Bab 11

350 10 4
                                    

Rizzkey membuka pintu bilik lalu memandang Fea yang pura-pura sibuk belajar. Buku pun terbalik. Apa nak jadilah.

Fea pura-pura tidak kisah akan kehadiran Rizzkey dan hanya menulis ikut suka hati. Rizzkey berjalan mendekati Fea lalu membetulkan buku Fea yang terbalik tadi.

"A- ahh." Fea senyum awkward lalu mengambil buku itu dan membacanya rapat dengan muka. Malu. Rizzkey menarik buku itu daripada menutup wajah Fea. Fea memandang Rizzkey lalu mengangkat kening.

"Degil eh kau ni." Ujar Rizzkey. Fea kaget. Dia buat muka tak bersalah.

"A- ahhh, susah pulak soalan ni huhu." Fea memandang buku addmath itu 'khusyuk'. Rizzkey mengambil buku itu dari Fea.

"Sini aku ajar." Rizzkey meletakkan buku itu di atas katil sambil memandang Fea serius. Fea telan liur.

"Haha takpe, takde lah susah sangat. Saya boleh buat sendiri." Fea ketawa awkward lalu mengambil bukunya semula tapi ditahan Rizzkey.

'Mati lah aku.' Batin Fea menangis. Asal mamat ni boleh tau aku intip dia? Ketara sangat ke?

"Kau ni kalau tak kena ajar takkan pandai dengar cakap kan." Ujar Rizzkey lagi. Fea terus duduk sopan di depan Rizzkey lalu melekapkan kedua telapak tangannya.

"Saya benar-benar sangat minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi nya lagi. Ampun beribu-ribu ampun." Ujar Fea sambil menunduk. Rizzkey masuk tangan dalam poket.

"Sadly, aku tak percaya dengan janji palsu. Diri kat sini." Member nak denda. Fea stres.

"Kalini betul-betul saya punya janji. Janji yang ikhlas nan suci. Tolonglah percaya. Wajah ini tidak aku menipu lagi." Fea angkat tangan seperti berikrar. Rizzkey tidak membalas malah menarik Fea supaya berdiri di sebelahnya. Fea rasa nak nangis. Mengapa begitu sulit untuk dikau percaya?

"Asal kau nak tau sangat pasal kembar aku? Kan bukan urusan kau." Ujar Rizzkey lembut sahaja. Fea garu kepala.

"Emmm... I just... A little bit... Curious...?" Fea pandang Rizzkey takut-takut. Rizzkey mempertipiskan jarak mereka. Fea gigit bibir bawah. Takut teman.

"For what? Asal kau nak curious?"

"D- dia kan kembar awak. Awak tak pernah cerita pun dekat saya, lepastu tadi pun dia kata 5 tahun korang tak jumpa maksudnya baru kalini jumpa balik. J- jadi, mestilah saya curious. But don't worry, saya tak curious dah. Saya akan lupakan perbualan tadi ya. Ampunilah saya, pleasee." Fea melekapkan tangannya lagi. Tengah minta simpati ni.

"Kau... Tak takut?" Tanya Rizzkey. Fea angkat kening. Kenapa? Mamat ni nak denda aku ke? Mestilah tacoddd!

"T- takut pasal apa?"

"Hidup dengan aku." Tanya Rizzkey sambil memandang tepat ke dalam mata Fea.

"Tinggal dengan ayah lebih menakutkan so yeah." Itu hanya kerana ingin menyedapkan hati Rizzkey. Yang sebenarnya, Fea sangatlah takut. Mana mungkin dia hidup tenang dengan pembunuh ye dok?

"Kau kata takkan tipu dah." Ujar Rizzkey.

"Ya?" Member pelik. Rizzkey tidak membalas malah mengusap kepala Fea.

"Kau percaya aku?" Tanya Rizzkey. Makin Fea pelik. Percaya apa?

"Pasal apa?"

"Everything." Jawab Rizzkey. Fea memandang tepat mata Rizzkey. Mindanya sibuk mengingat kembali jika Rizzkey ada menipunya sebelum ini. Ada kot, yang pasal awek cium dia tu huhu.

"Yes...?"

"Macam tak yakin je?"

"You know, saya masih belum percaya yang awak cakap nak buat saya bahagia, just because. Kadang-kadang saya overthinking kalau awak sebenarnya nak gunakan saya je. Im sorry but we never know each other before so its hard for me to trust you easily. I have trust issue pasal tu so yeah, saya perlukan masa untuk percayakan awak."

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now