. Tadi Haqiem tidak jadi belajar bersama dengannya di library. Mungkin diajak rakan lelaki untuk rehat bersama. Ah, suka hati mamat tulah nak rehat kat mana Fea bukan kisah.
Masuk sahaja ke kelas, kelihatan Dira menangis sambil dipujuk oleh rakan-rakannya. Fea duduk di tempatnya lalu memandang Haqiem yang juga memandangnya.
"Kenapa tu?" Tanya Fea kepada Haqiem. Gadis itu menyimpan bukunya ke dalam beg semula.
"Minah tu hilang dompet. Kena curi katanya." Jawab Haqiem. Fea terkejut mendengarnya.
"Kesiannya, siapalah yang curi tu." Fea bersimpati atas nasib malang yang ditimpa Dira walaupun Dira sering mengejeknya. Tidak patut juga dia rasa gembira atas penderitaan orang lain. Tidak memberi sebarang keuntungan padanya.
"Mana Dira?" Guru - Cikgu Rayna yang baru masuk itu terus mendekati kerumunan itu. Ada beberapa pengawas ikut masuk. Bila orang kaya hilang dompet bilek. Hilang duit macam hilang nyawa gayanya hahaha.
"Ni cikgu, dompet dia hilang."
Cikgu Rayna bersoal jawab sekejap dengan Dira lalu mengarah semua pelajar kelas itu untuk berdiri di bahagian depan kelas.
"Buat dua barisan, lelaki dan perempuan. Satu pengawas lelaki cek pelajar-pelajar lelaki. Satu pengawas perempuan cek pelajar-pelajar perempuan. Yang lain cek meja dan beg dorang." Arah Cikgu Rayna seperti kapten ejen. Pengawas-pengawas itu pun melakukan tugas mereka.
Setelah hampir 10 minit pencarian, seorang pengawas lelaki bersuara.
"Cikgu, saya rasa saya dah jumpa." Pengawas lelaki itu mengangkat dompet yang baru diambil dari beg seseorang.
Fea telan liur. Itu begnya. Macam mana dompet itu boleh ada disitu sedangkan dia hanya di perpustakaan sedari tadi?
Dia disabotaj?
"My purse!" Dira terus mengambil dompetnya daripada pengawas lelaki itu. Gadis itu terus mengelap air matanya.
"Saya jumpa dalam beg ni." Pengawas lelaki itu mengangkat beg Fea menayangkannya kepada semua orang. Fea menunduk. Dia malu walaupun itu bukan salahnya. Dia tahu, tiada yang akan mempercayainya.
"Itu beg Akma." Ujar Lina. Fea menggenggam tangannya kuat. Sakitnya rasa difitnah.
"Akma, kamu ikut saya ke pejabat lepasni. Dira, takde apa-apa yang hilang kan?" Tanya Cikgu Rayna. Dira laju memeriksa dompetnya.
"Takde cikgu." Jawab Dira. Cikgu Rayna mengangguk lalu memandang Fea semula.
"Akma, ikut saya ke pejabat." Arah Cikgu Rayna tegas lalu berlalu pergi diikuti Fea.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...