" Maa,Qur nak keluar kejap." Izin Qurratu Insyira serta senyuman terunkir. Dia melabuhkan punggung disebelah Puan Hayani.
" Keluar pergi mana tu? Nak jumpa Naufal lagi ke?" soal puan Hayani dengan nada tidak puas hati. Setiap hari keluar dengan orang yang sama. Rasa was-was pula dia ingin membenarkan Qurratu pergi. Dia dapat tahu yang Naufal Hafiz ialah kekasih anak perempuannya. Wajah pun belum dia lihat lagi.
" Ye maa,sekejap jer Qur nak keluar dengan dia. Dia nak teman Qur pergi beli barang." pujuk Qurratu sebolehnya. Dia tahu akan riak Puan Hayani akan membantah. Tapi dia perlukan peneman untuknya keluar. Naufal adalah satu-satunya yang dia boleh percayai. Kerana itu lelaki itu menjadi kekasih hidupnya.
" Mama memang benarkan kamu keluar. Tapi..." Puan Hayani mengantung ayatnya. Qurratu melebarkan senyuman.
" Ajaklah orang lain. Adik kamu ke. Kesian Naufal setiap hari keluar saja. Dia pun ada kerja juga. Mana boleh ganggu kerja dia." bebel Puan Hayani. Senyuman lebar Qurratu langsung mati. Ingatnya Puan Hayani mahunya berhati-hati ketika di perjalanan nanti. Malah sebaliknya.
" Tapi ma,kami bukannya naik kereta sekali dan tak susahkan dia sebab dia yang tawar diri nak teman Qur." bantah Qurratu sambil memuncungkan bibirnya. Puan Hayani mengerut pelipisnya. Nafasnya dihela.
" Baiklah anakku,pergilah." Puan Hayani akhinya memberi lampu hijau.Qurratu terus menjadi riang lalu tubuhnya mamanya dipeluk erat.
" Thank you,ma. Love you.Muah." Satu kecupan hinggap di pipi Puan Hayani berkali-kali. Wanita itu jadi rimas dibuatnya.
"Dah-dah,cukup. Jangan sampai mama batalkan keluar kamu tu." arahan keras Puan Hayani. Serta merta Qurratu menegakkan badannya. Tidak lagi buat pelukan semuanya itu.
"Tak nak!"
***
" Ya Naufal,awak dekat mana sekarang ? " soal Qurratu mesra melalui talian. Tak sabar nak berjumpa dengan buah hatinya lagi. Masih tak jemu ingin melihat wajah kacak lelaki itu walaupun berhari-hari.
" Saya dalam perjalanan. 5 minit lagi sampai. Tunggu sekejap ya sayangku." makin berbunga hati Qurratu apabila disebut begitu. Jantung tidak usah dikata,berdetak seperti tiada hari esok.
"Ya kekasihku,saya akan tunggu. Jumpa awak sekejap lagi,bye." Selepas itu,panggilan itu ditutup olehnya. Tersenyum diri sendiri di dalam kereta. Telapak tangan Qurratu dilekatkan pada dadanya. Rasa tak sabar pun ada.
Naufal pula senyumannya tidak mati meskipun beberapa minit lalu mereka memutuskan panggilan. Dia juga ingin mengajak gadis itu jalan-jalan dipesisiran pantai selepas ini. Dan disitulah tempat dia akan melamar gadis itu.
Kotak merah yang berharga itu dibuka menggunakan sebelah tangannya sahaja dan sebelah lagi sibuk mengawal streng kereta. Cincin yang terletak elok itu diusap oleh ibu jarinya. Pasti gadis itu akan teruja apabila mendapat cincin ini nanti.
Pon!
Pon!
Pon!
Kepala menghadap depan selepas telingannya menangkap bunyi hon kereta. Akibat kusyuk hal tadi,dia jadi kereta jadi hilang kawalan.
Ketika kereta Naufal hampir bertembung dengan kereta depannya,pantas dia memutar streng bagi mengelakkan tertembung. Tangan lagi sebelahnya mengenggam erat kotak merah tersebut. Dia tidak mahu terjadi apa-apa pada sebelum diberikan kepada Qurratu. Dia harus menyelamatkannya.
Ketika dia membelok ke kanan,ada satu lagi kereta yang masih tidak bergerak dan membuatkan keretanya.....
DBUM!
Qurratu langsung terkejut mendengar bunyi yang sangat kuat. Kemalangan itu telah diserbui oleh orang ramai. Hatinya rasa tak tenang apabila melihat kejadian yang terjadi tidak jauh darinya.
Dia pantas keluar dari perut kereta dan laju menuru ke arah mereka.
" Maaf,tumpang lalu." Dia menolak sedikit tubuh orang-orang yang menghalanginya. Kenapa dia ingin sekali melihat? Atau dia merasa risau terhadap Naufal?
" Sesiapa tolong call ambulance !" Laung seorang pak cik tua disitu. Melihat golongan beberapa orang lelaki yang lagi berusaha menyelamatkan seseorang yang terkurung di dalam kereta membuatkan perasan Qurratu menjadi ingin tahu.
Tidak sempat menolak orang lebih lagi,matanya tertangkap susuk lelaki yang telah berjaya dibawa keluar itu buatnya susah ingin maju lagi kerana ramai yang menghimpit mahu melihat .
Dengan itu dia menjengket sedikit kakinya agar dapat melihat dan badannya ditegak semampu mungkin. Bahu orang tidak dikenali dia pegang supaya menahan daripada terjatuh. Susah payahnya dia mencuba akhirnya dia dapat melihat lagi. Kali ini amat jelas dan matanya membulat luas.
" Tepi!" Qurratu tidak boleh berlembut lagi. Dia pasti lelaki itu adalah Naufal. Walaupun kudrat menjadi lemah tetapi dia berusah lagi menolak sehingga dimaki hamun pun dia tak kisah.
"Naufal!" Jeritnya ketika matanya bertembung dengan susuk lelaki itu di baring di tanah dalam keadaan tidak bermaya. Air matanya terus mengalir laju. Kedua tangannya menengkup mulut sendiri dan diri hampir ingin rebah melihat keadaan Naufal yang berdarah sana sini.
Tolong katakan yang ini bukan Naufal Hafiz.Tadi lelaki itu elok dalam talian sedang bercakap dengannya. Terus sekarang lelaki itu berada dalam bahaya. Ya Allah,kau selamatkanlah hambamu ini. Dirinya tidak kuat melihat darah yang melencuni pakaian lelaki itu.
Semakin lama dia ingin mendekat juga tidak kira dirinya takut darah. Kaki yang lagi gementar itu dijuakan juga.
" Maaf cik,cik tak boleh masuk kawasan ini. Tolong beredar." halang seorang wanita yang berpakaian polis tersebut. Kedua bahunya ditolak ke belakang namun dia memberhentikannya. Dia menjenguk belakang wanita itu ada beberapa yang membantu mengangkat tubuh Naufal dan diletakkan ke atas katil sorong itu
" Tak boleh! Saya tak boleh tinggalkan dia! Tepi!" Tempik Qurratu walaupun suara hampir garau. Tubuh wanita itu ditolak namun alhasil kerana datang lagi anggota polis lain yang membantu kawan sekerjanya mengundurkan Qurratu ke belakang.
" Tolong benarkan saya naik ambulans sekali dengannya. Dia kekasih saya." ujar Qurratu teresak- teresak.
"Maaf,kami padat sekarang. Mangsa tersebut perlu cepat ke hospital. Kalau tak...mangsa boleh kehilangan nyawa." terang wanita itu dengan tenang.
Sejurus itu,Qurratu tergamam sehingga dia ke belakang sebelum para polis itu menutup kawasan. Qurratu berasa takut. Takut jika lelaki itu meninggalkanya. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan dia.
Naufal Hafiz. Saya akan tunggu sampai awak datang pada saya. Saya janji akan berada di sisi awak. Cepat sembuh ya.
YOU ARE READING
Rewrite the Stars
FanfictionKisah tentang seorang lelaki yang sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis jelita bernama Qurratu Insyira. Sudah lima tahun mereka menjadi sepasang kekasih sampaikan satu masa yang telah memisahkan mereka. Dari itu,Qurratu yakin yang Naufal ak...