Bangunan pensyarah menghiasi pandangan mata. Kaki berjalan masuk dan meneliti senarai nama pensyarah dengan nombor bilik. Apabila mata menangkap nama yang dicari, pantas badan dipusing ke arah lif. Badan masuk ke dalam kotak lif.
"Hold the lift!" Laju tangan aku menahan lif dari tertutup. Refleks. Seorang lelaki yang kemas bersut menyapa pandangan. Nafas dihela. Kurang selesa berduaan dengan manusia berlainan jantina. Marahkan refleks aku yang laju menahan lif tadi.
Badan dirapatkan pada dinding lif supaya dapat mencipta jarak antara kami. Aku dengar lelaki itu sedang bercakap dengan alat komunikasi nipis yang ditekap pada telinga.
Tangan yang menghulur coklat kitkat padaku dipandang curiga. Dahi berkerut. Pelik betul. Bukan sepatutnya ada suara 'adik nak gula-gula tak'. Ni mesti penculik baru nak up.
"This is for you. Thank you for holding the elevator for me!" Suara itu menyapa bersama coklat kitkat digerakkan ke atas dan bawah.
Aku mengambil coklat itu tanpa banyak soal. Namun masih tidak memandang lelaki itu dibelakang. Buatnya bukan manusia. Pengajaran harini, jangan tahan lif untuk orang lain. Terutama sekali kepada makhluk ghaib.
Lif yang terbuka membuatkan kaki laju melangkah keluar. Baru sahaja kaki ingin melangkah lebih jauh, namun suara tadi mengejutkan aku.
"Excuse me, miss. But your level is 3 not 2, right?"
Badan laju berpusing melihat atas kotak lif. Terbuntang mata aku. Kaki menapak lemah ke dalam kotak lif tersebut. Aku dengar suara macho itu ketawa perlahan.
Biasalah cerita lif semua sama. Aras dua tadi memang tiada orang tekan. Lampu butang aras dua pun tidak menyala tapi nampaknya lif ni gembira nak sambut benda lain.
Sesampainya kami ke aras tiga. Laju kaki melangkah keluar. Nampak saja papan yang tertulis 3007, laju saja kaki menghampiri. Tangan diketuk pada pintu bilik Dr. Faizah sebelum kaki melangkah masuk ke dalam.
"Assalamualaikum doctor. I'm sorry for the sudden meet up. This is my research on what you have told me to do. Can we proceed the meeting?"
Dr. Faizah membelek helaian kertas di dalam fail itu. Lalu tangan itu laju menekan sesuatu pada papan kekunci.
"Yes, you may sit now. I can do the meeting for 30 minutes and less. Can you?" Aku mengangguk laju. Kerusi ditarik dan bersedia untuk berdiskusi.
Nafas ditarik dan dihembus. Yes, I'm ready now!
✧༺♥༻∞
Pintu ditutup rapat. Bibir tersenyum gembira. Akhirnya selesai juga urusan antara aku dan Dr. Faizah. Rasa nak melompat gembira. Tapi ditahan supaya aku tak dicop monyet jadian. Mesin pelbagai minuman yang berada hujung bangunan itu dituju. Mata meliar mencari minuman kegemaran.
Yes! Harini memang hari spesial aku. Mata menangkap air tin soya. Duit dimasukkan dan bunyi sesuatu jatuh itu membuatkan tangan laju menyeluk ke dalam. Sinki yang terdapat disebelah dituju dan pili air dibuka.
Selesai saja, laju tangan membuka tin minuman itu dan air diteguk laju. Kerusi yang berhampiran itu dihampiri. Mata memandang ke dada langit. Sangat cerah.
Bunyi sesuatu jatuh mengejutkan aku dari lamunan. Badan dialihkan pada mesin minuman elektronik tadi. Lelaki tadi sedang memegang sebotol mineral sejuk. Aku kembali memandang ke dada langit. Menghiraukan kedatangan orang luar.
"You know, air tin tak elok untuk kesihatan. Kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan diabetes," katanya seraya menghenyakkan punggung di kerusi panjang yang sama denganku. Aku mengeluh.
YOU ARE READING
RELY ON ME
RomanceA story by H. T. Noki. 𝐏𝐬: 𝐏𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞 𝐠𝐢𝐯𝐞 𝐚 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐚𝐧𝐝 𝐫𝐞𝐯𝐢𝐞𝐰 𝐟𝐨𝐫 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐬𝐨 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐈 𝐜𝐚𝐧 𝐢𝐦𝐩𝐫𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐲 𝐰𝐫𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬, 𝐭𝐡𝐚𝐧𝐤𝐬🫶🏻 𝐚𝐧𝐝 𝐍𝐎 𝐏𝐋𝐀𝐆𝐈𝐀𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐀𝐋...