Part1

1.6K 16 0
                                    

Dari jauh RAshid (Acid ) melihat perkarangan gerai di kawsan rumah Anum kosong dan lenggang.Bila sahaja dia memakir kereta nya ,dia melihat Anum sedang membersihkan kawasan gerai." Eh awal tutup hari ini,apa hal Anum ?" tanya Acid sambil bergerak menuju ke arah Anum."iya lah Acid ,hari ini ada emergency di kampung,Atuk jatuh sakit itu yang abah ,emak dan Abang balik kampung,baru sahaja dia orang bergerak" jawab Anum." Kenapa Anum tak ikut mereka ?"tanya Acid." Anum kena lah tinggal nak kemas barang yang di tinggal,mana sempat kalau nak tunggu siap semua .Acid nak minum ke,boleh Anum buatkan,kalau nak makan tak delah ,tadi semua makanan yang dah siap masak mereka bawa balik kampung"ujar Anum.Acid merupakan pelanggan tetap gerai keluarganya itu ,hampir setiap hari walau pun hari cuti Acid akan melepak di gerai itu bersama rakan rakan bujang nya yang lain.

" Tak ape lah Anum, abang plan nak makan tadi,"balas Acid."tak apelah kena pergi  ke pekan lah balik "sambung Acid lagi,

"Abang nak makan kat mana? Anum nak ikut,tadi lupa nak simpan sikit makanan tu,nak masak untuk seorang makan ,malas lah Anum."ujar Anum.

"Lagi bagus ,ada juga orang nak teman kan,jom gerak sekarang" balas Acid.

"Kejap Acid,nak letak barang sikit ni ke dalam dan tutup pintu"ujar Anom sambil bergegas ke grai mengambil bakul dan terus masuk ke rumah. Acid merasa cukup gembira ,tanpa berusaha lebih Anum menawarkan diri untuk ikut pergi makan.Dia rasa macam menang loteri dan kalau boleh nak di bawa Anum dan tunjukkan kepada kawan kawan bujang yang lain bahawa dia dah berdating dengan Anum. Acid seperti kawan kawan bujang yang lain cukup meminati Anum sejak dia membantu gerai keluarga nya dan boleh dianggap sebagai 'pelaris' untuk menarik pelanggan.bagi Acid,walau pun tidak lapar atau haus,dia pasti akan singgah di gerai itu semata mata untuk berbual atau paling tidak pun dapat menatap wajah Anum. 

Walau pun Anum telah berkahwin hampir setahun yang lalu dan membuat ramai pemuda dan pelanggan yang 'mengeluh kecewa' namun mereka tetap setia datang ke gerai bila melihat Anum masih terus membantu keluarganya. Bagi Acid pula ,dia ada menyimpan satu rahsia baru mengenai Anum yang di simpan nya sendiri dan di perolehi dari sepupu 'suaminya' yang bekerja di tempat yang sama dengan nya iaitu 'Anum dalam proses untuk bercerai ' sebab itu lah sudah agak lama suami nya tidak kelihatan di rumah itu.

"Sorry Acid, lambat sikit" suara Anum mengejutkan Acid ."Amboi sempat tukar baju lagi"usik Acid bila melihat Anum telah memakai kemeja T labuh dan seluar palazo." Iyalah nak pergi pekan,tak kan nak pakai baju kerja kat gerai ni" balas Anum sambil duduk di sebelah Acid." Wow,sikit punya wangi ni, nampak gaya tak balik kita malam ni"usik Acid. "Ish kamu ni,nak buat lawak pun agak agak lah.nama pun perempuan kena lah jaga penampilan" balas Anum panjang lebar. ,'Hah kalau En Abang awak tahu atau nampak mesti dia marah dan jealous " ujar Acid lagi." Mana dia ada sini,dia balik rumah keluarga dia"jawab Anum selamba.

" Patut le lama tak nampak,ingat kan dia kerja outstation, sepupu nya kat ofis pun ada tanya ,ada nampak tak si  Adib kat rumah" ujar si Acid untuk mengorek lagi rahsia si Anum. 'Acid rapat ke dengan sepupu si Adib tu?" tanya Anum."Tak lah rapat sangat tapi selalu lah jumpa,kadang lepak sama kat cafe,main games dah duduk satu bangunan cuma lain jabatan jer"balas Acid .

" Ada tak sepupu dia tu cerita apa apa pasal Adib dan Anum?" Anum pula cuba mengorek rahsia dari Adib. " cerita apa,biasalah cerita orang  lelaki,dia kata untung si Adib dapat bini cantik, pandai masak,duduk rumah free" balas Acid ringkas." Alah,tak kan cerita itu jer, kau ni poyo betul lah,macam lah aku tak kenal kau ,kita satu sekolah dan satu kelas lagi, tapi kau lagi terror lah sebab tu dapat kerja bagus ,aku jer yang 'kerjanya di kerjakan orang' "ujar Anum bagai melepaskan perasaan.

" Apa yang kau cakap ni Anum, memanglah jadi isteri kena kerja kan oleh suami,tapi perempuan sekarang pun dah pandai mengerjakan suami,macam lah kau tu naif sangat ,common lah Anum,kau pun terror bab tu,kalau tak mana mungkin kahwin awal, sampaikan aku  dan kawan kawan tak sempat nak mengurat kau" giliran Acid pula meluah perasaan.

" Alah itu cerita lama,kau lah yang slow sangat terhegeh hegeh jual mahal,kita ni pulak barang baik terhangat di pasaran,mestilah cepat kena sambar" balas Anum ." Tapi sekarang ni aku dah 'hangus ' lah, Adib ke Utara aku ke Selatan,bawa hal masing masing"sambung Anum dengan nada suara yang agak perlahan dan sayu.

" Ngapa jadi macam tu Anum,sorry lah kalau aku ni busy body sikit,kita kan kawan,tak seronok lah dengar cerita macam tu"balas Acid menunjuk simpati.

" Alah kau ni,nak cover dia ke,tak akan sepupu dia tak ada cerita'" sergah si Anum." Dia cuma cerita kau orang berdua ada masaalah,padaku biasa lah hidup berumahtangga"jawab Acid masih cuba berdalih. 

" Entah lah Acid,aku tahu dia mesti cerita kat orang tentang buruk kita orang ajelah,aku puna da dengar dari sedara sedara yang lain yang menyampaikan kepada kawan dan sedara mara ku.Sebab tu aku tak keluar ke mana mana,keluarga aku larang sebab nak tutup hal aku ni  rapat rapat ,biar pihak dia jer yang bercerita dulu" jelas Anum panjang lebar.

Acid terpaksa menangguhkan sesi penyiasatan nya kerana mereka telah tiba di tempat makan yang mahu di tuju .   

          

B  30 Anum Yang Ranum #Where stories live. Discover now