"Ya allah aku mengandung ... alhamdulillah ... terima kasih" Airis memandang alat itu dengan gembira
Airis Dahlia seorang wanita yang bekerja sebagai PA di sebuah syarikat yang ternama. Dia telahpun mendirikan rumah tangga pada umur 27 tahun.
Tiba tiba pintu rumah mereka terbuka. Rykal telah pun balik. Dia merupakan suami kepada Airis.
"Abang dah balik..." lari ke arah Rykal lalu peluk badannya
"Kau ni dah kenapa Airis? Tiba tiba datang peluk aku... Aku penat tau dak? baru balik kerja ni... Kau tak reti nak buat aku air ke makanan ke?? " Balas Rykal dingin lalu merungkai pelukan mereka.
"Sorry ... awak nak air ye ... jap saya ambil" Kata Airis lalu pergi dengan hati yang terluka ...
Walaupun sudah 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga... Rykal melayannya hanya lebih kurang sahaja. Walaupun begitu ...Airis tetap melayan Rykal dengan penuh kasih sayang.
"Nah air awak ..."
"Esok kau tak payah tunggu aku lagi... esok aku balik lambat" Kata Rykal
"Ouh ok... saya nak minta kebenaran yang esok saya nak pergi jumpa kawan lama saya... boleh?" Tanya Airis
"Pergi la mana mana tempat yang kau nak pergi... aku tak kisah" Balas Rykal lalu pergi ke bilik tidur mereka
"Bila lah dia nak layan aku macam seorang isteri?" Kata Airis dengan hiba
YOU ARE READING
Doktor itu suamiku
ActionAiris Dahlia seorang PA di sebuah syatikat ternama yang berkerjaya, seorang yang suka menyelesaikan sesuatu kerja dengan kadar segera dan baik hati. Suatu hari anak Airis telah mengelami demam panas yang melampau lalu bertemu seorang Doktor. ...