draft ( i )

7 1 2
                                    

guess what i have found? yea, drafts that i wrote back in 2021 (maybe). but i only found two drafts.




'Perhatian kepada Hana Amaia kelas 5 Sage. Sila ke bilik Tuan Adam sekarang.'

Nama aku yang secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Tuan Adam mengakibatkan dahi aku berpeluh tiba-tiba walaupun dalam kelas aku tengah pasang aircond sekarang ni.

Aku ada buat salah ke? Tak kot... Maybe dia panggil sebab nak bagi duit raya.

Yes, Tuan Adam nak bagi duit raya.

Tangan kanan aku diangkat."Sir may I go?" Sopan aku menyoal.

"Sure." Ucap Sir Iqbal. Tanpa membuang masa, aku bangkit dari duduk dan menuju ke bilik Tuan Adam.

Keluar saja dari kelas cermin aku fuh... Berkabus. Mata aku tak nampak apa.

Aku menanggalkan cermin mata dan lap menggunakan tudung bawal aku. Apabila kabus tadi sudah tiada aku pakai kembali. Ha kan dah boleh nampak dunia.

Aku menyusun langkah bagi menyambung perjalanan ke bilik Tuan Adam sebelum...

"Kamu. Budak yang pakai glasses bulat jalan menunduk." Satu suara garau menegur.

Kepala aku menoleh ke arah suara itu datang. Dia panggil aku ke? Atau dia panggil orang lain? Tapi aku rasa aku seorang je kat sini.

Aku memandang kiri dan kanan lalu menyua jari telunjuk ke arah muka aku sendiri."Saya ke?"

"Kamulah."

"Tapi saya kena jumpa Tuan Adam." Balas aku sambil mata mengerling ke arah pelajar kiri dan kanannya.

Aku kenal diorang. Iman Rayyan atau lebih dikenali sebagai Ian dan juga Haraz Iskandar.

Macam mana aku kenal? Dua jejaka ni merupakan jejaka terhangat di pasaran. Semua gadis dekat sekolah ni gilakan mereka.

Aku pun gilakan jugak. Gilakan cupcake yang diorang jual minggu lepas. Sedap gila siot...

"Saya lah Tuan Adam." Ujarnya sekali gus mematikan lamunan aku.

Weh, biar benar dia Tuan Adam. Aku fikir Tuan Adam ni mesti dah tua, rambut botak tengah rupanya muda lagi. Fuh, mantap sekali.

Agak-agak dia dah kahwin ke belum? Kalau belum aku nak masuk meminang. Gurau gurau.

"Oh, okay." Aku berjalan merapati mereka bertiga sedikit.

Ian tak henti pandang aku. Sama juga Haraz jadi aku tunduk.

Guys janganlah pandang. I malu... Hekhekhekhek. Okay cukup Hana. Menggedik aje kerja kau.

"Korang dah kenapa pandang dia macam nak telan?" Tuan Adam menegur.

"Sejak bila dia ada kat sekolah ni?" Kata lelaki disebelah kanan aku.

"Itulah. Aku tak perasan pun. New student ke?"

"Yup."

"Ohhhh."

"Hana Amaia."

"Ya saya?" Perhatian aku kembali kepada Tuan Adam.

"Tolong jagakan budak empat orang ni atau dalam kata lain be their mom. For a week."

"Huh? Kenapa saya pula?" Apa ni? Dah kenapa aku kena jadi mak diorang?

"Be their mom and you don't need to stay at the hostel anymore. Saya akan beri awak tempat tinggal dan makan minum ditanggung. Tak lupa juga duit poket." Kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Adam buat aku terdiam seketika.

Tak, sekarang ni kenapa aku kena jaga diorang? Diorang tak boleh nak jaga diri sendiri ke?

"Why I should be their mom? They can take care of themselves right?"

"Look." Anak mata Tuan Adam memandang kaki Ian. Aku turut memandang.

"Pfft." Tawa aku hampir terlepas.

"Weh... Tak payahlah gunakan stokin aku sebagai contoh." Ian mencebik.

"Can you see that?" Soalan Tuan Adam aku jawab dengan mengangguk.

"So, do you accept the offer?"

"I don't know." Aku mengangkat bahu.  Aku pelik. Kenapa tiba-tiba aku kena jadi penjaga jejaka-jejaka kacak ni? Selama ni diorang elok je hidup.

"Sir, kenapa saya kena jadi penjaga diorang?"

"Sebab penjaga diorang sebelum ni dah tak ada."

"Innalillah... Saya tumpang-"

"Dia tak mati lagi lah." Haraz memintas. Lah... Tak mati lagi. Aku ingat tak ada maksudnya dia dah meninggal.

"Damien cuma balik kampung." Sambung Ian.

Wait. So... Selama ni Damien lah penjaganya. Okay okay, I see.

"Okay. Saya perlu jaga diorang hanya untuk tempoh seminggu kan?" Aku meminta kepastian.

Mana tahu Tuan Adam minta aku jadi babysitter budak-budak ni sebulan tapi aku salah dengar dan terus setuju, tak ke naya.

"Ya. Untuk seminggu."

"Alright, I accept the offer." Bibir aku diukirkan senyuman.

"Really?" Ian bersuara.

"Yes."

"For real?" Haraz pula bertanya.

"Yes."

"Are you sure?"

"Nak saya tolak ke tawaran tu?" Aduh... Dok tanya ulang-ulang kali pasaipa. Aku tolak satgi apa tak dapat.

"Tak tak. Okay, now you can go pack your things. Pukul 2 petang Haraz dan Ian datang."

"Baik. Saya pergi dulu ya." Kemudian aku terus berpusing dan beredar menuju ke asrama perempuan yang terletak dibahagian barat sekolah.

window thoughtsWhere stories live. Discover now