Lisa bangun dari katil empuk miliknya. Dia terus bergegas pergi ke tandas untuk bersiap pergi ke kolej vokasional yang terletak di Melaka berdekatan dengan rumahnya.
Setelah dia bersiap, dia turun untuk sarapan dirumah sahaja kerana dia tidak suka makan di kantin milik kolejnya.
...
Tiba sahaja di kolej, dia terus pergi meletakkan beg didalam kelas dan bermain phone miliknya. Kawannya yang melihat dia sebegitu menegurnya beberapa kali tetapi tidak dilayan.
“weyh Lisa, kau okay tak ni?” Amira bertanya sambil dia membuat kerja sekolahnya yang tidak siap lagi.
“aku okay je.. cuma takde mood sikit.. pahal tanya aku okay ke tak?” Lisa dengan nada hairan bertanya.
“yela.. aku nampak kau terus main phone.. tak tegur aku pon” Amira memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
“alaa sorry la.. aku kan takde mood.. memangla macamni.. takkan kau tak kenal aku kot.. dah jangan merajuk lagi.. nanti aku belanja kau” kata Lisa untuk memujuk kawan baiknya, Amira.
Lalu Amira pon mengganguk bersetuju dan menyambung kerja sekolahnya.
...
Setelah tamat waktu pelajaran Bahasa Melayu, Amira dan Lisa pergi menuju ke koperasi kolej.
“weyh Lisa, kau crush lagi ke kat dia” Amira bertanya sambil menunjukkan sosok seorang lelaki.
“hurm.. mestila.. tapi kalau aku crush kat dia macam aku boleh dapat dia. Dia dah la select” Lisa mencebik.
Amira meng“ouh”kan saja.