Bab 1

1.1K 18 0
                                    

" Terima kasih lah kerana sudi temankan  saya bersarapan" Ujar Adi sebaik sahaja Mahaya(Aya) duduk di hadapan nya .

"Eh saya yang patut berterima kasih Boss ajak saya bersarapan pagi ni"balas Aya sambil menghirup air dan menanti makanan yang di pesan.

" Awal sungguh awak sampai ke pejabat ,saya perhati hampir setiap hari awak sampai ,lebih awal dari saya " ujar Adi lagi.

" En Adi pun apa kurang nya,lagi jauh dari saya pun boleh sampai awal,jarang Boss Boss datang awal macam En Adi ni"balas Aya lagi. 

" Apa nak buat ,dah kita duduk jauh kena lah keluar awal,kalau lewat sikit ajer pun ,jalan dah sesak ,"ujar Adi .

" Bagus lah  Boss ni,berkorban agar isteri dekat tempat dia bekerja" puji Aya bila mengetahui sebab mengapa Adi duduk jauh di luar daerah kerana isterinya mengajar di daerah berkenaan dan duduk di kuarters di dalam kawasan sekolah. 

" Awak pulak kenapa keluar awal,bukannya ada anak nak di hantar ke sekolah" soal Adi mengusik Aya sambil dia menyuap nasi lemak yang baru tiba. Dia tahu Aya masih single  berusia di awal 30an  dan tinggal bersama kedua ibu bapanya.

Sambil tersenyum Aya menjawab " Memanglah,tapi saya ni kan memandu paling berhemah,tak berani nak bawa laju,betul betul ikut law kekalkan jarak dengan pemandu di hadapan,itu pun selalu kena hon dari pemandu di belakang". Jawapan Aya yang buat Adi ketawa. " Pelik kan orang kita ni, memandu ikut peraturan pun ada yang marah" sambung Aya lagi.

" Bukan nya marah cuma masing masing nak cepat,saya pun kadang kadang buat macam tu,kenapa perlu jarak kan jauh dari kereta di hadapan" sampuk Adi. " Dah itu peraturan nya ,kita kena ikut lah" ujar Aya.ADi hanya tersenyum sambil memikirkan memang betul lah apa yang kakitangan di pejabat nya mengelarkan nya seorang yang lurus ,strict dan amat teliti dalam pekerjaan nya yang amat sesuai dengan tugasnya dibahagian kewangan. Ramai juga lelaki bujang yang mengadu Aya ni 'memilih'orang nya dan sanggup membujang agak lama. Bagi Adi itu semua tanggapan kerana persoanaliti Aya yang berdisiplin dan tegas sesuai dengan tugas.Namun wajah yang manis dengan raut muka bujur sireh berkulit kuning langsat dan senyuman yang manis walau pun jarang jarang di lihat membuat ramai yang berminat tapi sukar untuk di jerat.

" Boss saya minta diri dulu,terima kasih kerana belanja saya" ujar Aya yang membuat Adi tersedar dari lamunan." Eh kita balik sekali lah " balas Adi yang turut bangkit menurut Aya." Kenapa laju jer nak pergi,masih ada masa lagi" soal Adi ." saya risau ,nanti orang nampak saya makan dengan Boss,"balas Aya. " Oooh,takut kena gossip lah ni" balas Adi mengusik." Iyalah siapa lah saya kan nak bersama dengan si cantik manis di bhg kewangan pulak ni" tambah Adi menguji .

"Ish apa lah Boss ni, saya yang segan,Boss baru lagi kat ofis tu,tak kenal lagi makcik makcik kaki membawang, apatah lagi saya ni 'andartu'lagi lah sedap nak kena bahan dengan mereka" balas Aya sambil mempercepatkan langkah nya.

" ooh kalau gitu saya lah yang patut risau,baru dtg ke sini dah nak try awek pujaan mereka"balas Adi sambil tersenyum.

" Boss tak per lah,lelaki ada pangkat besar, boleh pasang empat bagi cukup kuota" balas Aya lagi. Bila pulak saya jadi 'pujaan', kena kutuk adalah" sambung Aya lagi

" Betulah tu,macam juga artis pujaan mana mana peminat yang tak dapat nak dekat atau susah nak jumpa mesti dia kata macam macam kat  artis tu,sama lah macam Aya ,ramai yang bagitahu bukan sahaja susah nak tackle ,nak berkenalan pun tak ada peluang" ujar Adi terus menguji.

" Mana ada Boss,yang cakap macam tu,cuma berani di belakang ,jumpa pun tidak nak kenal macama mana,tak kan saya yang mulakan dulu"balas Aya yang mengesahkan lagi dia seorang yang masih 'konservatif' memegang nilai nilai adat .

" Betul juga tu,nanti saya cabar mereka untuk jumpa terus bersemuka dengan Aya" usik Adi lagi.

"Hess,jangan lah macam tu Boss ,habis nanti saya tak boleh buat kerja nak melayan mereka"balas Aya segera sambil kami berpisah menuju pejabat masing masing.

Bagi Adi betul juga apa yang dikatakan oleh Aya itu,semua nya persepsi mengenai nya tidak tepat dan berdasarkan pengalaman nya sendiri berurusan dengan Aya,sikap dan cara nya cukup baik secantik orang nya. Mungkin kerana Aya sering menemui nya untuk pengesahan mengenai tuntutan bayaran oleh kakitangan Adi atau pun bayaran yang perlu Adi sahkan membuatkan dia lebih mudah berkomunikasi walau pun berlainan jabatan, atau mungkin dia menerima Adi sebagai pegawai kanan yang perlu di hormati sewajarnya.

Pada Adi ,tidaklah sukar untuk 'membaca' Aya dan memenangi hatinya adi cuma perlu pendekatan yang berbeza kerana bidang tugas Aya yang menuntut ketelitian dan disiplin dis amping di seorang yang telah matang dan masih menawan . Hadi tersenyum sendirian memikirkan itulah motivasi dan cabaran kepada nya untuk di buktikan kepada para 'admirer' si Mahaya. 

  


   

     

B  28 Mahaya Andalusia #Where stories live. Discover now