Setelah 5 tahun di perantauan, Shahira Naydia atau nama pendeknya Eyra membuat keputusan untuk pulang ke tanah air. Gadis itu memandang ke luar tingkat kapal terbang itu dan merenung kosong. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 13 jam itu tidak mampu membuatkan Eyra terlelap walau sekejap.Hatinya resah gelisah memikirkan apakah benar keputusan dia untuk pulang ke Malaysia. Kalau ikutkan hatinya, dia mahu menetap sahaja di bumi United Kingdom. Sampai di airport, setelah mengambil bagasinya Eyra menapak ke pintu balai ketibaan. Dia nampak susuk tubuh yang sangat dirindui dan matanya mula berkaca. Rindu!
"Ibu.." terus Eyra berlari memeluk erat ibunya. Dia melepaskan segala kerinduan yang selama ini ditanggung selama berada di United Kingdom.
"Ya Allah rindunya anak ibu ni.." ujar Puan Asma sebak. Dia juga menitiskan air mata apabila merasa pelukan erat dari anaknya ini. Masing masing tenggelam dalam emosi.
"Dah dah laa tu. Ayah ni bukan tunggul kat sini." Ujar Tuan Khairul, ayah kepada Eyra.
"Tu lah ayah. Kesian kita takde yang nak peluk." seloroh Sayf Iskandar pula, abang kepada Eyra. Mereka cuma dua beradik.
Eyra melepaskan pelukan ibunya dan menoleh kepada mereka berdua. Terus Eyra juga memeluk ayah dan abangnya. Eyra merupakan anak dan adik yang sangat dimanjakan oleh keluarganya namun dia memilih untuk berdikari dan sambung belajar di luar negara.
'Arghh rindunya keluarga.'
########
"Eyra.. bangun Eyra.." kejut Puan Asma pada anak daranya yang lena dibahunya.
Namun Eyra masih lena."Penat sangat Eyra ni.." ujar Tuan Khairul pula. Dia mematikan enjin kereta dan membuka pintu sebelah Eyra.
"Eyra bangun sayang.. dah sampai rumah ni.." Tuan Khairul menepuk lembut bahu Eyra.
"Hmm.." Eyra cuba mencelikkan matanya. Selesa betul tidur dalam kereta setelah penerbangan 13 jam itu. Dia memandang sekeliling.
"Dah sampai ke?" Eyra menggosok matanya perlahan lahan.
"Ye laa Eyra. Kesian ibu dah lenguh dah tunggu Eyra bangun." Tuan Khairul ketawa kecil mendengar soalan anaknya itu. Betul betul penat ni anak aku ni.
Masuk ke dalam rumah, Eyra melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Rasa mengantuk kembali menyinggah. Ibu dan ayahnya sudah masuk ke bilik. Abangnya Iskandar pula sedang masukkan bagasi miliknya ke dalam bilik. Perlahan lahan kelopak matanya kembali layu.
"Eyra.. bangunlah mandi. Apa tidur sini pulak." Tegur Iskandar yang baru turun dari bilik Eyra. Kita bukan main penat penat bawak beg dia naik atas, dia elok je tidur kat bawah ni.
"Alaa kejap laa abang Is.. Eyra ngantuk ni..."
"Kot ye pun ngantuk, Eyra pergi laa mandi dulu tukar baju lepas tu tidur laa.." Iskandar menarik lengan adiknya supaya bangun.
"Taknakkkk.." meleret suara Eyra sambil dia beratkan badannya. Nak tidur sini laa.
"Ibu! Ibu tengok adik ni. Dia tak nak mandi ibu." Tiba tiba Iskandar melaung pada ibunya yang berada di dalam bilik. Dia masih belum melepaskan tangan adiknya.
"Abang Is! Sabarlah! Ye..ye.. Eyra bangun ni.." Eyra muncungkan mulutnya dan mendengus. Geram kerana tidurnya terganggu. Dia melangkah perlahan naik ke biliknya.
########
Eyra cepat cepat membersihkan dirinya dan bersolat. Hilang sudah rasa mengantuknya akibat diganggu oleh abangnya tadi.
"Lapar pulak." Gumam Eyra sambil meletakkan pelembab muka di wajahnya.
"Sedapnya bau.." Eyra menghidu bau masakan semerbak dari arah dapur. Laju kakinya menapak ke arah ibunya.
"Banyaknya ibu masak.." sambil Eyra memeluk ibunya yang sedang hidang makanan.
"Apa laa sangat banyak ni untuk anak ibu yang lama tak rasa air tangan ibu ni.." kata Puan Asma. Dia mengusap rambut anak daranya yang sedang memeluknya.
Sewaktu Eyra berada di United Kingdom, cuma sekali ibunya sempat melawat keran kesihatan ibunya tidak mengizinkan ibunya untuk berjalan jauh. Bayangkan lama mana Eyra tidak bertemu mata dengan ibunya walaupun mereka setiap hari ber'video' call.
"Panggil abang Is. Kita makan." Ujar Puan Asma pada Eyra.
"Baik ibu.." Eyra melangkah ke bilik abangnya.
########
"Abang Is.. jom makan." Ajak Eyra pada abangnya yang sedang bermain game.
"Kejap dik. Sikit lagi ni.."
"Cepat laa. Eyra lapar ni.." Eyra sudah menghentakkan kakinya. Tapi tak kuatlah. Mahu abangnya luku kepala kalau dia berperangai tak semenggah nanti.
"Sikit lagi. Nak habis dah ni."
Eyra mendengus lalu dia baring di atas katil abangnya itu. Dia melihat sekeliling bilik Iskandar. Berubah terus dekorasi berbanding dengan apa yang dia tengok 5 tahun dahulu. Abangnya sudah dewasa!
"Okay dah.. jom.."
"Nak dukung.." rengek Eyra sambil menghulurkan tangannya.
"Eii badan besar gajah ada hati nak suruh dukung.."
"Abang Is!" Ada ke patut dikatanya badan aku besar gajah?
"Dah jom. Kata lapar tadi." Iskandar tidak menghiraukan adiknya lalu dia keluar dahulu. Lapar weh.
Lalu mereka sekeluarga menjamu selera sambil bertukar tukar cerita. Sesekali air mata gembira jatuh di pipi Eyra.
YOU ARE READING
MRS. ADAM [Hiatus]
RomanceKerana salah faham, Shahira Naydia memilih untuk meneruskan pengajiannya di luar negara. Dia rela tidak pulang ke tanah air kerana tidak mahu bertemu dengan Adam Afwa. Namun tak sampai seminggu berada di Malaysia, mereka bertemu kembali. Shahira Na...