P R O L O G

14 1 0
                                    

        Zaedyn diarahkan untuk tolong menjemput Bunga ke rumahnya dahulu sebelum bertolak ke hotel untuk majlis.

Kereta berjenama Lykan Hypersport berhenti di hadapan rumah Bunga. Kedua ibu bapa Bunga tiada di rumah kerana sudah berada di rumah Zaedyn untuk membantu serba sedikit mummynya.

Zaedyn keluar dari perut kereta dengan tampilan memakai kemeja putih yabg di lipat sehingga siku, berserta seluar slack hitam juga kasut kulit hitam.

" Assalamualaikum. "

Tiada sahutan.

Tangan kemudian naik untuk mengetuk pintu.

" Bunga, Zaedyn ni. Assalamualaikum! "

Selang beberapa minit menunggu sahutan Bunga, tiba - tiba terdengar bunyi kaca pecah dari dalam rumah membuatkan Zaedyn panik.

Pintu rumah yang tidak berkunci terus dibukanya dan dia menapak masuk.

Dia mencari dan memanggil Bunga, semua sudut rumah dia mencari dan akhirnya dia membuka pintu bilik Bunga.

Kelihatan Bunga terduduk diatas lantai bersama serpihan kaca yang pecah dengan darah.

" Bunga! "

Zaedyn mendakap Bunga dalam dakapannya dengan Bunga yang kini menangis sekuat hati dan menggenggam baju kemeja milik Zaedyn.

" Saya.. Saya tak niat buat macam ni Zaedyn.."

Zaedyn meleraikan tangan Bunga yang menggenggam bajunya erat. Terus pandangan di buang kearah lain apabila dia sedar Bunga tidak bertudung.

" Erm.. Bunga. Kau.. pakai la tudung dulu, aku tunggu kat luar. "

Zaedyn bangun dan menapak keluar dari bilik Bunga. Memberi ruang untuk Bunga menyiapkan dirinya.

Lima minit kemudian, Zaedyn sedar akan kehadiran Bunga dan terus dia meletakkan telefon bimbitnya ketepi.

Bunga yang kini berselendang tampak lebih manis dimatanya.

" Apa kau cuba buat, Bunga?" Tanya Zaedyn.

Bunga ketap bibir. Mata coklat miliknya naik melihat Zaedyn tepat kedalam mata.

" Answer me. Apa yang kau nak buat?" Tanya Zaedyn tegas.

" Saya.. Saya tak niat untuk bunuh diri pun.. "

" Habistu?"

" Saya... "

" Kau apa? " Tanya Zaedyn. Menanti Bunga untuk menyambung ayatnya.

" Saya tak sengaja.. Saya taknak pun buat macm tu.. tapi saya tak sengaja... " Jujur Bunga tergagap - gagap.

Mata hazel Zaedyn kemudian jatuh pada tangan Bunga yang terluka tadi.
" Tangan tu, dah balut belum? Ada kaca tak?"

Bunga geleng. " Dah cuci.. Dah letak plaster.. "

Bunga ketap bibir sebelum ingin menanyakan sesuatu. " Kenapa awak datang rumah saya? "

Zaedyn pandang mata coklat Bunga. "Untung aku datang, kalau tak? Ayah kau minta tolong aku ambil kau, pergi majlis. "

" Terima kasih."

" Bunga." Panggil Zaedyn membuatkan Bunga menangkat kepalanya.

" Ya?"

" Janji dengan aku, boleh?"

[ OG ] Pengubat Luka Where stories live. Discover now