"Kereta buruk ni kereta you ke?" Bongkak cara Trisa bertanya.
Qhalaf tayang wajah tenang. Fairuz dekat sebelah nyaris hendak bersuara, bila Qhalaf berdeham fahamlah Fairuz akan isyarat yang sedang diberikan oleh majikannya itu.
"Ya, kereta I. Kenapa ya?" Qhalaf pura-pura tak mengerti.
Trisa mula berpeluk tubuh. Renung Qhalaf atas sehingga bawah. Kacak, penampilan pun boleh tahan mengikut trend terkini. Kalau tak tahu kereta buruk ni Qhalaf yang punya, tentu Trisa anggap lelaki di depannya itu orang berduit. Walhal si lelaki cuma lelaki miskin dan tak berharta. Tengok sajalah kereta yang dipakai olehnya. Bukan 'selera' Trisa. Setakat nak cuci mata sekejap-sekejap tu bolehlah.
"Boleh tak you alihkan kereta you sekarang?"
"Kenapa I nak kena alihkan? I yang masuk dulu dekat kotak parkir ni." Qhalaf sengaja mahu menduga. Hendak dengar jawapan Trisa yang seterusnya.
"You tahu tak butik ni butik terkenal dekat Malaysia? Selalu parkir dekat depan butik ni, hanya untuk kenderaan-kenderaan mewah. Setakat kereta you ni, you boleh parkir dekat kawasan parkir untuk orang awam. Tu.. dekat hujung sana." Muncung bibir Trisa terhala pada satu arah. Qhalaf ikut memandang sebelum wajah Trisa kembali diratah dengan sepasang mata miliknya.
"Kalau macam tu, I minta kawan I alihkan sekejap lagi."
Mata Fairuz terbuntang. Takkan semudah tu Qhalaf mengalah? Qhalaf toleh dan letak kunci kereta atas telapak tangan Fairuz.
"Kau tolong alihkan kereta aku tu. Kesian dekat cik cantik manis ni. Lagipun kereta aku tu tak sesuai parkir dekat sini. Lainlah BWM cik cantik manis ni kan?" Ada nada sarkastik di hujung ayat.
Malangnya Trisa tak sempat tangkap. Sebaliknya, hidung Trisa kembang-kempis rasa bangga bila Qhalaf sebut jenama kereta yang dipakai olehnya. BMW. Bukan sembarangan orang boleh pakai, okey?
"Tapi.."
"Ikut ajelah, Ruz." Qhalaf menggumam sambil ukirkan senyuman plastik di hadapan Trisa. Mahu atau tidak, Fairuz terpaksa ikut.
"Nanti kawan I dah alihkan kereta, you bolehlah ambil kotak parkir tu. I've got to go now." Qhalaf dah pasang langkah. Mahu menapak masuk ke dalam butik.
"Wait, mister!" Trisa melaung. Qhalaf pusing tubuh. Jungkit sebelah kening. Tak semena jantung Trisa rasa sesuatu pula bila tengok reaksi Qhalaf macam tu. Macho!
"Yes?"
"You nak masuk butik tu ke?"
Qhalaf angguk sekali.
"You tahu tak harga baju-baju dekat butik tu semuanya ratusan ringgit? Ada yang cecah ribuan ringgit."
"So?" Qhalaf menyoal sepatah.
Trisa julingkan mata ke atas. Trisa bukan apa, niatnya baik saja. Nak Qhalaf sedar diri yang Qhalaf tak layak jejak masuk ke situ. Manalah Qhalaf mampu nak beli pakaian-pakaian berjenama di butik itu.
"Baju-baju dekat dalam semuanya mahal-mahal, I tak rasa you mampu beli."
"Oh, I see. Tak apalah, mungkin I boleh cuci-cuci mata dulu. Manalah tahu nanti kalau ada yang berkenan, I boleh pecahkan tabung ayam I dekat rumah. By the way, terima kasih." Qhalaf ukir senyuman yang jelas nampak palsu sebelum kembali menyambung langkah.
Trisa terkedu. Entah kenapa, balasan Qhalaf itu kedengaran seperti menyindir dia pula. Ah, lantak! Trisa cuma ingatkan saja. Tak naklah Qhalaf rasa kerdil bila dah berdiri di dalam butik itu nanti. Tak pasal-pasal kempunan tak mampu nak merasa pakai baju mahal pula. Tak ke sadis?
#TrisaHisArrogantWife
Untuk urusan tem pa han,klik link ws di bio.
YOU ARE READING
TRISA: His Arrogant Wife [Ebook]
RomanceGara-gara keangkuhan Trisa, Qhalaf nekad mahu menyorokkan identitinya sebagai pewaris tunggal butik terkenal di Malaysia. Muncul sebagai lelaki 'miskin' di hadapan Trisa, Qhalaf mahu Trisa ikhlas menerima dirinya. Bukan kerana harta yang dimiliki ol...