DUA PULUH

40 5 0
                                    

TELAH tiga bulan berlalu dan mama babah masih tak sedarkan diri dari alam koma. Afifa rindukan mama babah.

Buku fail kehadiran untuk kelas 3 Beauty and the beast sentiasa kemas dalam pelukan. Kawan baik Ayla yang meminta tolong untuk ambil fail ini. Katanya, dah alang-alang aku nak pergi tandas baik kau ambil sekali fail.
Ayla menurut saja lah.

Ayla mendaki anak tangga ke kelas dia namun sesampai sahaja di anak tangga ketiga. Gadis itu hairan kenapa ramai orang berkumpul di luar koridor kelas nya. Sesak gila semacam.
Gaya mereka seperti tengah menunggu kehadiran seseorang.

Dia masuklah ikut pintu belakang. Kaum berkromosom XY mengintai-intai melalui tingkap kelas dan ada yang sampai terloncat-loncat. Elok sahaja kaum berkromosom XX memenuhi dalam ruang kelas di bahagian pintu masuk.

Mana semua cikgu pergi?

Sudahnya Ayla hendak menghampiri ke meja dia dan baru lah gadis itu sedari sesuatu kenapa ramai pelajar mengeliling meja tersebut. Mereka memberikan tatapan penuh hinaan dan sinis kepada aku.



















LENGAN baju Ayla ditarik ke tempat sedikit jauh daripada pelajar-pelajar lain.
Tak nak mengganggu mereka. Setelah tiba di tempat yang selamat, Ayla jatuh terduduk di lantai akibat ditolak secara kasar. Kepingan gambar di lemparkan dari atas kepalanya. Sekeping gambar dipegang Ayla sebentar sebelum jatuh dalam kekeliruan.

Ayla terkedu apabila melihat banyak gambar Irfan yang ditangkap senyap-senyap dari pelbagai arah dan tempat Irfan jejaki. Ada dalam beg dia. Ayla memang lah suka dia tapi tak ada lah sampai tahap obses print gambar semua.

"Aku tak sangka kau macam ni. Aku kenal kau pun tidak...Kau mesti nak tahu apa yang aku fikirkan tentang kau bila nampak semua gambar aku yang kau tangkap senyap-senyap? Attention seeker, menyusahkan dan...aku benci dengan kehadiran kau!" Tengking lelaki itu. Dia terus percaya tanpa selidik dahulu apa yang dia dengar itu benar atau palsu.

Ayla tak nak nangis tapi entah kenapa air mata aku turun sendiri. Figura Irfan ditatap sekilas. Hati aku seakan-akan diguris berkali-kali. Sebelah telinga ditutup. Lidahnya terasa keras.

Irfan...benci aku?

Tatkala pandangan Ayla menoleh ke arah Mia yang turut diseret ke sini santai mengukir senyuman sinis. Terserlah kebodohan di wajah nya.

"Kalau Mia tak bagitahu aku tadi mesti aku akan tertipu dengan senyuman kau. Kau patut malu dengan diri sendiri!" Lantang lelaki itu bersuara. Muka Irfan tak ubah seperti seekor singa yang tak puas hati kerana mangsa dia tangkap akhirnya terlepas.

Ayla senyap membisu. Hati dia berkecai. Orang yang Ayla sukai lebih percayakan kawan baik Ayla sendiri sedangkan kawan baik Ayla yang punca masalah ini terletus malah kenapa semua tunding jari dekat Ayla?

Kepala ditundukkan. Terhinjut-hinjut bahu dia. Irfan memucat tatkala mata bertentang mata Ayla yang tajam setajam lagi pisau lepas diasah. Hilang sudah mata cherry gadis itu.
Ayla mengangkat kepala disertai senyuman, lucu.

Air mata yang sepatutnya mengalir deras telah berhenti daripada mengeluarkan banyak air masin. Semakin lama makin kuat gelak ketawa. Meremang Irfan dibuatnya. Cepat betul perwatakan Ayla bertukar.

Ayla laju memandang wajah Mia merangkap 'bestie sehidup semati' puih!

"Aduhai, ini dah kali ke berapa agaknya ya? Siapa yang percaya lakonan Mia tu...memang dia orang manusia paling bodoh dalam dunia ni." Air mata yang tersisa di lap menggunakan hujung jari. Buat apa aku nangis untuk orang yang tak pernah nak hargai perasaan aku. Gambar yang sedia tersepah tadi disusun teliti. Sakit pula mata aku bila nampak dia campak gambar macam itu aje. Kemudian, Ayla bingkas bangun seperti tiada apa-apa berlaku.

Buruk juga cara kau ambil gambar. Senget dan sedikit kabur. Beruk lebih pandai ambil gambar daripada kau tau!

"Saya boleh terima lagi kalau senior tengking saya tapi kenapa perlu sampai hina saya? ini mesti punca Awak stress belajar pagi petang malam kan. Sebab itu otak lemah. Nanti awak pergi berehat ya." nasihat Ayla penuh prihatin dan kerisauan. Gambar tersebut dihulur sopan kepada Irfan lalu lelaki itu mengambil nya tanpa menidakkan kata-kata Ayla. Mungkin masih terkejut dengan perubahan dasyat Ayla? Ceh.

Ayla menoleh Mia.

"Kau pernah tanya aku yang kenapa kau selalu kena tinggal dengan kawan-kawan kau?"

"Sebab perangai kau, Mia." Mia tersentap, ambik kau. Ayla dah lama pendam nak cakap macam tu. Biar sedar diri sikit.

"Aku dah cakap, aku dah cakap. Tolong jaga mulut kau, Mia...aku cuba! Aku cuba nak ubah perangai kau! Aku terima perangai baik buruk kau tapi kenapa kau masih nak kekalkan juga perangai yang sepatutnya dihapuskan sejak awal lagi. Salah aku terlalu percayakan kau, Mia..."

Ayla menoleh Irfan balik. Yang sudah ikut terdiam seperti Mia. Sebenarnya aku dah tahu mesti perkara ini akan terjadi tapi kenapa hati aku yang terseksa pula? Maaf lah aku malas nak nangis lama-lama kat situ. Aku tahu watak aku membosankan sebab itu tiada siapa sukakan aku.

"Kalau kita bertemu lagi, jangan mimpi lah saya akan layan awak dengan baik..." Ayla mengumpul segala tenaga untuk melontarkan ayat seterusnya.

"Saya menyesal sukakan awak, Irfan Haziq!" Sayu Ayla meluahkan ayat perit tersebut. Ayla membalik belakang. Kedudukan beg dibetulkan. Ayla jalan perlahan-lahan bukan sebab tengah kawal tangisan dia tapi sebab beg dia berat sangat.

Aku kena gantung sekolah selama tiga bulan. Boleh cuti, yeay!

Sejak kejadian menguji kesabaran itu, senyuman ceria Ayla hilang ditelan bumi.
Ayla kena gantung sekolah sehingga Irfan habis tingkatan lima. Masa itu lah Ayla kembali sekolah seperti biasa. Tahu-tahu dia mendapat berita bahawa bekas kawan Ayla telah berpindah sekolah. Alasan nya sebab dia tak sanggup nak bersekolah di sini dah. Baik dia pindah. Tinggal dengan mak di ke luar negeri.

Mia tidak mengangkat panggilan Ayla.
Mia menukar nombor telefon dia sekaligus dia tidak mahu bertemu Ayla. Akibat malu dengan perbuatan tak matang dia. Pengetua sudah mengetahui hal ini jadi mesti dia dibuli oleh pelajar lain jadi sebab itu Mia ingin tukar sekolah.

Bulan purnama direnung Ayla. Dia sangat suka melihat bulan yang indah itu. Kagum dengan ciptaan-Nya. Ayla tersenyum manis. Hilang sekejap semua kesedihan dikumpul.

Ayla membuat keputusan untuk berjalan masuk semula ke dalam bilik dia selepas menerima hembusan angin malam yang lagi dingin itu. Pintu sliding ditutup rapat dan dikunci.

Friendship kita orang putus bukan sebab lelaki tapi...

Salah aku sendiri sebab salah pilih kawan.


-akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Where stories live. Discover now